Cari Blog Ini

Jika Anda Memerlukan Resit Pengecualian Cukai Untuk Setiap Sumbangan Anda Ke MAAHAD AZ ZEIN AL MAKKI (PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK YATIM TAHFIZ) Terus Berhubung Dengan Ustaz Shahari - 013 339 3112
Memaparkan catatan dengan label BUKU TERKINI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BUKU TERKINI. Papar semua catatan

Rabu, 30 September 2020

BUKU TERBAHARU-LEGASI EMAK

 

kredit gambar: grup Cucur Udang Rangup

Dia datang dengan lenggang-lenggoknya, dia datang dengan senyum simpulnya…

Hati kami berbahagia riang, terlihat kulit buku yang sekian lama kami nanti-nantikan. Terlihat wajah yang sering mengamit dalam mimpi kami, bagaikan pertama kali bertemu kekasih hati. Hati terpaut sayang. Jiwa bernyanyi riang. Berlagu, berdendang.

Satu persatu kulit buku tulisan 324 orang penulis diperlihatkan. Semakin kembang hati kami. Seperti mana kembangnya bunga di taman. Segar dan menyenangkan hati yang memandang.

Iklan mula bertaburan di media social. Ya, kami benar-benar bahagia seperti mendapat segunung emas, ia bercahaya di mata kami. Ditambah dengan kehadiran chef jemputan yang turut sudi menghulurkan resipi dan kisah kehidupan mereka bersama emak masing-masing.

Puan Sri Diah turut menyumbang resepi air tangan emaknya yang istimewa, bagaimana hati tidak tertawan?

Buku yang sarat dengan resipi, dengan cerita suka dan duka kami.

Sudi-sudikanlah mendapatkan karya yang hebat ini.

Bukan satu, tidak juga dua, tetapi kelahiran lapan buah buku kisah hidup kami dan emak yang pasti mengamit kenangan dan bakal dikenang sehingga akhir hayat kami.

Boleh dijadikan hadiah perkahwinan, hari lahir dan juga sebagai cenderhati kepada teman, sahabat dan adik-beradik.

Berminat? Boleh whataspp penulis yang terlibat!

#Ikanbakarairasam

#Cekmekmoleksokmo

#ikanceluptepung

#nasilemaksambalbilis

#cucurudangrangup

#Kariayamcinta

#kurmaayampujaan

#pengatlabukasihsayang

Jumaat, 20 April 2018

Buku Terkini - UP TO YOU - BONDA NOR

Zaman kanak-kanak dan remaja yang manis. Barangkali ia bagaikan bebas daripada sebarang masalah. Iyalah, entah apa yang seorang kanak-kanak atau remaja perlu risaukan!
Bukannya kena fikir tentang bil elektrik atau sebarang komitmen bayaran bulanan.
Bukannya perlu fikir tentang menjaga hati ibu mentua atau menguruskan konflik dengan ipar duai.
Bukannya perlu fikir tentang masalah di pejabat atau masalah negara. Semua perkara itu tidak menjadi beban kepada mereka!

Namun pengalaman kita sendiri membuktikan sesuatu. Sungguh, ia tidak semudah itu!
Bagaikan pokok yang baru mahu bertunas, waktu ini adalah waktu paling mencabar. ‘Nyawa’ masih belum kuat, jiwa untuk hidup juga masih belum bersemangat. Bila-bila masa saja boleh ‘mati’ jika gagal dilindungi.


Sungguh! Pelbagai konflik juga boleh berlaku di usia kanak-kanak dan remaja. Seperti seorang bayi yang boleh menangis kerana ujian lapar, demikian juga kanak-kanak dan remaja yang kadang teruji dengan sesuatu musibah atau situasi yang tidak mampu dijangka. Masalah mereka jangan diremehkan begitu saja!


Inilah yang cuba saya ketengahkan menerusi naskhah kali ini. Antologi UP TO YOU adalah himpunan tulisan 19 orang penulis termasuk nama-nama besar seperti Tuan Web Sutera, Cikgu Wan Zayuhisham Wan Yusoff, Tuan Iwan Reaz, Datin Nazrin Aneeza, Tuan Ashrafi Harumin dan Puan Asmah Hashim.

Ia ditulis dalam bentuk cerpen dengan mengadaptasi kisah-kisah benar yang berlaku dalam masyarakat.

Fokus penulisannya bermula pada sisi kesilapan dan pemberontakan. Kemudian fokusnya beralih pada natijah dan ibrah. Subhanallah, sangat banyak yang boleh kita jadikan pengajaran!
Mengapa saya bersungguh mahu mengusahakan projek penulisan UP TO YOU? Kerana saya tahu kanak-kanak dan remaja sangat memerlukan bahan bacaan yang baik untuk membantu mereka membesar dengan corak pemikiran yang baik.

Mereka perlu dibimbing secara ‘sejuk’ dan bersahaja, sesuai dengan cuaca panas yang sering melanda jiwa mereka.

Demikian juga untuk orang dewasa. Membaca kisah-kisah seperti ini bagai mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak dan remaja sendiri.

Benar. Kita juga pernah berada di titik kehidupan yang sama. Pernah memberontak dan salah faham seperti mereka.

Maka gunakanlah pengalaman tersebut sebagai satu alat untuk mengendalikan kanak-kanak dan remaja dengan sebaik-baiknya. Insya-Allah dengan cara itu, banyak masalah dapat diselesaikan dengan cara yang lebih berhikmah.

Nantikan UP TO YOU sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang akan bermula minggu depan.

Selamat mengembara ke alam kanak-kanak dan remaja. Selamat mengutip ibrah demi ibrah yang dikongsikan bersama. Semoga bermanfaat buat semua.

Jumaat, 28 Julai 2017

PROSES PENCIPTAAN CERPEN - NISAH HARON DAN MAWAR SHAFIE

Penulis : Mawar Safei, Nisah Haji Haron

ISBN : 9789834606626

Cetakan : 2017

Kulit Nipis : 348 Halaman

Buku yang ditulis oleh dua penulis mampan Malaysia yang terkenal dengan hasil tulisan yang mampu membuai rasa pembaca.  Kepada para penulis yang baharu berjinak-jinak ingin menjadi penulis, boleh dapatkan buku ini di pasaran, atau beli secara online dengan DBP. Niaga.