Nur' ain: Isteri buruh paksa
Adly Azamin.
ITBM
2015
294 muka surat.
Novel Perjuangan
*****bintang/5
Buku ini sudah dua tahun saya beli. Baru sempat baca. Maklumlah rajin beli, baca macam siput.
Siapa penulis ini? Adly Azamin nama yang jarang saya dengar, baca
biografinya buat hati bergetar. Penulis lama dan hebat berkarya sejak
tahun 1960-an. Selain menulis novel, beliau juga aktif menulis drama
radio dan banyak lagi penulisan lain.
Berlatar belakangkan zaman
pemerintahan Jepun, kisah bermula dengan prolog berkisah penalukan Jepun
di Tanah Melayu dan Singapura.
Kisah ini bermula dengan kisah seorang isteri muda yang diperdaya sehingga menjadi buruh paksa oleh tentera Jepun.
Nur'ain yang sedang belajar di Sumatera disuruh pulang ke tanah air
kerana perang sudah meletus dan ibunya meninggal dunia. Belum sempat dia
menghabiskan pelajarannya, Nur'ain akur keputusan ayahnya. Ketika itu
dia sudah pun ditunangkan dengan seorang lelaki yang merupakan ahli
keluarganya juga agar harta milik keluarga tidak jatuh ke tangan orang
lain.
Perkahwinan Nur'ain dengan Khairi diteruskan juga. Belum
sempat mengenal hati budi suami yang baharu dikahwini, Khairi dibawa
lari dan dijadikan buruh paksa oleh tentera Jepun.
Nur'ain setia
menunggu, minggu berganti bulan, bulan berganti tahun, khabar berita
tentang suaminya masih tidak diketahui. Nur'ain tidak putus berdoa agar
suaminya dilindungi Allah.
Kekejaman tentera Jepun semakin
menakutkan penduduk kampung ditambah dengan Bujang yang menjadi
talibarut Jepun, dia menyebabkan ramai orang kampung yang diseksa dan
dibunuh serta ditangkap.
Dalam kekalutan hidup sendiri, Nur'ain
dipertemukan dengan Adam, pemuda itu bekerja membantu Nur'ain
mengguruskan ladang kelapa dan sayurnya.
Nur'ain juga berani
menentang Bujang dan tentera Jepun. Dia tidak takut dengan kehadiran
mereka. Keberanian Nur'ain menjadi dendam di hati Bujang. Lelaki itu
berasa tercabar kerana Nur'ain berani mencabar dan menceritakan
perbuatan Bujang kepada ketua tentera Jepun sehingga lelaki itu
dipinggirkan oleh tentera Jepun.
Adam yang sering diperkotak katikkan oleh Bujang sehingga membakar rumah warisan keluarganya turut berani melawan Bujang.
Dalam diam Adam menyimpan perasaan terhadap Nur'ain yang juga merupakan majikannya.
Apa berlaku seterusnya? Adakah Khairi akan kembali ke sisi Nur'ain?
Berjayakah Bujang membalas dendam? Adakah cinta Adam terbalas?
Saya suka karya ini, sesungguhnya Tuan Penulis memang berpengalaman.
Latar termpat, latar masa begitu terperinci diceritakan, seperti saya
melihat semua adegan bertayangan di hadapan mata, penulis juga merupakan
seorang penerbit rancangan, penulis skrip jadi tidak susah untuk beliau
melakar perjalanan cerita dengan baik sekali.
Penulis-penulis muda wajar membaca karya ini
.
Karya yang menarik untuk dibaca.
Watak antagonis: Bujang. Tali barut Jepun, jahat sangat sampai sanggup
membakar rumah Adam. Sanggup menyeksa orang kampungnya sendiri.
"Awak ingat Jepun bodoh? Percaya cakap awak?" bentak Bujang. "Aku ini
orangmya. Aku polis. Aku tahu semua orang. Cakap aku laku. Sekarang
siapa yang Jepun akan percaya. Cakap aku atau cakap awak?" (Dailog
Bujang. Muka surat 228)
Ayat yang menarik: muka surat 110:
"Kita bagaikan dikejar bayang-bayang sendiri. Lagi kita lari, lagi kuat
bayang-bayang tu mengejar kita Akhirnya, siapa yang rugi? Rumah
terbiar, sawah ladang pula tak dikerjakan." (Dailog Nur'ain)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan