ULASAN SAHAJA AKU JATUH CINTA - BONDA NOR.
Mengenali penulis
ini melalui FB, menjengah wallnya membuat hati teringin sangat baca
karya-karyanya. Satu persatu karyanya saya miliki. Ini adalah hadiah
daripada penulis. Dan, saya sangat hargai.
Kisah pasangan yang
telah melahirkan arwah Ahmad Ammar ke dunia ini. Pemuda yang berjihad
ke jalan ALLAH dengan caranya tersendiri. Untuk mengenali insan hebat
ini tentulah bermula daripada orang yang telah menyebabkannya lahir ke
dunia ini.
Penulis menulis kisah cinta pasangan suami isteri Puan Nur azlina dan
En. Ahmad Azam, tapi menggunakan nama yang berlainan. Sebuah hubungan
yang mengikut syariat. Karya yang penuh ilmu, penuh pedoman dan
pengajaran.
Benih yang baik akan melahirkan pokok yang baik.
Begitulah pasangan ini. Semangat juang mereka dalam menyampaikan syariat
Islam telah membuah di hati anak lelaki mereka, satu-satunya anak
lelaki mereka.
Buku yang saya saran dan cadangkan untuk teman-teman miliki. Pasti tidak mengecewakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan