Belanjawan negara ialah satu
pernyataan anggaran hasil dan perbelanjaan bagi tahun hadapan yang
digunakan sebagai alat perancangan dan pengurusan sumber ekonomi negara
untuk memenuhi keperluan rakyat.
Hasil Negara adalah meliputi
semua jenis pendapatan yang diterima oleh Kerajaan dalam bentuk cukai,
yuran dan lesen dan lain-lain terimaan, kecuali zakat, fitrah, Baitul
Mal dan hasil keagamaan.
Belanja mengurus ialah perbelanjaan bagi aktiviti yang berulangan dan berterusan. (belanja penggunaan)
PERBELANJAAN TANGGUNGAN
PERBELANJAAN TANGGUNGAN
Perbelanjaan yang dipertanggungkan terus kepada Kumpulan Wang Disatukan
tanpa perlu mendapat kelulusan Parlimen selaras dengan Perkara 98
Perlembagaan Persekutuan Contoh: Gaji/Elaun Diraja, Khidmat Hutang
Kerajaan, Pencen, Gaji Hakim-hakim, Gaji Ketua Audit Negara,
perbelanjaan Suruhanjaya dan Pemberian Kepada Negeri- Negeri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan