ULASAN OLEH Ogy Yusof.
Kredit: Ogy Yusof
ANTOLOGI THRILLER
BUNUHAN
ALAF 21
4 PENULIS.
634 ms
1) SAKURA SAMSENG JALANAN
LYNN DAYANA
sakura, anak peranakan cina yang terpaksa kembali ke tanahair dan
menangguhkan pengajian bila ayahnya meninggal kerana dibunuh selepas
dicolek. Kuasa yang tinggal mula jadi rebutan. cuma mereka berebut itu
tidak menyangkakan yang sakura mampu menerima amanat ayahnya, mendiang
Tuan Lee. Sakura mula menjejak satu persatu perniagaan ayahnya sama
jugak dengan tindakan musuhnya yang mula menjejak satu demi satu
langkahnya. Cuma tak disangka ada gunting dalam lipatan.. Cerita aksi
yang padat dan dimampatkan. Walaupun pendek, tapi cukup terisi. Setiap
jalan kisah yang diolah buat pembaca turut merasa apa yang digambarkan..
Tahniah puan Lynn Dayana...
bintang? ⭐⭐⭐⭐
2) TREN
SYAIDA ILMUNA
Tren komuter terbalik dan dihijack!! fatin nura dipasang bom
dibadannya. 20 orang menjadi tawanan. Mereka menuntut wang tebusan.
walaupun seperti tidak logik bila hanya dua orang cina tua yang terlibat
tapi kita bayangkan dalam dunia aksi tiada yang mustahil. Tambah lagi
bila mereka sebenarnya dibantu, dibantu dari pihak yang tak disangka-
sangka, pihak yang rupa-rupanya gilakan nama dan kuasa.. Cik penulis
kita ni pun buat jantung pembaca tidak habis berdebar dengan bayangan
aksi yang terbias dalam otak dan bertambah debaran bila disangka kisah
dah tamat tapi rupanya ada lagi! Cik Syaida Ilmuna, gerunlak akak nak
naik keretapi tau!!
bintang? ⭐⭐⭐⭐
3) CINTA TOP SECRET VERSI 1. 0
LAILA KAMILIA
cerita ni ada buku solo ya sebelum ni puan Laila Kamilia?.. kena cari
nihh... woww... cerita aksi yang memang best, cukup rencah perisanya.
segala misi, segala gambaran aksi dan termasuk semua prop yang
diceritakan buat pembaca boleh bayangkan sebuah kisah aksi yang cukup
hebat. Jade yang terpaksa ketepikan semua misinya dalam melengkapkan
tanda tanya yang ditinggalkan oleh ejen olga yang mahu menghapuskan
pengkhianat yang berkuasa besar dalam badan perisikan mereka. Imbas
kembali yang terselit buat setiap tanda tanya terjawab. Tahniah puan
untuk aksi menggila nih!
bintang? ⭐⭐⭐⭐
4)JEJAK HANTU
IZZA ARIPIN
terbahagi kepada 3 bahagian kisah yang mana bahagian ketiga menyatukan
bahagian 1 & 2 yang pada awal tak nampak langsung perkaitannya.
walaupun sepanjang pembacaan dibahagian dua buat pembaca tertanya-tanya
apakah kaitannya dengan bahagian pertama tapi kisah yang makin serius
dan makin banyak aksi menuntut otak pembaca terus ikut helaian demi
helaian tanpa rungutan. puan penulis Izza Aripin berjaya membuat pembaca
terpaku dengan setiap aksi dan babak cerita. Tahniah puan untuk
rentetan aksi yang mantap.. Peya yang sedih bila suaminya, adam ditembak
mati. Dia yang bekerja sebagai PA datuk azhar menyimpan semua rahsia
syarikat itu termasuklah penghasilan kosmetik pencegahan penuaan
terbaru, edelweiss kiss.. Kemudian aksi berterusan dengan atilea yang
melarikan diri bila dia disuruh membunuh seorang pengawal keselamatan.
Dia, seorang pembunuh terasa itu adalah satu kesilapan walaupun dia
diberi pilihan, membunuh atau dibunuh. Berterusan bila dia menggunakan
identiti miasarah untuk menghilangkan jejak dirinya. Tanpa disangka, izz
qhuzairy polis yang dimusuhinya adalah suami kepada miasarah yang mati
dibunuh. Apakah kaitan mereka dengan peya dan adam? Siapakah sebenar
watak utama yang mengaitkan kisah mereka?
bintang? ⭐⭐⭐⭐
secara keseluruhan buku ini sebenarnya memang mantap dan terbaik. Padat
dan mampat. Bila novelis wanita tunjukkan taring dalam bayangan aksi
mereka, haa..... Hambik kau... Jangan samakan dengan kisah aksi yang
sedia ada, memang sangat tidak adil. Mereka berempat punya kekuatan
tersendiri dalam menyampaikan perjalanan kisah aksi dan ianya amat
berjaya! Abaikan semua ketidaklogikan kerana ingat ya, tiada yang
mustahil bila dalam kisah aksi. Weiihh... Dalam tv tu pun kalau kisah
aksi tembak pun tak tepat walaupun sharp shooter. Tahniah buat semua
yang terlibat...
bintang ? 🌍🌍⭐⭐⭐⭐🌎🌏
#103/2016
#stokperambestrupanya
#alaf21
#NovelMelayu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan