Cari Blog Ini

Jika Anda Memerlukan Resit Pengecualian Cukai Untuk Setiap Sumbangan Anda Ke MAAHAD AZ ZEIN AL MAKKI (PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK YATIM TAHFIZ) Terus Berhubung Dengan Ustaz Shahari - 013 339 3112

Rabu, 14 Oktober 2015

ADAB MAKAN


Selamat malam dan semoga tidurmu lena malam ini.

Di rumah ana-anak yatim yang dibawah jagaan saya dan suami, kami ajar adab makan. Adab makan yang kami selalu tekankan adalah jangan sesekali mengambil makanan atau makan menggunakan tangan KIRI. Tangan KIRI digunakan untuk aktiviti yang lain, tetapi bukan untuk MAKAN. Antara sebabnya, adalah syaitan makan menggunakan tangan KIRI. Jadi, kita manusia dan disarankan agar menggunakan tangan KANAN.

“Apabila salah seorang dari kalian makan, maka hendaklah makan dengan tangan kanan dan apabila dia minum, minumlah dengan tangan kanan. Karena setan apabila dia makan, makan dengan tangan kiri dan apabila minum, minum dengan tangan kiri.” {HR. Muslim}

Antara penyebab hati kita keras kerana kita selalu makan bersama syaitan jika kita makan menggunakan tangan KIRI. Jadi, bermula dari hari ini, berazamlah akan mengajak keluarga kita memulakan langkah mengikut sunnah Rasul, makan menggunakan TANGAN KANAN, begitu juga jika mengambil makanan, minum juga begitu. Pendek kata, HARAMKAN langsung tangan KIRI kita menyuap makanan dan minuman menggunakan tangan KIRI.

Kalau pakai sudu dan garpu bagaimana? pakai pisau untuk makan chicken chop pula bagaimana? Kalau guna pisau dan garpu, selalunya saya akan potong makanan tersebut seperti biasa, pisau di kanan, garpu di kiri, kemudian garpu dipegang di tangan kanan setelah proses pemotongan selesai, dan makananlah makanan yang terhidang tadi. Mudahkan? Mula-mula memang susah. Lama-lama mudahlah.

Biar hati kita selembut salju dan mudah menerima nasihat kerana asabab perbuatan kita tadi. Hindari syaitan mendekati diri kita dan keluarga. Salam sayang buat semua.

Selamat mencuba dan mengamalkan sunnah Rasulullah saw.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan