Marlia
mengurung diri di dalam bilik. Dia
menahan diri dari menangis. Dia tahu,
dia telah menyakitkan hati mamanya.
Pasti mamanya sedih dengan apa yang berlaku. Bukan dia sengaja, bukan juga hendak
menyusahkan. Dia memeluk kedua belah
kakinya. Tubuhnya digoyangkan. Dia mengetap bibir, menahan marah. Bukan marah pada mamanya, tetapi marah pada
dirinya sendiri.
Dia tidak mahu hidup yang begini,
terseksa hatinya melihat tangisan mamanya.
Hancur jiwanya melihat keadaan ayah yang tidak pernah berubah. Kata cikgu sekolahnya, penagih dadah adalah
perbuatan yang salah disisi undang-undang dan merupakan kehidupan yang tidak
normal. Penagih dadah adalah seorang pesakit, itulah yang tersimpan kemas
difikirannya. Kalau ayahnya sakit,
kenapa tidak berubat? Tapi… bukankah ayah selalu beli ubat? Kenapa tidak juga sembuh? Marlia mengeluh kehairanan. Teruk sangatkah sakit ayah? Teruk sangkatkah jadi penagih dadah? Dia kurang pasti, apa itu dadah? Ubatkah? Kenapa ayah semakin hari semakin
teruk? Sanggup pukul mama, tergamak
merampas duit mama.
Mama tidak bekerja, ayah juga tidak
bekerja? Habis nak makan apa? Duit belanja sekolah bagaimana? Nak beli lauk dengan apa? Kenapa ayah tidak
fikir semua itu? Kenapa ayah suka
menyusahkan ibu? Setiap hari, ayah akan
mengamuk, sejak dia kecil sehinggalah ke hari ini, ayah selalu bising-bising,
marah-marah. Mama dan ayah sering
bertengkar, berkelahi. Marlia tidak suka
suasana rumah seperti ini.
Kenapa keluarga kawan-kawannya
aman? Ayah dan mama mereka baik sahaja,
tidak dengar mereka bertengkar, malah sering bergurau senda. Marlia cemburukan kawan-kawannya. Kenapa keluarganya tidak boleh seperti
itu? Salah siapa? Marlia mengeluh
lagi. Air mata gugur di pipi. Dia menangis sayu.
Minggu lepas, mama ke mahkamah, kata
nak bercerai dengan ayah, kenapa hendak bercerai? Tidak bolehkah ayah dan mama berdamai? Tapi tak jadi, dia suka mendengar berita itu. Dia tidak mahu mama dan ayahnya
bercerai. Kata kawannya di sekolah,
keluarga yang pincang, adalah keluarga yang bercerai-berai. Adakah keluarganya pincang? Semakin memberat tangisannya.
Kehidupan keluarganya tidak seperti
keluarga orang lain, yang gembira, riang dan sering bersama. Ayah asyik memberontak sahaja. Mama pula
asyik berduka. Dia dan adiknya Iqmal
bagaikan tiada orang tua. Terbiar
sendiri, tiada ruang untuk duduk bersama.
Kalau berjumpa asyik bercakaran sahaja.
Tidak ada ruang untuk bermesra, kalau bersua muka, mencuka dan cemberut
sepanjang masa. Tiada cintakah di hati
kedua orang tuanya? Tiada rasa sayangkan
di jiwa mereka?
Kadangkala dia sedih juga, tiada sambutan hari lahir untuknya,
hanya ucapan dan ciuman daripada mamanya.
Tiada kek untuk menyambutnya. Tiada
hadiah untuknya. Itu dia tidak kisah,
mungkin mama dan ayah tidak ada duit. Tapi mereka jarang keluar bercuti. Tidak seperti kawan-kawannya yang sering
bercerita tentang percutian mereka jika cuti sekolah atau di hujung
minggu. Mama tidak pernah terfikirkah
hendak bawa mereka berjalan-jalan? Ayah
tidak berasakah hendak mengembirakan hatinya dan adiknya, Iqmal?
Hendak belajar pun susah. Kalau
asyik mendengar suara mama dan ayahnya bertengkar. Soal duit, tentang tanggungjawab, itulah yang
sering dimainkan dicuping telinganya.
Marlia merebahkan tubuh di katil.
Bantal peluk ditarik erat.
Dipeluk kuat. Melepaskan rasa
marah di hati. Dia inginkan kebahagian,
dia inginkan kegembiraan. Kenapa semua
itu bukan miliknya, bukan milik mamanya, bukan milik ayahnya dan bukan juga
milik Iqmal. Adiknya tidak banyak
bercakap. Kalau dengar mama dan ayah
bertengkar, pasti menutup telinga atau buat-buat tidur.
Adiknya pendiam, bagaikan orang bisu
sahaja. Tidak mahu bercakap. Mungkin juga sakit hati seperti dirinya? Mungkin juga kecewa sepertinya. Dia tidak pula bertanya. Air mata mengalir laju. Kecewa di hati siapa yang tahu. Bunyi ketukan di pintu mengejutkan hatinya
yang sedang walang bersulam duka.
“Marlia… buka pintu sayang,”
rayu Riana di luar muka pintu bilik
anaknya.
Marlia masih kaku di katil.
“Tolonglah sayang, jangan buat mama
macam ini,” kata Riana memujuk.
“Marlia tak sayangkan mama, ke?”
Riana mengetuk pintu agak kuat.
Takut-takut Marlia tertidur dalam tangisan.
Marlia masih membisu. Sayang, dia sayangkan mamanya. Cuma hatinya sakit dan dia takut kehilangan
ayah. Kenapa mama tidak mahu faham? Dia tidak mahu mama dan ayahnya
bercerai. Dia ingin mereka berbaik-baik. Dia ingin ayahnya sembuh dari penagihan
dadah. Kenapa ayah tidak mahu
faham? Dia malu dengan kawan-kawan di
flat tersebut, mereka sering mengejeknya sebagai anak penagih dadah, kenapa
ayah tidak mahu mengerti?
Langkah dihayun perlahan mendekati
pintu bilik. Tombol pintu dipulas
lambat-lambat, bagaikan mencari kekuatan diri.
Berdiri kaku di hadapan pintu bilik, mamanya dengan mata yang bengkak,
baru lepas menangis seperti dirinya.
Riana menerpa memeluk Marlia
erat. Apalah dosa anak-anaknya sehingga
terheret sama dalam masalah ini. Dia
dan Razif, suaminya yang telah membawa mereka ke dunia ini. Mereka berdosa kepada anak-anak yang tidak tahu apa-apa terpaksa
menanggung duka akibat kesalahan dan
kesilapan memilih jalan hidup ini.
Kalaulah dia tidak berkahwin dengan Razif pasti kedua insan istimewa
dalam hidupnya itu tidak akan lahir, hidup mereka tidak akan terseksa, hati
mereka tidak akan diulit duka.
Marlia dibawa ke katil, didudukkan,
dipeluk erat dan dicium berkali-kali.
Kasih sayang seorang ibu tidak pernah akan hilang sehingga ke
syurga. Marlia permata hatinya, sama seperti
Iqmal. Merekalah dunianya. Merekalah
harapannya, dan mereka jugalah kekuatannya.
Tanpa mereka pasti gila jadinya.
Biar air matanya yang gugur, biar hatinya yang sakit, biar dia yang
merana tetapi bukan anak-anaknya. Dia
tidak mahu anak-anaknya menanggung duka, menanggung sengsara lantaran sikap
Razif yang tidak mampu bertanggungjawab menjadi ketua keluarga, tidak mampu
menjadi suami yang baik, dan ayah yang penyayang. Kalau setakat sayang hanya meneliti di bibir,
sesiapa sahaja mampu mengucapkannya.
Sayang perlukan bukti, sayang bukan hanya ucapan kosong yang tiada
erti.
“Maafkan Marlia, mama,” kata Marlia
dengan mata yang berair. Pipi gebunya dibasahi air mata. Wajahnya pucat, rambutnya kusut masai.
“Syyy… Marlia tak salah. Marlia punya hak dan berhak pertahankan
ayah. Buruk-buruk pun, dia tetap ayah
Marlia. Tapi… mama tak sanggup hidup lagi dengan ayah. Boleh tak Marlia fahami perasaan mama?” jelas
Riana.
“Marlia tidak mahu hidup berkeluarga
tanpa ayah! Marlia tidak mahu hidup
dalam keluarga yang pincang,” luah
Marlia dari hatinya yang paling dalam.
“Marlia… kalau keluarga kita sama
seperti keluarga orang lain. Sama
seperti keluarga kawan-kawan Marlia.
Mama pun tak mahu bercerai dengan ayah.
Kalaulah ayah tidak sakit, ayah seorang yang bertanggungjawab, mama akan
setia dengan ayah… tapi ayah.” Terdiam
seketika. Riana menarik nafas
panjang. Mencari kekuatan untuk
menerangkan keadaan yang sebenar hubungannya dan suami.
“Mama tak sayang ayah lagikah?”
Marlia mengecilkan mata, menanti jawapan dari mulut mamanya.
“Dulu… sekarang hati mama sudah
tawar, Marlia.” Riana menunduk. Dagunya diletakkan di bahu Marlia. Diusap
lembut rambut anak gadisnya yang semakin meningkat remaja.
Semakin cantik dan menawan.
Mewarisi wajahnya ketika remaja dahulu.
“Tak bolehkah mama dan ayah
berbaik-baik? Tak bolehkah ayah diubati
kalau benar ayah sakit?” tanya Marlia.
Matanya penuh mengharap.
Marlia mengeluh. Apa yang harus dia katakan lagi kepada
seorang anak yang tinggi harapannya inginkan sebuah keluarga bahagia?
“Ayah tidak mampu diubati lagi,
Marlia… sakit ayah sudah tidak mungkin dapat diubati. Kalau boleh pun, perlukan kekuatan daripada ayah sendiri,” terang Riana. Suaranya tersekat-sekat menuturkannya. Dia tidak punya hati atau sayang lagi
terhadap Razif, suaminya. Mungkin
serahan duka yang diberi membuatkan hatinya kosong, hambar, dan cinta akhirnya
ghaib pergi.
“Mama…” Marlia memeluk erat pinggang
Riana.
Pelukan dibalas dengan kucupan di
dahi.
Semoga esok ada cerita ceria, biarlah kisah duka berlalu. Dalam hati berharap hanya satu, suaminya
tidak kembali ke rumah semula. Memang
dia tidak suka, buat apa berpura-pura?
Hipokrit namanya. Buat apa tunjuk
baik, sedangkan hatinya bersulam
kecewa. Hujan lebat di luar
bagaikan mengerti perasaannya yang sedang menangis sendiri di dalam hati. Wajah anak-anak yang enak lenanya ditatap lama. Dia sendiri tidak mampu melelapkan mata. Terlalu banyak perkara bermain difikiran.
Esok di mana dia hendak dapatkan
duit untuk memulakan segala-galanya.
Kalau keretanya terjual pasti segala masalah jadi mudah baginya. Kereta itu masih ada hutang di bank, tetapi
tidak banyak lagi. Nasib baik dia sudah jelaskan hampir 90
peratus dari hutang keseluruhan. Jika
dijual pun dia masih mendapatkann lebihan, dengan duit itulah dia hendak
membayar tebus talak terhadap suaminya.
Dia tidak tahan lagi hidup sebumbung dengan suaminya. Berdosakah dia, cuba melepaskan diri dari
kesengsaraan? Salahkah dia jika
meminta penceraian? Kalau hidupnya bahagia, dia tidak akan minta
semua ini berlaku.
Bahagia bukan hadir sendiri, perlu
dipupuk dan disirami dengan kasih sayang dan rasa tanggungjawab mereka
bersama. Bukan hanya dia sahaja yang
berusaha tetapi suaminya lepas tangan dan hanya melayan ‘gian’ sendiri yang
langsung tidak menguntungkan. Ah! Sakit
hati sahaja jika memikirkan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan