Haziq
mundar mandir di luar bilik pegawai akaun yang baru itu. Duit di tangan sudah kering. Gaji lambat lagi. Dia perlukan duit. Dia memandang wajah kerani akaun yang pernah
membantunya sebelum ini, kerani akaun itu pun tidak dapat membantunya. Dia mengesat peluh di dahi. Silap dia juga, tak songlap banyak
sikit. Ingatkan dapat berlama dengan
jawatan yang disandang, rupanya tidak.
Isterinya jauh lebih bijak dengan melantik pegawai akaun yang baharu. Apa alasan yang perlu diberi untuk
mendapatkan duit yang dikehendaki. Cek yang ada padanya juga tidak berguna,
kerana tandangannya juga sudah ditukar, dia tidak lagi boleh mengeluarkan duit
sewenang-wenangnya. Cek syarikat yang ada padanya tidak berguna lagi.
“Masuk ajelah En. Haziq. En. Arman
baik orangnya,” suruh kerani akaun yang berbaju Melayu siap bersamping
itu. Maklumlah Hari Jumaat.
Haziq mendengus kasar.
“Erk…” hampir sahaja Arman terlangar
Haziq yang berada di hadapan biliknya.
“Ya, ada apa? Boleh saya bantu?”
tanya Arman penuh hormat. Siapa pula
lelaki ini? Detik hati kecilnya.
“En. Arman, ini suami Puan Riana,”
kata kerani akaun itu memperkenalkan Haziq kepada Arman yang tergesa-gesa
hendak keluar dari biliknya.
“Oh, ya tuan, ada apa-apa yang boleh
saya bantu?” tanya Arman penuh hormat. Suami majikannya. Arman meneliti wajah kacak yang berada di
hadapannya itu. Memang padan dengan Puan Riana yang cantik dan berkarisma itu.
“Boleh masuk bilik kau sekejap,”
pinta Haziq.
“Erk… boleh, boleh!” Arman serba
salah. Puan Riana sudah memanggilnya.
“Aku nak kau tulis cek 10k sekarang
juga. Tunai tau,” suruh Haziq tanpa teragak-agak.
“10 ribu? Besar jumlahnya tuan, saya
tak boleh sewenang-wenangnya keluarkan duit sebanyak itu. Lagipun, sejak saya
bekerja di sini, cek syarikat tak pernah ada dengan saya,” terang Arman. Itulah
yang berlaku. Sejak dia bekerja, segala
perbelanjaan atau pengeluaran ditentukan oleh pemilik syarikat tersebut.
“Mana pula? Dulu aku yang jaga
akaun, boleh aje bawa keluar duit, tak ada masalah pun!” Haziq bengang. Sistem sudah diubah rupanya. Ini semua kerja Riana agaknya.
“Entahlah tuan, saya baru sahaja di
sini, kalau tuan nak tahu, kenalah tanya Puan Riana,” jelas Arman, jujur.
“Kau nak tipu akukan?” Haziq masih tidak berpuas hati.
“Kenapa pula saya nak tipu tuan?” Arman serba salah. Dia mengeluh.
“Memang tak gunalah! Tak guna!”
jerkah Haziq. Dia menendang pintu bilik
sekuat hati, dia melangkah keluar dari bilik itu.
Arman terpinga-pinga. Dia melangkah kelua
“Kenapa Arman?” tanya kerani akaun
itu.
“Entahlah Rashid, aku sendiri tak
faham. Tuan minta aku keluarkan cek 10
ribu, mana ada cek syarikat dengan aku,” jawab Arman, riak wajahnya bertukar
serba salah.
“Tuan Haziq memang suka ambil duit
syarikat, itu sebab agaknya Puan Riana tak benarkan lagi pegawai akaunnya
pegang cek dan mengeluarkan setiap perbelanjaan untuk syarikat,” cerita kerani
akaun bernama Rashid itu.
Arman mengangguk tanda faham. Itu
ceritanya. Susahlah jika ambil duit
sesuka hati, biarpun syarikat sendiri. Tidak boleh sesuka hati berbelanja.
Keluar masuk duit perlulah lebih berhati-hati, jika berlaku apa-apa dengan
syarikat, duit tidak cukup, siapa yang harus disalahkan? Bukan mudah menguruskan kewangan sebuah
syarikat, jika tidak berhati-hati modal ke mana, keuntungan juga tidak
kelihatan.
“Rashid, saya nak ke bilik Puan
Riana, kalau ada apa-apa hubungi melalui telefon tangan saya ya?” beritahu Arman. Dia melangkah ke bilik majikannya yang
terletak di tingkat empat. Beberapa
kakitangan menegurnya, mereka sudah dapat menerima kehadirannya dengan
baik. Dia berasan senang dan tenang
bekerja di situ. Segala tugasan kerja
yang diberi dilakukan sebaik mungkin.
Pesanan emaknya disimpan kemas di hati, bekerja dengan jujur dan
bertanggungjawab agar pendapatan yang diperolehi diberkati Allah swt. Ini juga satu ibadah yang membawa ke syurga.
Itulah impiannya jika jasadnya sudah
bercerai daripada nyawa.
Setiap hari dia akan menelefon
emaknya bertanya khabar. Setiap kali itu
jugalah nasihat diberi dan diingatkan oleh emaknya berkali-kali. Terutama jika bekerja bersangkutan dengan
duit, sesiapa sahaja boleh gelap mata. Apatah lagi syarikat seperti Riana
Collection yang sudah mencecah pendapatan jutaan ringgit itu. Melihat baki akaun, urusaan perniagaan, memang
mudah nak songlap jika tidak jujur. Itu
bukan caranya. Dia tidak mahu makan duit haram. Jadi darah daging. Sekarang
tidak nampak, tunggulah ketika bertemu Allah nanti. Memikirkan balasan neraka sudah cukup
menyeramkan.
Daun pintu kaca yang berukiran bunga
matahari berwarna kuning diketuk perlahan.
Suara lembut menyuruhnya masuk.
Perlahan-lahan pintu itu ditolak.
Haruman lavender menyapa
hidungnya, bagaikan menyambut kehadirannya di
bilik Pengarah Urusan Riana Collections.
Arman masih lagi memandang
persekitaran bilik yang simple dan tampak mewah itu. Berpadanan dengan pemiliknya yang anggun dan
cantik menawan.
“Duduk Arman, apa yang awak tengok
lagi tu?” tegur Riana. Hari ini dia
berblaus labuh berwarna hijau muda dari kain chiffon dipadankan dengan kain
kembang payung berwarna hitam. Tudung
instants shawl berwarna hitam dari butiknya sendiri. Solekan yang tipis agar wajah tidak nampak
pucat.
“Terima kasih puan,” jawab Arman lantas duduk menghadap majikannya
yang cantik menawan itu. Arman menunduk
sedikit, tidak sanggup memandang mata bundar majikannya. Terasa malu di hati. Bukankah dalam Islam diajar, seorang lelaki
tidak boleh memandang tepat ke mata seorang wanita yang bukan mahramnya? Itukan
satu dosa, dosa mata, detik hati kecil Arman.
“Suami saya jumpa awak tadi?” tanya
Riana setelah meneliti kerja-kerja perkaunan yang dibuat oleh Arman melalui
skrin komputer.
“Ya puan, dia minta saya keluarkan
cek 10 ribu, saya bagitahu sekarang ini cek hanya akan dikeluarkan oleh puan
sendiri,” jelas Arman, anak muda yang jujur kata-katanya. Berkat ajaran ibu tercinta.
“Maafkan saya menyusahkan awak
pula. Saya tak bagitahu dia yang dia
tidak lagi bekerja dengan syarikat saya.”
Riana mengeluarkan sekeping surat yang sudah disediakan buat suaminya. Macam-macam cerita yang didengarinya tentang
lelaki yang menjadi suaminya itu. Cukup
menyakitkan hati. Beberapa pekerja wanita terpaksa berhenti kerja akibat
perbuatan suaminya sehingga… . Ah! tidak manis dia bercerita tentang keburukan
suami sendiri. Sekali lagi kebahagian
berumahtangga bukan miliknya. Cuma, dia belum buat keputusan sama ada ingin
mengakhiri perkahwinan ini sekali lagi dan hidup sendiri. Keluhan dilepaskan
perlahan-lahan, menahan rasa sebak di hati. Tidak mungkinlah dia menangis di
hadapan pekerjanya itu. Terutama pekerja
baharu seperti Arman yang belum
tahu hati budinya.
Arman tidak menjawab, hanya menjadi
pendengar.
“Saya dah semak kerja awak Arman,
saya sangat berpuas hati. Awak juga akan bantu saya memeriksa stok keluar masuk. Bolehkan? Selama ini suami saya yang buat, atas
kepercayaan. Sejak dia asyik mengeluarkan duit syarikat tampa sebab, saya dah
tak percaya padanya. Ini syarikat saya,
bukan bukit yang terus dicangkul setiap hari, lama-lama lingkup syarikat saya,”
luah Riana.
“Saya faham puan.” Arman mengangguk
perlahan.
“Bulan hadapan saya akan naikkan
gaji dan pangkat awak menjadi Pengurus Akauan syarikat ini, jika awak
memerlukan pekerja tambahan untuk membantu awak, beritahu saya ya?” ujar
Riana.
“Terima kasih puan, terima kasih,”
ucap Arman gembira. Apa lagi yang boleh
dikatakan. Rezeki yang tidak disangka-sangka.
“Apa yang penting, saya nak awak
jujur dengan saya dan bertanggungjawab dengan tugas yang diamanahkan. Itu sudah cukup buat saya,” pesan Riana.
“Insya-Allah puan,” janji
Arman. Dalam hatinya melonjak
riang. Ya, orang yang jujur akan
diberkati hidupnya. Janji Allah itu pasti.
Setelah menerangkan segala urusan
kewangan dan perkaunan yang dibuatnya, Arman kembali ke biliknya. Dia tersenyum bahagia. Petang nanti bolehlah dia menelefon emaknya
mengkhabarkan berita gembira itu. Hari
ini dia berjanji dengan dirinya sendiri, akan menjadi seorang pekerja yang
baik, bukan hanya untuk majikannya itu tetapi kerana Allah swt, kerana kerja
itu jug satu ibadah agar rezeki yang diterima diberkati Allah swt, apatah lagi
rezeki itu akan dikongsikan dengan emaknya, tergamakkah dia memberi makan
rezeki yang tidak halal kepada orang
tuanya sendiri? Tidak mungkin. Selama
ini emaknya memberi dia makan makanan yang baik dan halal, kenapa harus dia
membalasnya dengan yang tidak baik?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan