Aku memandang ke kiri, pandang ke
kanan, tercari-cari tempat duduk yang
tidak diganggu gugat dengan hembusan asap rokok yang keluar asapnya
berbunga-bunga. Aku mendengus kasar. Menyusahkan betul kalau makan di kedai mamak.
Tiada tanda DILARANG MEROKOK!
Sedangkan sudah dimaklumkan oleh kerajaan bahawa tidak boleh merokok di tempa
awam.
“Duduk sini ajelah,” kata suamiku
sambil menarik kerusi, sudah bersedia melabuhkan punggungnya.
“Tak nak!” jawabku sambil
memuncungkan bibir.
Dia menoleh ke belakang.
Empat orang remaja sedang sedap
menghayati keenakkan menyedut asap rokok dihisap.
Bukan main lagi. Macam orang
besar sahaja lagaknya. Aku kira umur
mereka tidak kurang daripada 15- 17 tahun. Masih bersekolah. Amboi! Sedut, lepas, sedut, lepas! Hebat! Hebat!
Kataku dalam hati. Bergelak ketawa, langsung tidak menghiraukan
pandanganku yang tajam merenung mereka.
“Duduk sinilah!” ajak suamiku.
Aku menggeleng laju. Uh! Tak sanggup menjadi salah seorang pesakit
kanser paru-paru.
“Habis tu nak duduk kat mana?” soal
suamiku agak kasar. Dia sudah mula menjegilkan mata.
Aku mengangkat kening dan terus
berdiri di meja anak-anak remaja tersebut.
Aku menghentak meja.
Sudah lama hidup? Bukan main sedap kau hisap ya? Kau nak mati sangat, baik terjun sungai atau
laut! Kau tahu tak rokok tu haram! Tak belajar
di sekolahkah? Tak baca bukukah? Suratkhabar?
Kau tahu tak, orang sekeliling kau lebih berisiko dan tinggi peratusnya untuk mendapat kanser paru-paru
berbanding penghisap rokok! Ingat jantan sangatlah ya!
Hei! Duit nak belanja sekolah pun minta
mak bapak, ada hati hisap rokok?
Mula-mula hisap rokok, lepas tu lebih berani, hisap dadah pula. Berhentilah! Usia kalian masih muda, usah
dijahanamkan dengan benda-benda haram ini.
Belum pun usia mencecah 40-an sudah mengidap kanser paru-paru, bukan kau
sahaja yang akan mengidap, orang yang sering bersama-sama dengan kau pun akan
terbabitlah.
Kasihanlah dengan diri sendiri,
kasihanlah dengan mak bapa. Tak sedap
mana rokok tu, membazir sahaja. Kau
bakar duit dalam tidak sedar. Kenapalah
kau ikut kehendak manusia yang jahat dan banjingan betullah mereka yang ajak
kau menghisap rokok. Biar tutup syarikat
yang menjual rokok ini. Mereka
merosakkan kesihatan orang awam, anak-anak muda apalah mereka tahu. Mereka nak
sahaja mencuba. Kononnya, macholah kalau
merokok ini. Macholah sangat. Nak jadi anak jantan bukan dengan hanya
pegang batang rokok dan keluarkan asap berbunga-bunga. Itu bukan jantan! Itu berlagak jadi jantan! Kalau nak tunjuk jantan sangat, jadilah orang
berani yang berjuang membawa kebaikan. Bukan hanya pada diri sendiri tetapi
juga kepada orang lain.
Kau sedar tak, dalam waktu yang
sama, kau sudah menjadi pembunuh! Kau bunuh orang sekeliling kau yang menghidu
bau asap rokok tersebut! Kau mana sedar, kau sedap sahaja menyedutnya. Kau
peduli apa, jika orang itu jatuh sakit. Ada kau kisah?
Aku cakap sebab aku kasihan dengan
umur kau yang muda itu. Jangan bazirkan
masa dengan buat kerja-kerja yang tidak diredhai ALLAH.
Imam al-Syafi’e telah mengeluarkan
fatwa dalam kitabnya yang masyhur al-Umm iaitu:” Jika mereka mengambil (sesuatu
makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu dan disedut) yang boleh
memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas haram. (Termasuklah) yang
mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Aku tetap menganggap (menfatwakan)
ia adalah haram. Allah swt mengharamkan (apapun jenis) pembunuhan kerana
pembunuh bermakna membunuh diri sendiri”.
Firman Allah swt dalam Surah
al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan
diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”.
Cuba tengok dan bacalah! Jangan besar
kepala sangat. Kau itu masih belajar, buatlah cara masih belajar. Tak usah nak cuba jadi orang dewasa yang
kadang-kadang bongok juga. Entah apa sedapnya merokok? Bila usia sudah
sampai peringkat tua, barulah nak
berhenti, sebab dah sakit. Masa itu
sudah terlambatlah. Mencegah itu lebih
baik daripada mengubati. Takkan itu pun tak tahu!
Aku benci perokok dan aku tak suka
berada di persekitaran mereka yang merokok! Memang tidak selesa. Nafasku sesak jika
terbau asap rokok. Boleh tak kalian
berambus sebelum aku panggil polis, panggil mak bapa kalian. Entah-entah mak dan bapa kalian pun tak tahu
yang kalian berempat ini merokok.
Nasib baik kalian anak orang, kalau
anak aku sudah lama kusepak sahaja muka itu. Tidak layaklah jadi manusia jika
kalian sudah menjadi pembunuh dalam senyap.
Tak bunuh apanya? Asap rokok itu
mampu membunuh manusia, tak tahukah?
Itulah orang suruh belajar, kalian ponteng sekolah. Lepas itu menyusahkan mak bapa. Duit habis digunakan untuk beli rokok.
“Sudahlah tu!” suamiku menarik
tanganku.
Aku menolaknya perlahan. Terkebil-kebil budak-budak remaja itu
memandangku. Beberapa orang dewasa yang turut ada rokok di tangan mereka,
angkat kaki berlalu pergi. Terasalah
agaknya. Biarlah! Ada aku kisah? Jangan mereka juga bunuh anak-anak dan isteri
mereka sudahlah. Mana tidaknya, kalau
sudah hisap rokok dalam rumah. Yang anak
dan isteri pula, janganlah duduk dekat dengan mereka yang jadi penghisap rokok
tegar ini. Memang ada kesannya. Seorang teman baik suamiku waktu di zaman
sekolah, meninggal dunia kerana menghidap kanser paru-paru. Arwah seorang perempuan, dia bukan penghisap
rokok. Bila diselidiki, suami arwah adalah penghisap rokok tegar dan dia selalu
duduk disamping suaminya yang sedang merokok.
Kesannya bukan kepada si perokok tetapi yang menjadi mangsa adalah
mereka yang kita sayang.
Beringatlah sebelum terjadi perkara
yang tidak baik, beringat sebelum kena.
Berhentilah, tidak rugi apa-apa pun. Malah bermanfaat untuk semua. Kita
memberi persekitaran yang baik kepada manusia yang lain, itu juga pahala. Memberi
keselesaan kepada manusia lain juga akan
dapat pahala.
“Dah, berambus!” halauku.
Terkocoh-kocoh keempat-empat remaja
itu keluar dari restoran tersebut.
Suamiku pula mencubit lenganku. Tanda proteslah itu. Ada aku kisah? Sekurang-kurangnya leteranku tadi buat mereka
yang menghisap rokok di dalam restoran itu berlalu pergi Tenang dan aman rasanya. Aku tersenyum dalam hati. Dengan muka
selamba, aku terus duduk dan memesan makanan. Mata-mata yang memandang tidak
kupedulikan. Kalau tidak ada menegur,
siapa yang akan sedarkan anak-anak remaja itu tentang bahaya merokok ini. Mungkin mereka tidak ikut sekarang, mungkin
satu hari nanti mereka akan ingat juga.
Syabas kak Asmah,.ni cerita rekaan ka betoi2 terjadi ni?
BalasPadamRekaan dik, berani ke akak nak buat macam ni? Bukan kena marah dengan budak-budak tu, suami sendiri yang marah, menyibuk hal orang lain. Harap diberi kekuatan untuk menegur satu hari nanti.
Padam