Cari Blog Ini

Jika Anda Memerlukan Resit Pengecualian Cukai Untuk Setiap Sumbangan Anda Ke MAAHAD AZ ZEIN AL MAKKI (PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK YATIM TAHFIZ) Terus Berhubung Dengan Ustaz Shahari - 013 339 3112
Memaparkan catatan dengan label BUKU TERKINI DAN TERBAHARU. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BUKU TERKINI DAN TERBAHARU. Papar semua catatan

Sabtu, 2 Disember 2017

BUKU: HARGA SEBUAH TABLET


HARGA SEBUAH TABLET
Antologi Cerpen Kanak-Kanak.
Dewan Bahasa dan Pustaka.
RM9.00 sebuah.

Seseorang itu akan menjadi bijak, matang dan pandai berfikir jika minat membaca dan membeli buku-buku yang bermanfaat dan bermutu juga.

Seperti buku ini, sesuai dibaca semua golongan. Buku yang baik menjana jiwa yang suci bersih.

Sempena cuti sekolah yang akan datang, dapatkan buku ini dengan segera!

Jika berminat boleh dapatkan buku ini daripada Tuan Editornya Pak Cu Hamidi Md. Yudin.

#bukukanak-kanak
#dbp
#nilaisebuahtablet

Ahad, 1 Oktober 2017

MUNGKINKAH DIA- KARYA ANIS AYUNI


Akan berada di pasaran pada awal November 2017.

Kak anis buka tempahan/pre order untuk #MungkinkahDia.

Harga SM RM36/SS RM40 dengan pos.

Jika ada yang berminat dan sudi memiliki Mungkinkah Dia, pm Kak Anis ya!

Sinopsis

Biarpun tiada janji syurga dan tiada janji bahagia, namun tekad di dalam hati, Nisa ingin setia dalam berkasih. Meskipun, harum cinta Qashfi yang kekadang seperti kuntuman mawar mekar setaman dan kekadang membuatkan Nisa terasa diri dipinggirkan, namun tak mahu dibiarkan ikatan cinta putus di tengah jalan.

Qashfi: Kalau Arief dengan Delia sanggup tangguhkan perkahwinan, inikan pula kita yang belum buat apa-apa persediaan.

Nisa: Aku nak kata apa lagi? Takkan nak desak dia supaya hantar wakil untuk masuk meminang. Kalau tak hantar wakil, aku kahwin dengan orang lain. Boleh ke main ugut-ugut macam tu?

Tak dihirau, walaupun Naufal cuba mencuri perhatian. Tak mudah hatinya berpaling tadah, walaupun rayuan Ryo berterusan.

Ryo: Janji dibuat untuk dimungkiri.

Naufal: Kalaulah yang empunya senyuman dan ketawa itu belum berpunya, balik ni terus saya hantar wakil untuk masuk meminang.

Tapi, goyah sedikit rasa hati pabila dia diekori peminat misteri.
-Si Cantik Manis, anda sedang diperhati.-

Hati sering tertanya-tanya, gerangan yang mengulit rasa hati dalam kiriman mesej yang bisu. Mungkinkah 'gurauan' Qashfi untuk menduga hati kasihnya?

Rabu, 15 Mac 2017

SEHARUM MAWAR- SITI SARA HASSAN


karya buat remaja di luar sana. 

Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sinopsis:

Mawar, gadis kampung yang cantik dan berpekerti mulia.  Setelah kematian ibunya, dia tinggal bersama-sama ibu tirinya dan adik tirinya. Mawar hidup menderita kerana diseksa oleh ibu dan adik tirinya.
Ayahnya sering merantau menjalankan perniagaan.  Setelah sekian lama terseksa, Mawar diselamatkan ketika hanyut di sungai.  Dia tinggal bersama-sama keluarga angkatnya di dalam hutan. Sikap pekerti mulia menyebabkan dia disayangi oleh keluarga angkatnya.

Selepas beberapa bulan tinggal di hutan, keluarga angkatnya menyerahkan semula Mawar ke pangkuan ayahnya di kampung.

Apakah yang berlaku setelah Mawar pulang ke pangkuan ayahnya?

DINGIN SALJU LOUGHBOROUGH - NORAINI ESLAH.



Karya terbaharu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Novel ini ditunjangi tiga watak istimewa, iaitu Latifah seorang suri rumah yang aktif memainkan peranannya sebagai Pengurus Butik Anggun Bestari, seorang yang jujur dan lurus bendul.

Melissa Johan, seorang Pengusaha butik yang terkenal;

Zali penuntut ijazah kedoktoran yang menjadi Presiden Persatuan Penuntut-penuntut Malaysia
( PPML) di Universiti Loughborough.  Perkenalan mereka bermula apabila PPML, memulakan perniagaan Butik Anggun Bestari yang memerlukan kerjsama yang erat antara mereka bertiga.

Walau bagaimanapun, persahabatan yang terjalin sering dihujani prasangka.  Melissa Johan sentiasa menyimpan prasangka terhadap Latifah dan memandang rendah akan kemampuannya sebagai pengurus butik, manakala Zali pula tidak menyenangi kehadiran Latifah dalam urusan perniagaan butik dan persatuan kerana dia mempunyai agenda yang tersendiri.

Kepercayaan Latifah dan Melissa Johan terhadap Zali akhirnya musnah apabila Zali bersikap tidak jujur dengan menyalahgunakan wang persatuan untuk kepentingan diri sendiri.

Apa yang berlaku seterusnya?  Dapatkan karya ini di pasaran.


TAKDIR BERKASIH- ROHANI DERAMAN



Belanja sikit TAKDIR BERKASIH

Suami ditolak ke bilik pembedahan yang letaknya kira-kira 500 meter dari wad. Aku mengekorinya sampai ke bilik menunggu. Di situ, dia direhatkan seketika sambil jururawat membuat pemeriksaan terakhir. Tekanan darah dan denyutan jantung diperiksa sekali lagi.

“Tekanan darah encik naik sikit. Jangan panik. Encik kena bertenang. Serahkan semuanya kepada Allah,” kata jururawat. Dia meninggalkan kami seketika.

“Sayang, bertenanglah. Awak jangan takut. Jangan lalai walau seketika. Sentiasa berzikir dan ingat pada Allah,” bisikku di telinganya. Aku mencium tangannya. Dan dia membalasnya dengan mencium pipi dan dahiku, seperti biasa.

“Tolong doakan saya keluar dari bilik ini dengan selamat,” bisiknya dengan suara gementar.

“Saya tak akan berhenti berdoa untuk awak. Insya-Allah, semuanya akan selamat. Jangan bimbang.
Saya tahu awak kuat dan tabah.” Kami berpegangan tangan. Kami berkongsi semangat.

“Keluar dari sini, orang yang pertama saya nak tengok adalah awak. Tunggu saya,” ucapnya dengan senyuman yang dipaksa.

“Saya akan setia tunggu awak. Ke mana lagi saya nak pergi tanpa awak. Bukankah saya ni dicipta dari tulang rusuk awak.” Aku cuba bergurau. Pada saat itu, kami sangat perlukan kekuatan.

“Kalau terjadi apa-apa pada saya, saya dah maafkan semua orang. Saya dah halalkan semuanya.”

“Jangan cakap macam tu. Takkan terjadi apa-apa kepada awak. Allah akan kembalikan suami saya kepada saya dalam keadaan baik. Jangan fikir yang bukan-bukan. Jangan buat saya risau.”

Bibirnya sekali lagi menguntum senyuman. Walaupun aku tahu dia memaksa senyuman itu, namun aku rasa gembira dengan kekuatan yang ada padanya.
Masa untuk berpisah.
___________________________
BACA KISAH SETERUSNYA...HANYA RM18 + RM6 (DUIT POS)= RM24.
PM @ WHATSAPP: 010-5184827

FOBIA- KARYA SITI ROZILAH TERBITAN 2017

Terbitan: Buku Prima
Genre: Thriller Seram
Harga: RM28.00 Semenanjung
            RM31.00 Sabah/Sarawak
Penulis: Siti Rozilah

Sinopsis:



 


RAYU... rayulah lagi! Semakin mangsanya menangis dan merayu agar dia berhenti menyeksa mereka, semakin dia seronok. Rayuan mereka seolah-olah nyanyian merdu di telinganya.
Dia ketagih melihat darah. Lagi banyak darah, lagi dia seronok. Melihat mangsanya menggeliang-geliut menahan sakit adalah satu kepuasan yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata. 

Dia adalah seorang algojo yang ditugaskan untuk menghukum pesalah. Mangsanya bukan sebarang mangsa. Dia memilih perempuan seperti Sherry kerana Sherry adalah sasaran yang mudah dan paling penting, Sherry adalah seorang pendosa. Setiap pendosa harus dihukum. Di dalam kurungan, Sherry didera dan dibiarkan kebuluran.

Bagaimanakah nasib Sherry? Apakah dia harus mati di tangan algojo itu?
Kemudian, muncul pula Doktor Humaira, seorang doktor pakar psikiatri. Apakah seorang pakar psikiatri sepertinya dapat lari daripada digasak memori silam yang menakutkan?
Siapa pula lelaki bernama Luth, Hidayat serta Hakeem?
Awas, algojo itu masih bebas dan sedang mencari mangsa seterusnya!

“Cik, tolong saya, cik. Lepaskan saya dari sini, cik. Lelaki tu gila, cik.” - Sherry

“Bang, sorry, bang. Jangan tembak gua, tolonglah. Lu ambiklah balik perempuan ni. Gua sembah lu, bang, jangan bunuh gua... jangan bunuh gua!” - Ah Man

“Kau ingat aku tak tahu kau menyorok kat mana ya? Aku dapat hidu bau kau, Sherry. Sherry...” – Algojo