Baju
dilipat satu persatu,dimasukkan ke dalam beg beroda yang dibentang di atas
katil. Passport antarabangsa bersama tiket penerbangannya terletak kemas di atas meja sisi, bertarikh 1 Januari
2020.
Dia akan bertolak selepas asar waktu Malaysia. Kira-kira enam jam lagi. Setelah mengemas dan menyusun pakaiannya dengan kemas ke dalam beg, Taufiq menuju ke bilik air.
Dia akan bertolak selepas asar waktu Malaysia. Kira-kira enam jam lagi. Setelah mengemas dan menyusun pakaiannya dengan kemas ke dalam beg, Taufiq menuju ke bilik air.
Beberapa minit kemudian dia keluar
dengan rambut yang sedikit basah setelah dikeringkan menggunakan tuala milik
hotel tersebut. T-shirt berleher bulat berwarna putih dan jaket kulit berwarna
hitam, dipadankan dengan seluar slack berwarna hitam.
Setelah menyiapkan diri dan memastikan semua keperluan untuk dia meninggalkan negara tembok China itu selesai, Taufiq mengangkat dan menarik keluar beg pakaiannya menuju ke lobi hotel. Bilik ditutup rapat.

Kelmarin, bersama tiga orang bekas
rakan satu universiti ketika dia belajar di Amerika Syarikat menemani dia
berjalan-jalan di bandar Wuhan sambil menikmati keindahan dan kemodenan
bandaraya terbesar di tengah Negara China itu. Penduduknya padat. Pembangunan
bandar itu juga pesat dan menjadi tumpuan pedagang dari dalam dan luar negara.
Taufiq datang ke daerah itu kerana ada kursus IT, majikannya
menghantar dia mendalami satu produk baharu yang bakal berada di pasaran. Syarikat
tempatnya juga telah mengadakan kerjasama dengan satu syarikat IT di negara
tembok besar ini.
Seminggu dia berada di negara yang padat penduduknya itu. Setelah tiga kawannya berbangsa Cina mengetahui kehadirannya di negara komunis itu, mereka terus menghubunginya dan mereka memutuskan untuk bertemu.

Mereka membawanya singgah makan di
sebuah restoran makanan halal yang menyajikan mee tarik. Dia memilih mee tarik
yang dimasak secara goreng dan sarat dengan sayur-sayuran. Tidak ada sebarang
lauk selain rasa pedas dan kicap manis
yang enak di tekaknya.
Usai menikmati makanan popular di
daerah itu, tiga kenalannya itu membawanya singgah di sebuah pasar yang
terkenal dengan pelbagai jenis makanan binatang eksotik. Mereka ada urusan kerja di situ. Dia tidak
dapat menolak.
Biarpun pada mulanya bercadang hendak menunggu di dalam kereta, tetapi memandangkan pertama kali dia datang ke pasar, tentulah dia ingin melihat apa yang ada terjual di pasar tersebut.
Biarpun pada mulanya bercadang hendak menunggu di dalam kereta, tetapi memandangkan pertama kali dia datang ke pasar, tentulah dia ingin melihat apa yang ada terjual di pasar tersebut.
Terkedu Taufiq melihat beraneka jenis binatang
terjual di situ. Di tambah dengan keadaan pasar yang kotor dan seperti tidak
terurus, baunya juga sangat memualkan isi perut. Hampir sahaja dia memuntahkan
semua makanan yang telah tersimpan kemas di dalam ususnya.
Sebelum kembali ke hotel, Taufiq
dibawa membeli hadiah untuk ahli keluarganya di sebuah pusat membeli-belah
terbesar di bandar tersebut. Taufiq membeli kain sutera China buat isteri
tersayang. Harganya tidak terlalu mahal.
Bukan selalu dia memberi hadiah yang berkualiti dan jarang ditemui di negara sendiri buat keluar tersayang. Begitu juga untuk dua orang anaknya. Bolehlah mereka sedondon di pagi Hari Raya nanti. Taufiq melakarkan senyuman.

. Hampir tengah malam baharulah dia
pulang ke hotel.
Taufiq ke lapangan terbang Tienhe
dihantar oleh salah seorang daripada kenalannya. Mereka berpelukan dan saling
berjanji akan bertemu lagi. Kenalannya itu tidak menunggu sehingga dia menaiki
kapal terbang.
Sebaik sahaja kakinya menjejaki
lapangan terbang itu dia terus mendaftar masuk. Dia berbaris panjang, begitu
ramai manusia di dalam bangunan lapangan terbang itu. Ada yang berkumpulan, tidak kurang berjalan bersama
keluarga. Taufiq leka memerhati, seronok melihat gelagat manusia.
Beg pakaiannya dimasukan ke dalam kargo.
Dia lebih selesa berlenggang tanpa
membawa apa-apa beg di tangan. Hembusan nafasnya sedikit kasar kerana kepenatan
berjalan agak laju tadi. Sementara menunggu waktu berlepas, dia berehat di
kerusi yang disediakan oleh pihak lapangan terbang sambil membaca whatsapp yang
masuk. Semua kerusi yang ada di kawasan menunggu itu penuh.
Di sebelahnya seorang lelaki berbangsa Cina bersin
berkali-kali tanpa menutup mulut, membuatkan Taufiq berasa tidak selesa,
berkali-kali dia menggerakkan tubuhnya ke arah lain sebaik sahaja lelaki itu
bersin.
Tidak sopan langsung, detik hati kecilnya. Dia terlihat lelaki itu membersihkan hingusnya menggunakan tisu, kemudian tisu itu dibiarkan di atas kerusi dan lelaki itu berlalu pergi. Hish! Pengotor betui, bisik hatinya lagi. Kerusi itu dibiarkan kosong.

Tidak berapa lama kemudian datang
seorang tukang sapu, dengan menggunakan tangan dia terus mengutip tisu tadi. Taufiq
hanya mampu menggeleng kesal. Sepatutnya petugas tadi gunakan penyapu atau
sarung tangan untuk mengutip benda kotor seperti tisu itu.
Sebaik sahaja kerusi itu kosong, datang seorang perempuan berbangsa Eropah duduk di kerusi tersebut. Taufiq melakarkan senyuman, dan senyumannya berbalas. Namun, mereka tetap tidak berbual. Buat hal masing-masing.

Perjalanan lima jam yang dilalui
berasa cukup panjang. Biar bagaimana cantiknya negara orang lain, tanah air
sendiri jauh lebih indah dan tetap di hati apatah lagi di sinilah adanya
semangat dan jiwanya.
Taufiq menarik beg pakaiannya keluar dari tempat pemeriksaan di Lapangan terbang Antarabang Kuala Lumpur, sebelum bertolak dia sudah menghantar pesanan ringkas kepada isteri tersayang. Sudah tentulah dia mengharapkan mereka menunggunya di saat itu.

Langkahnya semakin laju, bergetar jantungnya, tidak sabar ingin
bertemu dengan insan-insan tersayang, sebaik sahaja dia keluar dari pintu
pendaratan, terdengar jeritan memanggil namanya, sepantas kilat Taufiq menoleh
ke arah suara itu.
Isteri tercinta dan dua orang anaknya melambai ke arahnya dengan wajah ceria mereka. Seperti berlari anak, Taufiq menarik beg rodanya. Tidak lagi memperdulikan orang ramai yang turut berada di kawasan itu menunggu teman atau keluarga masing-masing.

Sebaik sahaja berada di hadapan
isteri dan anak-anaknya, Taufiq terus memeluk mereka. Hilang rasa rindu yang
dipendam selama seminggu ini. Hampir sahaja dia melanggar seorang lelaki
berbangsa Arab, dia menghulurkan tangan memohon maaf.
Lelaki Arab itu segera memaafkan Taufiq, mungkin dia faham orang yang sedang kerinduan tidak akan memperdulikan orang di sekelilingnya.
Lelaki Arab itu segera memaafkan Taufiq, mungkin dia faham orang yang sedang kerinduan tidak akan memperdulikan orang di sekelilingnya.
Taufiq dan keluarganya bergerak
keluar dari kawasan lapangan terbang, menuju ke rumah mereka yang terletak di
Selayang.
BAGAIMANA COVID - 19 MEREBAK?
BAGAIMANA COVID - 19 MEREBAK?
(Lelaki bersin - Taufiq - Tukang Sapu - Perempuan Eropah - Dalam Pesawat - Keluarga Taufiq)?
(cerita ini hanyalah rekaan sahaja, tiada mengena dengan yang hidup ataupun mati.)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan