CINTA PENCURI MIMPI
LYNN DAYANA
ALAF 21
2014
RM22.00
541 muka surat
Zahier
Arshad seorang peguam muda yang hidupnya suka melepak di kelab-kelab malam dan
melayan gadis-gadis manis yang sudah pasti tidak akan menolak lelaki sekacak
dan berpangkat sepertinya. Namun masih
menjaga batas tidak sampai melakukan dosa-dosa besar. Kehilangan isteri dan anak perempuannya dalam
satu kemalangan membuatkan Idham tidak mahu kehilangan satu-satunya zuriat yang
dia ada. Dia perlu membawa Zahier ke
pangkal jalan. Dia berasakan perlu
berbuat sesuatu. Akhirnya…
Zahier
tidak tahu sama ada harus marah dengan perbuatan ayahnya yang sanggup
membekukan asetnya, kedudukannya di syarikat guaman dirampas. Dia juga dihalau keluar dari rumahnya
sendiri. Pening kepala Zahier memikirkan
tindakan dan kewajaran ayahnya berbuat demikian. Sahabatnya Taufiq juga tidak mahu
membantu. Zahier meminta bantuan
neneknya, namun masih tidak mampu mengubah nasibnya malah terasa semakin teruk
apabila neneknya mula hendak mencarikan jodoh untuknya. Dalam mencari jalan untuk membetulkan
hidupnya yang tunggang-langgang dia terperangkap dengan permainan Lili, salah
seorang gadis yang menjadi teman di waktu malamnya. Dia terperangkap dengan dosa yang selama ini
dielak. Dia malu pada dirinya sendiri. Rasa marah membuatkan dia melarikan diri ke
Johor Baharu.
Pertemuan
yang tidak disangka dengan seorang gadis bernama Zara Airis membuahkan rasa
bergetar di sanubarinya. Marah-marah
sayang akhirnya menerbitkan rasa cinta yang tumbuh subur dalam hati kedua
pemuda dan pemudi ini. Di Johor Zahier
bekerja sebagai pencuci pinggan mangkuk di sebuah gerai. Dia ingin mengubah nasib hidupnya. Kehadiran Qistina hampir sahaja meranapkan
segala usahanya dalam sekelip mata apabila Qistina cuba menjeratnya. Zara Airis pula tersepit dengan sikap emak
saudara dan sepupunya yang mengaku mempunyai bahagian dalam rangkain restoran
yang sedang diusahankannya. Dia tahu
siapa Zahier, seorang peguam yang berpengalaman. Dia meminta pertolongan daripada lelaki itu
bagi menyelamatkan perniagaannya.
Khalid
teman sekampung pula sering menganggu Airis, walaupun sudah berumah tangga,
namun lelaki itu mencintai Airis dan memaksa Airis berkahwin dengannya. Malah isteri Khalid sanggup datang meminang
Airis, asalkan suaminya gembira, walaupun hatinya tersiat luka.
Konflik
demi konfik berlaku. Mampukah Mak Uda dan Fuad merampas perniagaan Zara
Airis? Bagaimana dengan Zahier,
berjayakah dia mengubah dirinya menjadi manusia yang kembali kepada
Rabbnya? Berjayakah Khalid mengahwini
Airis? Siapa pula Nurul Iman yang mempunyai
wajah seiras Zara Airis? Apa berlaku dengan Qistina dan Lili? Bagaimana pula dengan cinta terpendam Airis
dan Zahier? Mampukah mereka bersatu
sedangkan dalam hidup mereka penuh dengan kacau bilau? Hendak tahu kisah seterusnya, dan apa berlaku
kepada watak-watak ini? Jom dapatkan
karya ini.
Pertama kali membaca karya penulis ini. Hmmm…. Boleh tahan jalan ceritanya. Gaya bahasa yang tidak membosankan. Ada sensor humor, sedikit kesedihan yang mencuit hati. Kisah cinta yang mampu membuai rasa. Konflik yang membuatkan kita geram dan marah. Tidak rugi melabur. Jom dapatkan segera!
Pertama kali membaca karya penulis ini. Hmmm…. Boleh tahan jalan ceritanya. Gaya bahasa yang tidak membosankan. Ada sensor humor, sedikit kesedihan yang mencuit hati. Kisah cinta yang mampu membuai rasa. Konflik yang membuatkan kita geram dan marah. Tidak rugi melabur. Jom dapatkan segera!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan