Cari Blog Ini

Jika Anda Memerlukan Resit Pengecualian Cukai Untuk Setiap Sumbangan Anda Ke MAAHAD AZ ZEIN AL MAKKI (PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK YATIM TAHFIZ) Terus Berhubung Dengan Ustaz Shahari - 013 339 3112

Sabtu, 10 Oktober 2015

CERMIN KASIH - Karya yang bagus.


Cermin kasih punya cerita, mata berair menontonnya.  Kisah bukan hanya permainan pena penulis  skripnya , tetapi punya makna yang tersurat dan tersirat.  Yang menonton jadikan iktibar, inilah realiti di luar sana. Pendosa dan pemukah tidak takut akan dosa, melakukan kesalahan kerana nafsu yang bermaharajalela. 

Ketika nafsu menjadi raja di hati, kita lupa akan dosa yang sedang kita rai. Langkahnya kaki di jerigi besi, baharu kekesalan timbul di hati.  Hati yang sedih dibawa bersama, luka dan kecewa usah dikata.  Anak dan keluarga menjadi mangsa, ada yang kecewa, ada yang tergugat kesetiaannya.  Menunggu dan menanti satu penyeksaan, anak yang dibawa sembilan dalam kandungan akhirnya rasa malu dengan ibu sendiri, tekanan dalam diri membawa maut.  Inilah yang terpaksa ditanggung kerana kesilapan yang tidak disengajakan.  Maruah dan harga diri yang tercemar tidak mungkin kembali.

Penyesalan membawa taubat pada diri.  Masih belum terlambat untuk mengubah nasib diri. Jalan pulang masih ada selagi nyawa dikandung badan.  Kehilangan orang tersayang bukan penamat kehidupan.  Teruskan hidup selagi nyawa ada. 


Kisah yang benar-benar menyentuh hati.  Kisah seorang perempuan yang dipenjarakan atas kesalahan yang tidak disengajakan.  Terpaksa merengkuk di penjara bersama anak yang tidak berdosa.  Semoga mereka yang dipenjarakan sekarang ini, benar-benar insaf dengan apa yang berlaku dalam kehidupan mereka. Berilah mereka peluang untuk menjadi manusia yang berguna kepada Agama, bangsa dan negara.

Skrip yang bagus. Tahniah kepada penulis skrip dan penerbit.  Semoga kita jadikan iktibar biarpun hanya sebuah drama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan