Aku
berjalan jatuh, bangun dan bangkit sekali lagi.
Tidak pernah dapat berjalan dengan betul, asyik ada sahaja yang tidak
kena. Tidak tahu di mana silapnya? Adakah kakiku pendek sebelah, atau langkahku
tidak betul? Persoalan demi persoalan
sering bermain dalam kotak fikiranku, kenapa sukar sangat untuk aku berjalan
dengan betul? Apa lagi yang harus aku
lakukan agar jalanku stabil dan tidak jatuh lagi. Ada ketika aku rasa tidak mahu berjalan lagi,
bagaimana aku hendak berlari sedangkan berjalan pun aku tidak mungkin. Kalau aku tidak belajar berjalan, bagaimana
aku hendak ke mana-mana? Tidak mungkin
aku hanya menjadi pemerhati melihat keindahan alam yang luas di luar sana. Apa
yang harus aku lakukan?
Suatu hari, datang sepucuk surat yang tidak aku duga, ada seseorang ingin mengajar aku berjalan. Aku memandang surat itu lama, biar betul? Adakah aku tersalah baca? Berkali-kali surat itu kutatap. Kuambil dan aku meneliti setiap perkataan yang ada. Ya, aku tidak silap. Ada orang yang sudi mengajar aku berjalan dengan betul. Aku tersenyum bahagia, ada juga insan yang sudi mengajar aku berjalan biarpun orang itu tidak mengenali siapa aku, tetapi aku mengenali dirinya kerana aku sering terlihat namanya di dalam suratkhabar. Orang yang hebat yang sudah berlari jauh, sememangnya orang inilah yang aku perlukan untuk aku mampu berjalan dengan baik.

Setiap
bulan aku memulakan langkah pertamaku dengan bantuan seorang yang boleh
kuanggap sebagai seorang guru. Dia akan
mengajar aku mengatur tapak, satu persatu sehingga aku mampu melangkah dengan
jayanya. Tidak jatuh lagi, tidak goyah
lagi. Setapak demi setapak aku
melangkah perlahan-lahan. Dia seorang
guru yang baik, setiap tapak langkahku
diperhatikan satu persatu, begitu teliti, sehingga dari satu tapak menjadi dua tapak, dari tapak
yang kecil, semakin lebar dan besar.
Akhirnya langkahku tidak cangguh lagi, biarpun tidak begit stabil, masih
ada cacat celanya, tapi aku tetap berpuas hati.
Inilah langkah pertamaku untuk aku terus boleh berlari-lari anak.
Langkah
seterusnya, aku belajar pula dengan seorang lagi guru yang begitu ikhlas
menegur, biarpun tidak secara formal ajarannya, namun aku memperbaiki langkahku
yang tidak kukuh itu. Sekali lagi
langkahku yang pincang dan tidak begitu baik itu diperbaiki. Alhamdulillah, aku
sudah boleh berlari-lari anak. Aku masih
tidak berpuas hati. Aku teringin berlari laju, pecut semahunya sama seperti
orang lain.
Aku
bertemu dengan seorang insan yang layak digelar Ratu Pecut, lariannya cantik
sekali, tidak sumbang, sudah diiktiraf, dihargai oleh ramai pakar-pakar dalam
bidangnya. Aku teruja ingin belajar,
biar aku juga mampu berlari sehebatnya, langkahku secantik langkahnya. Impianku semakin menjadi kenyataan, tanpa
bimbingan mereka yang bergelar guru, aku tidak akan menjadi seperti hari
ini. Mereka adalah insan-insan hebat yang sentiasa tersemat di hatiku. Kerana mereka telah mengajar aku melangkah
dengan betul, dari berjalan, berlari-lari anak, kini aku boleh berlari pantas
biarpun masih belum mampu menandingi kepantasan mereka berlari di padang yang
luas.
Aku masih belajar untuk memastikan larian pecutku tidak kecundang atau tidak mengikut kelajuan yang sepatutnya. Masih banyak yang perlu aku pelajar, agar larianku cantik, kemas dan kuat. Setiap hari aku berada dan dikelilingi oleh mereka-mereka yang telah menjadi guruku tanpa mereka sedari. Terima kasih atas segalanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan