Cari Blog Ini
Isnin, 12 November 2018
SARDINE JENAMA AGROMAS
Saya suka makan sardine dalam tin. Tetapi sejak diberitahu ada benda asing dalam tin sardine yang selalu saya beli, lama jugalah saya berhenti membeli dan memasaknya. Kawan-kawan ada juga hantar gambar ikan sardine dalam tin yang berjenama lain dan milik syarikat bumiputera.
Saya pergi ke mini market Az. Zain yang terletak di kawasan Subang Bistari. Mini Market tersebut menjual produk orang-orang Islam, saya terpandang dua jenama ikan sardine terdapat dalam kedai tersebut.
Salah satunya jenama Agromas yang diedarkan oleh Fama Corporation Sdn. Bhd. Sudah tentulah produk yang halal dan Insya-Allah semoga terjamin kebersihannya. Malah Agromas juga mengeluarkan pelbagai produk lain selain Ikan Sardine dalam tin ini. Antarnya kopi dan teh. Kalau terjumpa dipasaran atau di kedai-kedai atau pasaraya boleh mencuba produk ini.
Saya membeli dua jenis produk. Mula-mula masak ikan sardine yang berjenama A, kurang menepati selera saya. Kemudian, saya masak pula ikan sardine berjenama Agromas yang dimasak bersama sos tomato. Dipasarkan dalam tin beratnya 425 gram. Alhamdulillah. Rasanya tidak mengecewakan. Setanding dengan jenama yang popular di negara ini.
Kepada peminat ikan sardine dalam tin, bolehlah dapatkan jenama Agromas. Rasanya tidak kurang hebatnya. Tetap sedap dimasak dengan pelbagai jenis masakan. Terutama sambal tumis ikan sardine. Pasti membangkit selera.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan