Cari Blog Ini

Jika Anda Memerlukan Resit Pengecualian Cukai Untuk Setiap Sumbangan Anda Ke MAAHAD AZ ZEIN AL MAKKI (PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK YATIM TAHFIZ) Terus Berhubung Dengan Ustaz Shahari - 013 339 3112

Jumaat, 15 Februari 2019

ANAK KURANG AJAR, SALAH SIAPA?

Pagi tadi kami didatangi seorang lelaki yang kelihatan agak tergesa-gesa. Gelisah dan wajahnya kelihatan berserabut.

Kami sambut dengan baik dan bertanya apa masalahnya. Ingatkan ingin menjemput makan kenduri, rupanya ada masalah peribadi. Berkaitan dengan anak gadisnya.

Menurut lelaki berumur dalam lingkungan lewat atau awal 50-an, dia dan isterinya sudah lama bercerai. Anak perempuannya tinggal dengan bekas isteri. Sekarang ini, anak itu sudah berumur 20 tahun dan baru saja dibuang dari kolej kerana ada hubungan bebas dengan teman lelaki.
Balik ke rumah emaknya, dia mula mengamuk, memaki emaknya babi dan ugut ingin membunuh emaknya. Lelaki itu sudah tidak tahu nak buat apa untuk nak didik anaknya jadi baik. Mereka terpaksa kurung dia sebab takut dia lari dengan teman lelakinya.

Lelaki itu datang bertemu kami untuk minta kami cuba didik anak dia. Aduhai, umur anak sudah 20 tahun, sudah jadi buluh. Apa lagi yang mampu dilakukan?

Didiklah anak ketika masih rebung, bukan tunggu sehingga sudah besar panjang. Usah dibiar tingkah laku mereka yang nampak liar dan nakal. Kalau dibiarkan, padahnya kita juga yang tanggung.
Kami tak dapat membantu atau menerima si anak tadi, kerana sudah terlewat untuk dibentuk. Ibu dan ayah kenalah banyak berdoa dan meminta petunjuk agar anak itu berubah tingkahlakunya.
Rebung kalau lembut mudah dibentuk.

Kalau buluh, kita cuba patahkan akan libas muka kita semula.
Fikir-fikirkanlah akan kisah di atas. Usah tunggu anak sudah remaja baru nak ajar tentang adab dan akhlak. Tetapi mulakan lah sejak kecil lagi seawal anak itu sudah faham arahan. Ibu ayah jangan lupa berdoa dan sedekahkan surah Fatihah untuk anak-anak setiap malam. Semoga perjalanan hidup mereka mendapat petunjuk daripada Allah swt. Wallahu' alam.
#muhasabahdiri

ULASAN DR. M: APA HABAQ ORANG MUDA?

Dr. M: Apa Habaq Orang Muda.
Cheedet dan Mat Rodi
Nubook Press.
2016
*****
Buku ini tertulis ungkapan Yabhg Tun Dr. Mahathir dan diulas oleh Sdr. Radzi Tajuddin.
Kandungan isi buku ini adalah ungkapan Tun M, dari keratan akhbar ataupun ucapan beliau dalam satu majlis. Hal-hal bersangkutan ekonomi sehinggalah tentang hubungan sesama rakyat. Membaca penulisan beliau membuatkan kita berfikir, betapa sayangnya Tun M kepada negara dan bangsanya sendiri, namun tidak mengenepikan bangsa-bangsa lain di Malaysia.

Ulasan dan kupasan oleh Tuan Mat Rodi juga membuatkan kita memahami jiwa Tun M dan ke arah mana Malaysia ingin di  bawa. 

#Malaysiamembaca
#TunM

ANAK DAN IBU.

Dailog seorang anak dengan ibunya:

Anak: Mak tahu tak, seorang ibu boleh jaga 10 orang anak, tapi 10 orang anak tak mampu jaga seorang ibu, kenapa?

Ibu: Kenapa?

Anak: Anak-anak kalau mak masak ikan goreng saja pun takkan bantah, kerana taat seorang anak. Tapi seorang ibu tinggal di rumah anak A buat perangai lain, pergi rumah anak B lain pula perangainya, pergi rumah C macam itu juga. Semua tak kena di matanya, jadi siapa yang mampu jaga ibu tadi?

Ibu: (terdiam)

P/s:Jadi seorang ibu sentiasalah bertolak ansur dengan anak2. Usah menjadikan mereka anak derhaka kerana sikap seorang ibu yang cerewet tahap gaban.
Menjadi seorang anak, sentiasalah bersabar biarpun hatimu berasa nak terbakar dengan sikap ibu. Terutama menantu-menantu, bertabahlah.
Bukan senang nak dapat syurga.

Beruntunglah mereka yang mendapat ibu dan mertua yang baik dan boleh dijadikan kawan dan sahabat baik.

#muhasabahdiri

Selasa, 12 Februari 2019

SAYA PENULIS UPAHAN/ GHOSTWRITER

Pengalaman menulis dan menterjemah sebuah skrip filem Indonesia telah memberi kuruang untuk belajar bagaimana menulis skrip. Masa yang diberi terlalu pendek.  Berjumlah 89 muka surat aku diminta siapkan dalam masa dua hari, begitu memeranjatkan.  Kukira kemungkinan seminggu dua.  Rupanya menulis skrip ini ada deadlinenya.  Bukanlah kerana aku fasih berbahasa Indonesia maka kuterima tawaran yang diberi.  Tetapi ingin mencuba sesuatu yang baharu dalam dunia penulisanku.  Tidak salah mencuba.

Dengan upah yang agak lumayan, kuterima tawaran yang diberi daripada seorang penulis drama dan filem Indonesia.  Aku diminta berurusan sendiri dengan penerbit filem tersebut.  Rupanya filem itu adalah usahasama antara penerbit Indonesia dan Malaysia.  Kisah mistik seram.  Tiga kali skrip dirombak, diberi tempoh masa hanya sehari sewaktu rombakan dibuat.  Tukar adegan dan watak.  Rasa hendak pecah kepala, apatah lagi mencari makna perkataan yang aku kurang arif.  Akhirnya aku mampu siapkan seperti yang dikehendaki oleh pihak penerbit filem tersebut.  Entah bila akan ditayangkan.  Tajuknya mungkin juga bertukar, aku sendiri tidak pasti.  Bayaran pun sudah dilunaskan oleh pihak penerbit dari Indonesia. 

Aku sering mendengar perkataan ‘Ghostwriter’ sehingga aku teringin sangat mengetahui apakah tugas sebenar sebagai seorang penulis upahan ini.  Akhirnya aku bersetuju mengikuti kelas online sebagai Penulis Upahan bersama Puan Nordiana Bachok.  Fahamlah aku akan tugas sebagai seorang penulis upahan. Menulis buku atau artikel untuk syarikat atau orang lain dan nama penulis tiada.  Hanya ada nama orang yang memberi upah. Bagiku suatu pekerjaan yang bagus, biarpun hati masih berbolak balik.

Kepada yang ingin mendapatkan khidmatku sebagai penulis upahan,  Tulis kisah hidup sendiri, novel sendiri atau apa sahaja yang sesuai.  Boleh hubungiku  di FB  Asmah Hashim/Asmah Hashim Hashim  atau tinggalkan pesanan di bahagian komen di sini. 

Isnin, 11 Februari 2019

ANAK DAN TUDUNG.

Saya tidak pernah menggalakkan anak-anak perempuan saya memakai tudung ketika usia mereka bawah 10 tahun. Tapi, mereka memakainya ketika ke sekolah.

Bagaimana kami mengajar anak - anak kami mengikut tuntutan agama. Mengikut suruhan Allah dan Rasul- Nya?

Kami mula menerangkan perkara yang wajib yang harus mereka patuhi apabila usia mereka menjangkau 10 tahun. Ketika inilah kami menerangkan kewajipan anak-anak perempuan kami tentang tanggungjawab mereka sebagai seorang perempuan muslimah.

Perkara yang kami terangkan adalah:

Sudah wajib memakai tudung dengan sempurna. Tudung yang labuh sehingga menutup dada. Tidak boleh tanggal kecuali di rumah atau kawasan yang bertutup dan tiada lelaki yang bukan mahram.
Pakaian biarlah labuh dan tidak sendat sehingga menampakkan susuk badan.

Solat sudah tidak boleh tinggal kecuali keuzuran yang ditetapkan oleh Allah swt kepada setiap perempuan yang sihat iaitu datang bulan/ haid.

Harus membaca Al-Quran setiap hari sekurang-kurangnya sebelah muka.

Tidak bergaul bebas lelaki dan perempuan jika tiada urusan rasmi seperti urusan sekolah atau kolej.
Tugas saya menjadi mudah apabila kedua-dua anak perempuan saya masuk maahad tahfiz dan kolej berlandaskan Islamik.

Ibu ayahlah langkah pertama untuk anak - anak memahami hidup mengikut agama yang dianuti.
Ibu ayahlah penunjuk jalan Hidayah buat anak-anak.

Ibu ayahlah yang membawa anak - anak ke jalan yang diredhai Allah swt.
Didiklah anak - anak sejak dalam kandungan mengenal Allah dan Rasul-Nya.

#muhasabahdiri

IBU AYAH

Kata ustazah, ibu ayahmu adalah ladang terbesar untuk kau menanam dan berkat kesuburan tanamanmu itu, hasil yang kau kutip di akhirat nanti sudah tentu lumayan.

Tetapi, bukan mudah menjaga ladang yang luas ini. Tersalah baja, boleh mati tanaman. Tidak mendapat air yang cukup, boleh kering tanaman.

Begitu juga menjaga kedua orang tua. Kesabaranmu harus tinggi. Di situlah syurga, di situ juga neraka. Hati orang tua senipis daun bawang, mudah terluka dan terkoyak.
Biar bagaimana keadaan sekalipun, Kesabaranmu harus tinggi. Redha mereka, redhalah Allah swt kepadamu.

Namun, menjadi orang tua, berusahalah agar tidak menyusahkan anak-anak dan menambah beban dosa yang sedia tersandar di bahu mereka.
Menjadi anak biar tetap taat dan menghormati kedua orang tua. Menjadi ibu ayah biarlah sentiasa terbuka dan tidak putus berdoa yang terbaik buat anak-anak.

#muhasabahdiri

ANAK KURANG AJAR, SALAH SIAPA?

Pagi tadi kami didatangi seorang lelaki yang kelihatan agak tergesa-gesa. Gelisah dan wajahnya kelihatan berserabut.

Kami sambut dengan baik dan bertanya apa masalahnya. Ingatkan ingin menjemput makan kenduri, rupanya ada masalah peribadi. Berkaitan dengan anak gadisnya.

Menurut lelaki berumur dalam lingkungan lewat atau awal 50-an, dia dan isterinya sudah lama bercerai. Anak perempuannya tinggal dengan bekas isteri. Sekarang ini, anak itu sudah berumur 20 tahun dan baru saja dibuang dari kolej kerana ada hubungan bebas dengan teman lelaki.
Balik ke rumah emaknya, dia mula mengamuk, memaki emaknya babi dan ugut ingin membunuh emaknya. Lelaki itu sudah tidak tahu nak buat apa untuk nak didik anaknya jadi baik. Mereka terpaksa kurung dia sebab takut dia lari dengan teman lelakinya.

Lelaki itu datang bertemu kami untuk minta kami cuba didik anak dia. Aduhai, umur anak sudah 20 tahun, sudah jadi buluh. Apa lagi yang mampu dilakukan?

Didiklah anak ketika masih rebung, bukan tunggu sehingga sudah besar panjang. Usah dibiar tingkah laku mereka yang nampak liar dan nakal. Kalau dibiarkan, padahnya kita juga yang tanggung.
Kami tak dapat membantu atau menerima si anak tadi, kerana sudah terlewat untuk dibentuk. Ibu dan ayah kenalah banyak berdoa dan meminta petunjuk agar anak itu berubah tingkahlakunya.
Rebung kalau lembut mudah dibentuk. Kalau buluh, kita cuba patahkan akan libas muka kita semula.