Cari Blog Ini
Memaparkan catatan dengan label Travelog Johor.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Travelog Johor.. Papar semua catatan
Jumaat, 28 Julai 2017
TRAVELOG JOHOR - 5
Galeri Seni, sudah bertukar tempat dari bangunan asal ke dalam kawasan Yayasan Warisan Johor.
Sebut tentang warisan dan budaya, saya suka pendekatan Negeri Johor mengekalkan budayanya, terutama tarian. Tarian zapin masih diperkenalkan di sekolah-sekolah, masih dipelajari. Satu usaha yang bagus agar anak-anak generasi hari ini tahu budaya, seni dan muzik negeri kelahiran mereka.
Erk... ada ajar tarian zapin tak?
Tentu orang Johor juga tidak tahu, di Yayasan Warisan Johor sudah ada unit TENUNAN. Boleh lihat sendiri cara kain ditenun, cara mengurai benang sehingga menjadi sehelai samping. Guna tangan sepenuhnya.
Menurut Puan Jamilah, pengurus bahagian ini, Baginda Sultan Johor yang memberi cadangan agar Negari Johor kembalikan kembali hasil seni ini yang sudah lama dilupakan.
Sehelai samping yang berukuran dua meter setengah mengambil masa dua minggu setengah untuk disiapkan.
Orang-orang Johor, bolehlah datang ke mari. Promosikan tempat sendiri kepada rakan-rakan jauh dan dekat. Mari kita jadi agen pelancong kepada negeri sendiri. Perkenalkanlah warisan budaya kita agar tidak ditelan dek zaman.
Di kawasan Yayasan Warisan Johor ada banyak unit, selain Galeri Seni, Tenunan, ada juga perpustakaan warisan sejarah Negeri Johor.
TRAVELOG JOHOR - 4
Kawasan menjual steamboat, tauhu bakar, mee ayam, bakso, dan macam-macam lagi, nama jalan? Bandar Baru Uda, dekat dengan Mydin Johor Bahru. Ramai yang berniaga, boleh pilih, hendak bungkus atau makan di sini.
Pandai saja mencarinya, janji rajin bertanya.
Kami beli bungkus, makan di homestay, pemiliknya sudah masak mee goreng untuk anak-anak. Alhamdulillah.
TRAVELOG JOHOR - 3
Alhamdulillah bertemu dengan insan-insan yang baik budi. Layan kami
seperti sudah lama kenal. Jazakallahu khairan kathira Kak Ani dan suami,
hanya Allah sahaja yang akan membalasnya.
Stualang Laut, Bazar
Karat, Plaza Angsana... ikut sahajalah labu. Nasib baik pemilik homestay
pemandu teksi, terpaksalah jalani sesi wawancara, kalau tidak tak tahu
nak ke mana di bandar Johor ini.
Cantiknya kawasan di Stulang Laut, ada kedai bebas cukai, ada tempat
anak-anak main air dan bersantai. Lalu Istana Pasir Pelangi, lalu
hadapan tempat keluarga di Raja main sukan berkuda, polo semestinya. Untuk orang Johor yang tidak tahu nak berjalan-jalan di Johor. Kami sudah sampai, anda bila lagi?
Di Stulang Laut, berhampiran kawasan Istana, tempat keluarga di Raja
bersantai, lalu lalang sahaja kereta peronda polis mengiringi keluarga
di Raja. Daulat Tuanku!
Wah! Sultan naik kereta Lamborghini,
buka tingkap, nampaklah wajah Baginda. Erk... Sultan Johor suka
pusing-pusing bandar ya? Bagusnya, hari-hari rakyat boleh lambai
melambai dengan Baginda Sultan. Hati-hati meletakkan kenderaan, silap haribulan di angkat oleh penguatkuasa. Banyak tempat makan, aneka pilihan. Bolehlah bersantai bersama keluarga.
TRAVELOG JOHOR - 1
Sudah lama tidak bawa anak-anak yatim jagaan kami berjalan-jalan atau bercuti. Kali ini suami mencadangkan bawa anak-anak ke Johor Bahru. Kami bukan biasa dengan tempat-tempat di Johor. Johor Bahru atau Johor Darul Takzim, ada 11 daerah. Dari satu daerah ke satu daerah jauhnya boleh tahan. Kalau setakat dua tiga hari bercuti, mungkin tidak akan mampu melawat ke semua daerah yang ada.
Kami bercadang bercuti di Pusat Bandar Johor Bahru. Kawasan yang saling berdekatan, seperti Skudai, Pontian dan Muar. Banyak juga tempat-tempat menarik yang boleh dilawati. Ada saya sertakan beberapa gambar yang sempat saya ambil sepanjang percutian kami.
Langgan:
Catatan (Atom)