Cari Blog Ini

Jika Anda Memerlukan Resit Pengecualian Cukai Untuk Setiap Sumbangan Anda Ke MAAHAD AZ ZEIN AL MAKKI (PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK YATIM TAHFIZ) Terus Berhubung Dengan Ustaz Shahari - 013 339 3112

Selasa, 6 Oktober 2015

TINGKATKAN KEMAHIRAN DIRI



Emak saya berniaga goreng pisang hampir 25 tahun di Jalan Bangsar.  Tidak pernah bercuti, melainkan waktu hari raya sahaja.  Itu pun dia cuti dua hari sahaja.  Komited dengan kerjanya.  Bertungkus-lumus mencari duit untuk menambah rezeki keluarga.  Selama 25 tahun dia berniaga, dia mampu simpan berpuluh ribu ringgit dalam bank.  Tapi sayang, sikap arwah abah yang terlalu baik telah meminjamkan duit tersebut kepada ahli keluarganya.  Tiba masa seperti biasalah, hutang tidak berbayar.  Sekarang ini dia sudah lama pencen. Duduk rumah.  Bukan kisah emak saya yang ingin saya kongsikan. Itu mukadimah sahaja.
Pendapat saya, seorang suri rumahtangga atau seorang perempuan, wanita perlu lengkapkan dengan kemahiran. Tidak kisahlah kemahiran apapun, kemahiran yang saya maksudkan adalah seperti memasak, menjahit, menulis, dan sebagainya, tidak kisahlah asalkan yang mampu menjana pendapatan untuk menambah rezeki keluarga dan diri sendiri.

Malang tidak berbau dan kita tidak tahu akan masa hadapan kita.  Jika kita memiliki kemahiran dalam sesuatu bidang pasti pengetahuan kita itu berguna satu hari nanti. Mungkin tidak sekarang, mungkin lima tahun lagi, mungkin 10 tahun lagi, apa yang pasti kemahiran yang kita miliki tentu berguna kepada diri sendiri.
Cuba baca Majalah Mingguan Wanita bukankah ada ruangan tentang pahit getir ibu tunggal atau suri rumahtangga yang berusaha untuk memajukan diri sendiri. Belajar daripada pengalaman orang lain.  Rezeki, rezeki juga, tetapi jika tidak dipecahkan ruyung mana mungkin mendapatkan sagunya.  Sediakan payung sebelum hujan, kata orang tua dahulukala.  Jadi, jika teman-teman minat menjahit, jomlah pergi belajar, jika teman-teman suka memasak, ikutilah kelas masakan yang ada.  Ramai yang sudah mampu menjana pendapatan setelah belajar ilmu-ilmu dan kemahiran yang diminati.  Tidak rugi melabur sebab setiap pelaburan aka nada hasilnya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan