Cari Blog Ini

Jika Anda Memerlukan Resit Pengecualian Cukai Untuk Setiap Sumbangan Anda Ke MAAHAD AZ ZEIN AL MAKKI (PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK YATIM TAHFIZ) Terus Berhubung Dengan Ustaz Shahari - 013 339 3112

Ahad, 18 Januari 2015

ULASAN GILA-GILA CINTA







GILA-GILA CINTA
IZZA ARIPIN
ALAF 21
2014
RM21.00
520 muka surat


                 Eryssa dalam diam mencintai  Si Rambut Kembang yang garang dan suka cakap
lepas.  Perasaan malu yang menebal dalam
hati tidak mudah untuk dia berterus-terang. 
Hubungan yang terjalin sejak dibangku sekolah menganjak kea lam dewasa.  Pertemuan semula mengembalikan kenangan silam
yang sudah jauh ditinggalkan.  Mengimbau kenangan
lalu membuat rasa sayang terus tumbuh subur. 
Dalam diam hati berteka-teki, jika dibiarkan mengundang rasa gundah di
hati.  Baik berterus terang dari membisu
seribu bahasa.  Lamaran dibuat demi rasa
cinta yang menggunung di hati. 
                Zeek
atau Haziq Haikal berjaya mencuri hati Eryssa. 
Perpisahan yang sementara tidak pernah memadamkan rasa cinta yang
ada.  Pertemuan semula membuatkan rasa
cinta kembali subur. Kecantikan dan kelembutan Eryssa membuatkan ramai yang
jatuh hati hatta Tan Sri Haikal sendiri. 
Cuba mendekati namun Eryssa seperti menjauhkan diri.  Terjadi satu perkara yang menyebabkan Zeek
dan Eryssa terpaksa bernikah sehingga mengundang marah di hati seisi
keluarga.  Hubungan yang sedia ada,
dicantumkan dengan ijab dan kabul membuah rasa bahagia yang tidak
putus-putusnya sehinggalah mereka diuji. 
Hanya kesabaran dan rasa cinta yang menggunung dan gila-gila sahaja yang
mampu mempertahankan rumah tangga mereka.
Cerita yang menarik buat hati tertarik.  Karya Izza Aripin tidak pernah
menghampakan.  Apa yang berlaku
seterusnya dengan hubungan Zeek, Errysa dan Tan Sri Haikal?  Jom dapatkan karya ini di pasaran.  Gaya bahasa yang santai sesekali diselitkan
bahasa Inggeris.  Imbas semula yang tidak
membosankan.  Latar tempat yang menarik
untuk diterokai. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan