Gambar: Google
5 TIP MENJADI
MERTUA YANG BAIK
Sebaik sahaja
anak perempuan atau lelaki diijabkabul dengan pasangan mereka, secara
automatik anda menjadi ibu mertua, tidak
kiralah anda terima menantu lelaki atau perempuan.
Bagaimana
perasaan anda? Gembira? Sedih? Terasa kehilangan? Tentu perasaan
bercampur-baurkan? Kalau anak kita lelaki, tidaklah kira risau sangat kecuali
kita bimbang anak lelaki kita akan dikontrol oleh menantu kita.
Kalau
anak kita perempuan, bimbang juga kalau suaminya tidak melayannya dengan baik.
Bagaimana hubungan dengan mertua dan ipar duai? Macam-macam ada dalam kepala,
kan?
Apatah
lagi anda mendapat seorang mertua yang kurang mesra. Tentulah kita bimbang
pisang berbuah dua kali. Sudah tentulah anda ingin mengubah keadaan itu dan menjadi
mertua yang baik kepada menantu-menantu anda.
Mari
saya kongsikan beberapa tip bagaimana anda boleh menjadi seorang mertua yang
baik.
1)Terima Menantu Seadanya- Setiap manusia ada kekurangan diri. Terimalah
menantu kita sebagai anak kita sendiri. Kalau kita ramai menantu, usah pilih
kasih.
Terima kelebihan dan kekurangan mereka. Usah dicari kekurangan mereka. Belajar kenali kelebihan mereka.
Terima kelebihan dan kekurangan mereka. Usah dicari kekurangan mereka. Belajar kenali kelebihan mereka.
Ada
menantu yang mesra dan mudah menerima diri anda. Ada pula menantu yang berasa janggal ketika bersama
anda. Jangan melatah. Dekati mereka dengan kelembutan anda. Paling penting,
jangan mengadili diri mereka.
2)Natural-
Bersikap biasa. Anda juga ada kelemahan. Ingat kembali sewaktu mula-mula
berkahwin? Adakah rumah tangga anda sempurna seperti sekarang?
Sudah tentulah anda melalui fasa perubahan dari satu tangga ke satu tangga sehingga anda berjaya menjadi seorang ibu atau ayah yang baik.
Sudah tentulah anda melalui fasa perubahan dari satu tangga ke satu tangga sehingga anda berjaya menjadi seorang ibu atau ayah yang baik.
Sentiasa
berfikiran terbuka. Adakala menantu meninggikan suara dengan anak lelaki atau
perempuan kita, jangan melatah atau berasa mereka kurang ajar.
Setelah
keadaan tenang, dekati mereka, bawa bersembang dan berbincang. Ketika itulah,
peranan anda sebagai seorang ibu walaupun hanya ibu mertua perlu.
Jadilah
ibu mertua yang mendamaikan hati menantu. Menyejukkan jiwa mereka ketika hati
mereka sedang dibakar kemarahan.
3)Pakar Rujuk- Perhebatkan kepakaran anda dalam bidang motivasi diri.
Anak-anakkan baharu berumah tangga.
Tentu banyak perkara yang perlu mereka pelajari. Gunakan pengalaman anda sebagai seorang ibu dan isteri.
Tentu banyak perkara yang perlu mereka pelajari. Gunakan pengalaman anda sebagai seorang ibu dan isteri.
Menantu
suka ibu mertua yang pandai menasihati mereka dengan cara berhemah. Jangan
menyindir kalau mereka bermasalah.
Anda
bukan sahaja boleh jadi pakar motivasi diri, tetapi boleh juga menjadi pakar
masakan buat menantu. Air tangan seorang ibu tidak pernah menghampakan.
Sudah
tentulah anda boleh mengajak anak
menantu perempuan main masak-masak sekali-sekala. Kalau menantu lelaki,
pikatlah dirinya dengan masakan anda.
Memasak
adalah motivasi diri yang terbaik. Perut yang kenyang mampu menenangkan hati
yang panas.
4)Menghormati- Kalau anda ingin dihormati. Andalah terlebih dahulu
menghormati. Hormati menantu anda biarpun mereka taraf anak.
Hormat
bukan bermakna anda perlu takut hendak menegur kalau menantu buat perkara tidak
baik. Tetapi hormat kerana merekalah yang telah mengambil alih menjaga anak
anda pula.
Seringlah
berbual dan bersembang dengan mereka. Ucapkan terima kasih kerana mereka
menjaga anak anda. Tentu mereka akan berasa gembira kerana anda menerima
diri mereka seadanya.
Sesekali
belilah hadiah biarpun yang murah tanda kasih sayang kita kepada mereka.
Jalinkanlah hubungan yang baik. Seperti mana kita mahu dilayan baik oleh mertua
kita begitu juga mereka.
5)Berkawan-Jadikan menantu anda sebagai kawan. Kawan yang boleh
berkongsi apa sahaja. Jadikan mereka juga pendengar terbaik kita.
Mereka pasti menghargai sikap kita. Mereka akan berasa dihargai dan disayangi.
Mereka pasti menghargai sikap kita. Mereka akan berasa dihargai dan disayangi.
Jangan
burukkan menantu kepada menantu lain. Biarpun kita menjadikan mereka tempat
meluahkan perasaan, tetapi tidak semua perkara.
Kisah menantu A, biarlah menjadi rahsia di
hati kita. Usah diceritakan kepada menantu B. Begitulah sebaliknya.
Banyakkan
Bersabar
Jaga
hubungan kita dengan mereka sebaik mungkin. Kita sudah banyak pengalaman. Sudah
tentu kita mampu menjadi manusia yang sabar.
Usah
cepat melatah apabila menantu bercerita
ada menantu lain yang menceritakan keburukan diri kita. Dengar dan diam.
Usah mengamuk pula. Terima dengan tenang, aduan tentang diri kita.
Mungkin
kita ada salah dan silap yang tidak kita nampak. Orang lain adalah cermin diri
kita. Begitu juga menantu kita.
Kalau
berasa tidak puas hati, panggil mereka. Ajak berbincang, bertanya dan
berterus-terang. Bersikap terbuka.
Usah simpan dalam hati ketidakpuasan hati terhadap mereka.
Usah simpan dalam hati ketidakpuasan hati terhadap mereka.
Lagi
lama anda simpan, pasti akan menjadi nanar dalam hati.
Tidak kira siapa anda, anggaplah menantu kita sama seperti anak anda sendiri. Bukan orang luar yang tiba-tiba hadir dalam keluarga anda.
Tidak kira siapa anda, anggaplah menantu kita sama seperti anak anda sendiri. Bukan orang luar yang tiba-tiba hadir dalam keluarga anda.
Layan
mereka dengan penuh kasih dan sayang. Ingat, apa yang kita beri, itulah yang
kita dapat kembali.
Hargai mereka seadanya seperti mana mereka menerima kita seadanya.
Hargai mereka seadanya seperti mana mereka menerima kita seadanya.
Semoga
keluarga bahagia milik kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan