TOLONG PIKAT HATINYA
IZZA ARIPIN
ALAF 21
2013
488 muka surat
RM19.90
Zara Ilsa atau Zara Elsa seorang yang bersahaja, rajin dan
tekun bekerja. Takut untuk membuka hati pada mana-mana lelaki lantaran dosa dan noda
semalam yang masih kuat menghantui diri.
Seorang yang perahsia, melindungi diri sendiri dengan menjadi manusia yang kuat bekerja, mengejar
cita-cita dan impian sendiri.
Ryan kehilangan cinta dan seorang isteri lantaran sikapnya
sendiri yang suka berpoya-poya. Disebabkan dosa semalam jugalah dia mengurung
diri sendiri dari menerima cinta mana-mana perempuan yang hadir mendambakan
cintanya.
Mereka bertemu kerana kerja, hubungan mereka rapat tetapi
hanya sebagai seorang teman tetapi mesra.
Reizman teman dan sahabat baik Ryan dalam diam meminati Zara, namun
ditolak mentah-mentah oleh Zara yang sememangnya mengunci terus hatinya untuk
mana-mana lelaki yang sudi menyunting hatinya.
Reizman tidak pernah berputus asa, terus mencuba, sehingga
sanggup memerangkap Zara. Tetapi Zara
tidak selemah itu, dia juga mempunyai rancangan untuk memerangkap Riezman
kembali. Ugutan Reizman langsung tidak menjadi kudis di hati Zara. Apa yang berlaku?
Ryan terjumpa Zara bersama dengan seorang lelaki baharu
keluar dari sebuah hotel. Timbul pelbagai
syak wasangka di hati Ryan. Siapa lelaki
itu? Apa hubungannya dengan Zara? Kenapa mereka berada di hotel tersebut?
Aidan meminta sesuatu daripada Zara. Zara keberatan untuk memenuhinya, tetapi
tetap akur agar Aidan juga menurut dan menerima permintaannya. Siapa Aidan?
Apa hubungan mereka? Apa yang Aidan minta daripada Zara? Apa pula permintaan Zara?
Penipuan Zara membuat hati Ryan sakit, hubungan mereka yagn
mesra satu ketika dahulu, semakin hambar, dingin dan tidak mesra lagi. Zara juga begitu, sikap acuh tak acuh Ryan
membuatkan dia berjauh hati. Zara
menipu? Dia tipu apa? Kenapa hubungan mereka hambar? Kenapa Ryan sakit hati? Benarkah antara mereka tiada perasaan cinta
dan kasih?
Hendak tahu perjalanan kisah Zara Ilsa dan Ryan, jom dapatkan karya ini. Gaya cerita yang santai dan menarik. Bukan kisah cinta biasa, penuh dengan konflik
yang membuatkan hati tidak sabar menghabiskannya, dan ingin mengetahui apa yang
berlaku. Dosa apakah yang
menghambat kehidupan Zara Ilsa sehingga
dia menolak semua cinta yang hadir dalam hidupnya? Tentu ingin mengetahuinya, kan? Jangan lupa dapatkan karya ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan