Gambar: Google
TIP MENAMBAH
SUMBER PENDAPATAN
Anda tentu mempunyai pekerjaan sepenuh masa,
namun pendapatan bulanan tidak mencukupi untuk menampung keperluan anda dan keluarga.
Menjana
pendapatan tambahan umpama menyediakan payung sebelum hujan. Di tambah keadaan
ekonomi yang tidak menentu ini.
Apabila
bercerita tentang menambah sumber
pendapatan pula tentulah terbayang di
kepala anda adalah melakukan satu lagi
pekerjaan.
Tentu
anda ingin tahu bagaimanakah cara
menambah sumber pendapatan yang boleh dilakukan tanpa memerlukan modal yang
besar. Antara tip yang boleh anda guna pakai antaranya:
1)TAMBAH KEMAHIRAN DIRI- Bermaksud anda menambah kepandaian, kecekapan dalam
satu-satu bidang yang anda minati dan ceburi.
Walaupun
anda tidak mahir dalam bidang yang ingin diterokai, anda masih berpeluang untuk
mempelajari dan melatih diri sehingga menjadi benar-benar mahir.
Ceburilah
perniagaan yang anda benar-benar berkemahiran melakukannya.
.
2)KENALI POTENSI DIRI- Pernahkah anda terfikir akan kelebihan yang ada dalam
diri anda? Atau anda tidak pernah ambil tahu tentang diri sendiri? Cuba cari
potensi diri sendiri atau kelebihan yang ada dalam diri anda.
Tentu
setiap manusia di dunia ini dilahirkan dengan kelebihan dan kekurangan diri.
Anda tentu tahu apakah kelebihan diri anda?
Adakah anda berbakat dalam bidang tertentu?
Adakah anda berbakat dalam bidang tertentu?
Selidiki
diri sendiri dan cari apa yang anda paling suka lakukan dan sering berjaya
dalam melakukan hal tersebut.
3) MODAL-
Cari perniagaan yang tidak perlu menggunakan modal yang banyak. Kalau boleh
usah berhutang untuk memulakan perniagaan.
Berniagalah
secara kecil-kecilan terlebih dahulu.
Jangan
sesekali meminjam daripada ceti haram.
4) KENALI PERNIAGAAN
YANG BOLEH DICEBURI
Di
sini anda boleh lihat beberapa jenis perniagaan yang boleh anda lakukan untuk
menambah sumber pendapatan yang sesuai dengan potensi dan kemahiran yang ada
dalam diri anda, antaranya:
Produk Makanan–Perniagaan yang tidak susah untuk anda ceburi asalkan
mahir melakukannya.
Banyak
cara untuk anda terlibat dalam industri ini.
Modal pelaburan dalam bidang pemakanan tidak terlalu besar. Ia
tergantung kepada jenis perniagaan makanan yang anda ceburi..
Antara
produk makanan dan perniagaan yang
paling popular adalah makanan dingin beku. Ia juga fleksibel, boleh dilakukan
bila-bila masa dan mengikut permintaan pelanggan.
Kerugian
juga amat minima kerana anda menyediakan pesanan pelanggan mengikut tempahan.
Jikalau anda pandai memasak boleh membuka
gerai, restoran atau kedai makan mengikut kemampuan kewangan.
Anda juga boleh menyediakan masakan harian mengikut permintaan pelanggan yang tidak sempat memasak lantaran kesibukan bekerja.
Kraftangan- Terdapat pelbagai jenis kraftangan yang boleh anda
buat dan jual. Antaranya menjahit pakaian yang sudah siap. Menjahit sarung bantal, langsir dan cadar.
Selain
itu anda boleh mengait, mengikat manik,
menjahit beg dan banyak lagi yang sesuai.
Melukis juga boleh menjana pendapatan yang
lumayan asalkan pandai mencari pelanggan yang meminati hasil kerja tangan anda.
Penulisan- Dalam dunia media sosial menjadi medium penyebaran
maklumat, kemahiran menulis juga boleh dijadikan sumber pendapatan.
Anda boleh menulis pelbagai jenis buku
mengikut kesesuaian dan kemahiran anda dan hantar kepada penerbit atau
terbitkan sendiri.
Apabila
buku diterbitkan dan terjual dari situlah anda menghasilkan pendapatan tambahan
yang tidak disangka-sangka.
Anda
juga boleh menjadi seorang penulis upahan di mana khidmat anda diperlukan untuk
menulis di dalam blog, FB, proposal syarikat, copywriting dan banyak
lagi.
Perniagaan Dalam Talian- Perniagaan ini
semakin popular kerana mudah mendapatkan pelanggan dari seluruh negara
dan dunia. Hanya perlu ada, talian internet, telefon dan notebook/komputer.
Anda
boleh mencuba menjadi ejen jualan produk kecantikan dan makanan kesihatan yang
banyak di pasaran.
Anda
juga boleh menjual produk sendiri yang diminati dan disukai oleh orang ramai.
Khidmat Penghantaran- Salah satu perniagaan yang sedang popular dan mudah
dilakukan. Juga menggunakan masa yang
fleksibel mengikut kesesuaian
kehidupan harian anda.
Kesibukan
manusia hari ini yang tidak suka keluar ke mana-mana akibat kesesakan jalan
raya, peluang seperti ini menanti anda untuk mencuba dan meraih pendapatan yang
lumayan juga.
5)PEMASARAN- Paling penting dilakukan ialah mengiklankan perniagaan yang anda jalankan. Iklan yang disebarkan perlu tepat
dan kena kepada sasaran bakal pelanggan anda.
Anda
boleh gunakan iklan percuma di media sosial, seperti FB, twitter, Instagram,
blog dan laman web.
Anda
juga boleh membeli papan iklan yang terdapat di jalan raya atau di dalam
majalah dan suratkhabar.
Boleh
juga menggunakan bunting, pamphlet,
dan mengikuti pameran atau karnival yang sering diadakan bersesuaian dengan
jenis perniagaan yang anda ceburi.
BERSYUKUR DAN SABAR
Akhir
sekali, sentiasalah bersabar dan tekun melakukan sesuatu perniagaan itu. Selalulah bersyukur dengan
pendapatan yang diperolehi. Banyakkan bersedekah kerana dengan bersedekah anda
mendapat rezeki yang berkat dan dirahmati Allah SWT.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan