Bunyi
ketukan di pintu utama meragut waktu rehat Riana, dia lantas menarik
anak-anaknya masuk ke dalam bilik yang ketika itu sedang leka menonton
televisyen. Televisyen terus ditutup. Hatinya berdegup kencang. Kipas yang
terpasang laju tidak pintu utama membuatkan kakinya menggigil. Bukan takut,
tetapi geram.membantu menghilangkan rasa panas hatinya ketika itu. Dia mengurut
dada. Suara di luar
“Rin…
aku tahu kau ada di dalam! Buka pintu ini!” jerit Razif.
“Mama…
ayah di luar!” Marlia menarik tangan Riana.
“Syyy…”
Riana meletak jari telunjuk di bibirnya.
“Tapi…” Marlia ingin keluar.
“Marlia…
tolong beri kerjasama dengan mama,” pinta Riana. Dia tahu Marlia sayang sangat
dengan ayahnya itu. Apa sahaja perbuatan Razif baginya bukan satu kesalahan.
Biar diterang berkali-kali. Marlia bagaikan tidak mahu mengerti.
“Kenapa
mama tak benarkan ayah masuk?” tanya Marlia dengan wajah cemberut dan suara
sedikit tinggi.
“Marlia
tak nampakkah, apa yang telah ayah buat pada mama dan keluarga kita?” Riana
sudah letih menerangkan hal tersebut. Malu dengan jiran tetangga. Setiap kali
Razif pulang, pasti jeritannya akan didengari hampir satu blok flat kos rendah
itu. Siapa yang tidak kenal suaminya. Jika ada kecurian, suaminyalah yang
disasarkan oleh penduduk flat tersebut. Biarpun dinafikan berkali-kali, namun
mereka tidak percaya. Siapa yang hendak percaya dengan penagih dadah?
“Ayahkan
sakit! Cikgu kata, orang yang hisap dadah adalah pesakit!” jerit Marlia. Dia
membuka pintu bilik dan berlari keluar.
“Marlia!”
jerit Riana, turut berlari mengejar Marlia, dia tidak mahu Marlia membuka pintu
untuk suaminya itu.
Marlia
meronta minta dilepaskan. Tubuh Riana yang agak berisi tidak mampu dipegang
oleh Riana.
“Lepaslah
mama… Biarlah ayah masuk! Dah dua hari ayah tak balik.” Marlia menolak Riana
dengan kasar.
“Marlia!
Jangan buat mama macam ni, tolonglah! Biarlah ayah tinggal di tempat lain! Mama
tak sanggup lagi, duit mama dah habis hanya semata-mata hendak beli ‘ubat’
untuk ayah! Kenapa Marlia tidak mahu memahami keadaan mama.” Sayu hatinya.
Kecewa dengan apa yang berlaku. Bukan dia hendak memisahkan Marlia dengan
suaminya tetapi dia tidak mahu keadaan Razif akan mempengaruhi Marlia.
“Mama,”
panggil Iqmal yang berdiri kebingungan di muka pintu bilik.
“Iqmal
masuk bilik! Tutup pintu!” arah Riana.
Terlalai
seketika, Marlia sudah pun berlari ke muka pintu, daun pintu terus dibuka.
“Marlia!”
jerit Riana, hatinya benar-benar kecewa.
Razif
sudah pun melangkah masuk. Dia terus mendekati Riana.
“Kau
tak benarkan aku masuk, kenapa? Ini masih rumah aku! Jangan nak memandai-mandai
halau aku dari sini,” Razif menarik rambut Riana.
“Lepaslah
bang! Sakit!” jerit Riana.
“Tahu
sakit! Hati aku lagi sakit, bila kau tak buka pintu!” marah Razif.
“Kalau
dah tahu sakit hati, tak payahlah pulang ke sini! Baliklah ke rumah orang tua
abang!” Riana cuba menarik kembali rambutnya. Namun genggaman Razif begitu
kejap di rambutnya.
“Amboi!
Celuparnya mulut kau!” satu tamparan hinggap di pipi Riana.
“Ayah!”
jerit Marlia, berlari mendekati Riana yang tersungkur di lantai.
“Marlia
jangan campur!” arah Razif.
“Inikan
yang Marlia mahu, biarkan mama dipukul oleh ayah!” tangis Riana. Bukan sengaja
menyalahkan anaknya itu, tetapi ingin Marlia faham kenapa dia bertindak tidak
benarkan Razif kembali ke rumah itu biarpun mereka masih suami-isteri.
“Mama…”
Marlia memeluk Riana. Dia menangis di bahu Riana. Kedua-duanya dia sayang.
“Aku
nak duit! Barang aku dah habis! Tak payah nak berdrama kat sini!” Razif
merentap tangan Riana.
“Mana
saya ada duit, bang! Kalau ada pun cukup untuk belanja makan minum saya dan
anak-anak,” kata Riana. Bosan dia dengan sikap Razif yang hanya tahu memeras
duitnya. Bekerja tidak mahu. Menyusahkan hidup orang lain sahaja.
“Kau
bohong! Kaukan berniaga, takkan tak ada duit?” jerkah Razif.
“Demi
ALLAH bang! Tak ada!” Riana cuba melepaskan diri. Dia menolak tangan Razif
dengan kuat.
Razif
menarik Riana masuk ke dalam bilik tidur mereka. Daun pintu ditolak kasar.
Iqmal tersungkur di lantai.
“Iqmal!”
Riana menerpa ke arah anak bongsunya yang mengerang kesakitan.
Iqmal menangis kesakitan
Iqmal menangis kesakitan
Razif
mencebik. Dia tidak memperdulikan keadaan Iqmal. Tiada siapa suruh berdiri di
belakang pintu, getus hati kecilnya. Tangan Riana dilepaskan. Dia menyelongkar
almari pakaian, almari plastik. Semua barang, pakaian yang ada di dalam almari
ditarik keluar, bersepah di sana sini. Beg tangan Riana diperiksa teliti.
Sesekali dia mengelap hidungnya yang berair. Rambutnya yang kusut-masai ditolak
berkali-kali. Mukanya yang berpeluh, dibiarkan sahaja. Comot dan berbau.
“Ini…
duit apa ini?” Razif menunjukkan sejumlah duit ke muka Riana yang masih memeluk
Iqmal.
“Ya
ALLAH, bang… itu duit belanja dapur! Tolonglah jangan ambil,” rayu Riana, sayu,
pilu, dan sedih dengan apa yang berlaku.
“Banyak
ni… berhari-hari bekalan untuk aku,” Razif menyengih.
“Abang
memang kejam! Kejam!” jerit Riana. Air matanya tidak mampu ditahan lagi. Apalah
nasib dirinya. Kalau boleh dia ingin segera berpisah dengan Razif, biar mereka
tidak lagi ada apa-apa hubungan. Dia tidak mahu hidup begini. Dia tidak mahu terus
ditindas dan dihina begini.
“Terima
kasih Marlia,” kata Razif sambil mengenyitkan mata. Badannya yang kurus melidi
itu terhoyong-hayang jalannya. Bagaikan orang mabuk sahaja. Matanya kuyu
memandang wajah Riana yang menangis di lantai, langsung tiada perasaan belas
ehsan. Iqmal masih mengerang kesakitan. Dahinya sedikit berdarah. Mungkin kesan
dari hentakann pintu yang kuat tadi.
“Ayah,
pulangkanlah duit mama tu,” rayu Marlia.
“Ayah
sakit Marlia, ayah nak beli ubat,” kata Razif, tangannya mengusap rambut anak
perempuan yang memandangnya dengan wajah tidak keruan.
“Ayah
tak sembuh lagi ke?” tanya Marlia.
“Nanti
dah makan ‘ubat’, ayah sembuhlah. Ayah pergi dulu ya.” Duit dimasukkan ke dalam
poket.
“Abang!”
jerit Riana.
Razif
memandang sekilas dan berlalu pergi.
“Marlia
buat apa ni?” Tangis Riana. Kecewa dengan anak gadisnya itu. Serba salah
jadinya. Dia tahu, Marlia sayangkan dia dan juga sayangkan Razif.
“Biarlah
ayah keluar dari rumah kita ini Marlia,” pinta Riana. Matanya memandang tepat
wajah Marlia yang merenungnya tidak berkelip.
“Marlia
nak ayah juga!” getus Marlia. Dia berlari masuk ke biliknya dan menutup pintu
dengan kasar.
Riana
memeluk Iqmal dan menangis sepuas hatinya. Pilu yang mencengkam, merobek
seluruh jantungnya. Merentap seluruh jiwanya. Duit yang ada untuk modal
berniaga, untuk makan minum selama sebulan, habis diambil oleh suaminya. Ya
ALLAH, apalah dayaku… bisik hati kecilnya. Kenapa dia jatuh cinta dengan Razif?
Kalaulah dia tidak terpikat dengan lelaki itu, pasti hidupnya tidak akan jadi
seperti ini. Ah! Dia bukan menyalahkan takdir tetapi menyalahkan dirinya
sendiri yang begitu mudah jatuh cinta. Hanyut dengan rayuan dan pujuk rayu
Razif. Kalaulah… kalaulah… kalaulah… penyesalan mencengkam kemas di hati.
Iqmal
terlena dalam dakapannya setelah puas menangis kesakitan. Riana mengesat air
mata yang berbaki. Tubuh kecil Iqmal dicempung dalam dokongan, diletakkan di katilnya.
Dia mengetap bibir. Berkali-kali keluhan dilepaskan. Terasa sakit tubuh
badannya. Terasa sakit di kepala. Lagi sakit hatinya, terluka dan bernanah,
sehingga bila dia harus bersabar dan bertabah? Selama mana dia mampu bertahan?
Persoalan yang jawapannya terletak pada jumlah 10k. Di mana dia hendak cekau
duit sebanyak itu? Siapa yang sudi meminjamkan kepadanya? Bank? Bank mana yang
hendak memberi pinjaman untuk membayar tebus talaknya? Saudara mara, kawan dan
kenalan? Siapa yang sanggup, bukan kecil jumlahnya. Pinjam dengan ceti haram?
Tidak mungkin, silap haribulan diri sendiri terjual nanti. Semakin pening
kepalanya memikirkan Marlia.
Semakin
terasa berat bahunya, semakin terhimpit rasanya. Duit untuk memulakan
perniagaan jualan tudung dalam taliannya juga ada bersama dengan duit yang
diambil oleh Razif tadi. Ya ALLAH… keluhnya berat. Berminggu-minggu dia
berehat, mencari kekuatan diri untuk memulakan langkah berniaga semula. Kes
penceraian yang tidak selesai membuatkan perasaannya lemah longlai untuk
berbuat apa-apa. Dia yang bodoh! Kalaulah dia tidak selemah ini, leka melayan
perasaan kecewa, sudah pasti dia sudah ada barang untuk meneruskan
perniagaannya. Duit tiada, bagaimana dia hendak memulakan langkah pertama,
mengubah hidupnya? Dia sudah mengiklankan keretanya untuk dijual. Masih tiada
sesiapa bertanya.
Riana
meraup wajahnya, melepaskan lelah di hati. Mengumpul kekuatan diri. Duit tiada
sedikit pun yang tinggal. Keretanya masih tidak terjual. Duit sebanyak 10k
masih belum diperolehi. Dia mengeluh kasar. Penat, letih dan lelah menghadapi
dugaan ini. Air matanya bagaikan tidak mahu kering, terus mengalir laju.
Menangisi nasib diri. Menangisi nasib anak-anaknya. Menangisi arah tuju
kehidupannya. Gelap dan bagaikan tiada jalan pulang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan