Mempunyai
keluarga yang bahagia adalah impian semua orang. Terutama kepada wanita yang
sudah berkahwin.
Begitu
juga dengan anda, tentu inginkan mertua yang baik dan mampu menyayangi diri
anda seperti anak sendiri.
TAHU TANGGUNGJAWAB
Seorang
anak yang baik berkewajipan berbakti kepada kedua orang tuanya biarpun sudah bernikah.
Anda
perlu tahu, seorang anak lelaki wajib berbakti kepada orang tuanya sehingga ke
akhir hayat.
Sebagai
isteri yang baik anda hendaklah membenarkan suami terus berbakti kepada orang
tuanya.
Dalam
soal ini, perbincangan bersama perlu, supaya tidak mengganggu-gugat kebahagian
rumah tangga sendiri.
Jangan
marah kalau suami sering membantu keluarganya. Bersikap positif dalam semua
perkara yang bersangkutan dengan keluarga mertua.
Begitu
juga sebaliknya. Suami perlu memahami jikalau isterinya juga mahu berbakti
kepada orang tuanya.
Keluarga
mertua juga keluarga anda. Ibu ayah mertua juga ibu ayah anda. Tidak ada
perbezaan dalam menentukan status mereka.
BERSIKAP POSITIF
Supaya
anda menjadi menantu yang disayangi, cubalah berperilaku positif terhadap
mertua. Terima baik dan buruk sikap mertua anda.
Mungkin
mertua seorang yang kelihatan seperti tidak berpendidikan, sebagai anak, anda
wajar menerima dirinya seadanya. Hormati dirinya. Terima pandangannya.
Seorang
tua, suka menasihati, biarpun anda tidak setuju dengan kata-katanya, bermanis
muka dan iakan kata-katanya. Biarpun anda takkan mengikut semua nasihatnya.
Berprasangka
adalah sikap yang tidak baik, kalau boleh hindari perasaan sebegitu.
Jadilah
pendengar yang baik kepada mertua biarpun cerita yang sama anda pernah dengar
berulangkali..
Sentiasa
memuji mertua dan mengucapkan terima kasih setiap kali mertua membantu memasak
atau menjaga anak anda.
Belajar
menghargai mertua anda kerana dialah yang telah melahirkan suami anda ke dunia
ini.
Jangan
meninggi suara terhadap mertua.
Jangan
masuk campur urusan keluarga mertua kecuali mereka bertanyakan pendapat anda.
Mengadu
domba adalah satu dosa, terutama kalau anda bercerita buruk tentang mertua
sendiri, sebaiknya hindarkan.
Jangan
cemburu dengan mertua kalau dia dimanjakan oleh pasangan anda lebih daripada
pasangan memanjakan anda.
Sebagai
orang tua, tentulah mertua anda banyak pengalaman, sentiasalah meminta
pandangannya sesuai dengan masalah yang sedang anda hadapi.
Usah
bercakap meninggi diri di hadapan keluarga mertua jikalau keluarga mertua
berasal daripada keluarga sederhana. Usah tunjukan kemewahan anda di hadapan
mereka juga.
RINGAN TULANG
Sebagai
seorang perempuan, tidak manislah anda bangun ketika matahari sudah tegak di
kepala. Apatah lagi berada di rumah mertua.
Kalau
ibu mertua sudah bangun seawall 7.00 pagi dan tercongok di dapur. Tentulah
tidak manis kalau anda masih berselimut dan berkurung di dalam bilik.
Biarpun
anda tidak pandai memasak, masih banyak lagi pekerjaan lain yang boleh anda
lakukan di rumah mertua.
Mungkin anda boleh membantu mengemas rumah,
menyediakan bahan-bahan untuk dimasak oleh mertua dan membasuh pinggan-mangkuk.
Belajarlah
merendah diri biarpun anda pandai memasak. Emak mertua anda pasti suka anda
belajar masakan kegemaran pasangan anda.
Jangan
sesekali menunjukkan kemalasan anda di hadapan mertua dan ipar-duai.
LAYANAN SAMA RATA
Melayan
keluarga mertua biarlah sama seperti
mana anda melayan keluarga sendiri.
Jangan
pilih kasih.
Sesekali belanjalah keluarga mertua. Belikan hadiah buat mereka. Kalau anda tidak bekerja, mungkin anda boleh menyediakan masakan yang mereka suka dan bawa pulang ke kampung.
Sesekali belanjalah keluarga mertua. Belikan hadiah buat mereka. Kalau anda tidak bekerja, mungkin anda boleh menyediakan masakan yang mereka suka dan bawa pulang ke kampung.
Sesuaikan
hadiah dan pemberian mengikut kemampuan anda.
Sentiasalah
menziarahi mereka. Sewaktu musim perayaan, janganlah hanya pulang beraya ke
rumah keluarga anda tetapi turut sama pulang ke rumah mertua.
Sentiasa
ikhlas membantu keluar mertua, usah mengungkit setiap pemberian atau bantuan
yang anda beri kepada keluarga mertua
JANGAN BERGADUH DI HADAPAN MERTUA
Sedangkan
lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.
Biar bagaimana marah sekalipun anda terhadap pasangan, janganlah
lepaskan kemarahan itu di hadapan mertua anda.
Ditakuti,
mereka menyangka anda tidak suka kehadiran mereka.
Begitu
juga ketika ingin menegur anak-anak anda, biarlah dengan suara yang rendah dan
tidak menengking anak-anak di hadapan mertua, takut mereka berasa hati.
Jaga
bahasa ketika berbicara, takut bahasa yang anda gunakan mengecilkan hati mereka
biarpun anda tidak bermaksud sedemikian.
Usah
bercerita keburukan pasangan anda kepada ibunya sendiri. Anda kena ingat bahawa
mertua andalah yang telah mendidik dan membesarkan pasangan anda itu. Cerita
anda akan membuatkan hatinya sakit dan berasa terhina.
.
Selalu
melemparkan senyuman di hadapan mertua.
KEBAHAGIAN MILIK ANDA
Tidak
sukar menjadi manusia yang baik, asalkan anda belajar bersabar, bersikap
terbuka, tidak bermulut laser semuanya akan baik-baik sahaja.
Terima
orang sekeliling anda seadanya. Usah meminta lebih, Sebagai mana keluarga
pasangan menerima kehadiran anda dengan
hati yang terbuka, begitu jugalah diri anda. Kebahagian tidak datang sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan