Sabda
Rasulullah saw "Sembilan persepuluh sumber rezeki (boleh diperolehi)
melalui perniagaan"(Hadis Riwayat Tirmizi).
Sabda Rasulullah saw "Peniaga-peniaga
yang jujur dan amanah (akan ditempatkan) beserta dengan para nabi, siddiqin dan
para syuhada"(Hadis Riwayat Tirmizi).
Aku membancuh semug milo panas di
pantry pejabat. Ketika itu seorang rakan sekerjaku turut ada bersama. Wajah cemberutnya mengusik hatiku. Kenapa pula dengan dia ini,
bisik hati kecilku. Aku duduk di
sebelahnya. Kupandang matanya agak
lama. Hanya keluhan sahaja yang terlepas
dari bibirnya. Apa pula yang tidak kena
ini?
“Kau kenapa Milah? Ada masalah?”
tanyaku lembut. Awal pagilah kalau nak
meroyan pun.
Dia memandang wajahku dan mengeluh
lagi.
Letih pula aku mendengarnya, macam
berat sahaja. Apa masalahnya?
“Apa halnya?” tanyaku tidak
sabar. Asyik mengeluh, tak selesaikan
masalah pun.
“Cuba cerita, cuba cerita,” gesaku.
Dia mula bercerita.
Apa kontraktor lari? Kasihannya,
bukan sedikit duit yang dibelanjakan. Buat rumah dik oi! Bayangkanlah. Aduh!
Boleh menangis air mata darah. Sedih
betul mendengarnya. Kalau akulah mahu meraung. Bayangkanlah duit raturan ribu
habis begitu sahaja, rumah pula tidak siap. Hello, para peniaga di luar
sana. Tolonglah, jujurlah,
bertanggungjawablah. Ingat boleh
larikah? Di dunia kau lepaskan. Di akhirat nanti, kau nak bayar dengan apa?
Dengan pahala kau?
Hello kawan, kalau nak berniaga,
jadilah perniaga yang baik. Kau juga yang untunglah. Kau tahu tak, promosi mulut ke mulut? Tak perlulah kau buat banner, banting bagai,
nak iklankan syarikat kau. Kalau kau kerja baik, jalankan tanggungjawab kau
kepada pelanggan kau dengan baik. Duit
orang sudah bayar, kau selesaikanlah.
Ini tidak, kau larikan diri? Kau
ingat senangkah cari duit? Kau ingat ada
tempat cop duit ya? Kasihanlah pada
orang lain, pada pelanggan kau. Menangis
air mata darahlah mereka, tahu! Kenapa harus menipu? Kau pusing modalkah?
Jangan tamaklah oi! Buat satu persatu, selesaikan kerja. Selesaikan urusan
orang lain dengan baik, maka ALLAH selesaikan urusan kau! Tidak kiralah kau bangsa apa, agama apapun.
Kau tetap kena jujur! Kau nak berniaga berapa lama? sehari? Dua hari? Tentu kau
nak berniaga lama, kan? Kalau nak berniaga lama, jadilah peniaga yang jujur
beb! Jangan menipulah! Kalau orang buat laporan polis, kau juga yang teruk,
silap haribulan dengan kau dan syarikat kau sekali disenarai hitamkan. Nak ke?
Fikir panjanglah, sebelum buat kerja tak senonoh itu.
Tidak kiralah berniaga apa pun.
Jangan sesekali menipu. Sekali kau tipu, selamanya orang ingat. Kalau nak
berjaya, dapat rezeki berkat, buatlah yang terbaik. Jadilah manusia yang ada perasaan. Ada
hatilah. Jangan buat hati kering, jangan busuk hati, jangan menipu, jangan
menipu! Kau takkan senang kalau menipu orang.
Kalau berniaga benda makan, buatlah sedap-sedap, macam kau makan. Jangan fikir nak untung sahaja. Mak aku dulu berniaga berpuluh tahun
bertahan, kenapa? Sebab dia jujur, dia layan pelanggannya dengan baik. Malah siap bagi percuma dan lebih pada
pelanggannya.
Jika berniaga, jangan sesekali tidak
bersikap jujur. Jangan sesekali
kurangkan timbangan. Jangan sesekali menipu.
Tak berkat rezeki yang kau terima.
Kita hidup ada ALLAH, Dia Maha Melihat! Ingat itu! Kau nak bagi makan
anak isteri. Kau nak perniagaan kau terus maju jaya, jadi berniagalah
elok-elok.
Kalau berniaga dalam talian. Biarlah
apa yang kau pamerkan di Fb, di Instagram atau di twitter atau whatsapp
benar-benar berkualiti seperti yang kau beritahu. Jangan iklan lain, kau hantar lain. Ingat promosi mulut ke mulut, itulah promosi
yang terbaik sekali. Sekali orang suka,
nanti dia akan pesan lagi, malah beritahu kawan pula. Kau kena fikir untuk membina empayar kau
sendiri. Jangan fikir untung hari ini
sahaja. Kena fikir untuk sepuluh tahun lagi. Jadilah ahli perniagaan yang
dihormati, disegani dan dikagumi. Bukan
yang sering dikutuk dan dikeji kerana perbuatan menipu.
“Habis tu, apa cadangan kau?”
tanyaku, setelah lama membisu dan mendengar dia bercerita.
“Aku dan suami dah buat laporan
polis,” kata Milah perlahan. Mukanya
masih juga tidak mampu tersenyum.
“Duit yang aku simpan
bertahun-tahun, aku sanggup ikat perut kerana nak bina rumah tu, akhirnya…” Dia
menundukkan muka.
“Sabarlah Milah, mesti ada
hikmahnya. Peniaga macam tu memang layak
dihukum,” kataku, memujuknya.
“Yalah, kalau aku tak fikir macam
tu. Boleh gila jadinya,” luah Milah.
“Waktu kau ambil kontraktor tu, kau
dah selidiki ke latar belakang syarikat dia?” soalku.
“Sudah, itu sebab aku berani suruh
syarikat itu buat,” ujar Milah.
“Berani dia lari ya?” Aku terkejut.
“Itulah manusia, kan? Mana boleh
dipegang pada janji, tahu nak cari keuntungan saja, entah berapa orang dia dah
tipu.” Milah mengeluh lagi.
Simpati aku melihat keadaannya.
“Aku pun tak tahu nak cakap apa,
Milah. Mesti ada hikmahnya,” pujukku lagi. Hanya itu yang mampu aku
lakukan.
“Yalah, semoga pihak polis dapat
kesan kontraktor tersebut. Aku pula,
kenalah cari kontraktor lain untuk siapkan rumah aku tu,” jelas Milah.
“Duit lagi kena keluar,”ujarku. Pening pula memikirkannya.
“Nak buat macam mana?” jelasnya.
Tengok, tengok, kalau peniaga tidak
jujur, yang jadi mangsa tentulah para pelanggannya. Menganiaya orang lain namanya. Ingat, doa orang teraniaya dimakbul Tuhan.
Jangan berani sangat, ada yang lebih berkuasa daripada segala-galanya. Hari ini
kau tersenyum menipu orang, jangan lupa satu hari nanti kau akan menangis bila
ada ahli keluarg kau pula ditipu orang.
Hidup bagaikan roda, berhati-hatilah.
Ada juga peniaga makanan yang sayang nak buang makanan yang tak habis, dimasak semula, dipanaskan dan dijual kembali. Kenapa buat macam itu? Tak nak membazir? Ala... sedekahkan sahajalah pada jiran tetangga ke, pahala pun dapat. Jangan fikirkan keuntungan yang sekejap. Kenalah fikir kita nak berniaga selama-lamanya.
Jujurlah pada diri sendiri dan jujurlah pada orang. Agar rezeki yang kita perolehi diberkati dan dirahmati ALLAH swt.
Ada juga peniaga makanan yang sayang nak buang makanan yang tak habis, dimasak semula, dipanaskan dan dijual kembali. Kenapa buat macam itu? Tak nak membazir? Ala... sedekahkan sahajalah pada jiran tetangga ke, pahala pun dapat. Jangan fikirkan keuntungan yang sekejap. Kenalah fikir kita nak berniaga selama-lamanya.
Jujurlah pada diri sendiri dan jujurlah pada orang. Agar rezeki yang kita perolehi diberkati dan dirahmati ALLAH swt.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan