Cari Blog Ini

Jika Anda Memerlukan Resit Pengecualian Cukai Untuk Setiap Sumbangan Anda Ke MAAHAD AZ ZEIN AL MAKKI (PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK YATIM TAHFIZ) Terus Berhubung Dengan Ustaz Shahari - 013 339 3112
Memaparkan catatan dengan label MATA PELAJARAN EKONOMI STPM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MATA PELAJARAN EKONOMI STPM. Papar semua catatan

Sabtu, 30 Disember 2017

KONSEP MAKROEKONOMI MENGIKUT PANDANGAN SADONO - NORLIZA MOHD YASSIN.

Apakah konsep makroekonomi mengikut pandangan Sadono
- kajian mengenai kegiatan ekonomi sesebuah negara secara menyeluruh (peringkat negara & antarabangsa)
2. Apakah persoalan yg hendak dijawab dalam makroekonomi?
-i. Mengapakah ptumbuhan ekonomi tidak selalu stabil?
-ii. mengapakah pngangguran dan kenaikan harga sering berlaku?

3. Nyatakan skop kajian makroekonomi
- pengeluaran & pendapatan negara
- permintaan & penawaran agregat
- pergerakan tingkat harga umum
- masalah pengangguran & inflasi
4. Apakah perbezaan antara mikroekonomi & makroekonomi?
- mikroekonomi : bidang kajian hanya tertumpu kpd unit ekonomi yg lebih kecil (isi rumah & firma)
- makroekonomi : bidang ekonomi secara agregat melibatkan isi rumah, firma, kerajaan & import-eksport
5. Senaraikan pembolehubah² yg dianalisis dlm makroekonomi
- pendapatan negara
- guna tenaga
- pengangguran
- inflasi
- imbangan pembayaran
- pertumbuhan ekonomi
6. Apakah maksud pendapatan negara?
- jumlah pendapatan yg diterima drpd penggunaan semua faktor yg terdapat dlm sesebuah negara, utk tempoh setahun. (jumlah nilai pbelanjaan thdp barang & pkhdmtn yg dihasilkn oleh sesebuah ekonomi dlm tempoh setahun)
7. Nyatakan apakah petunjuk bahawa berlakunya kenaikan pendapatan negara
- faktor² pengeluaran dlm negara telah btambah
- peningkatan dlm tingkat kegiatan ekonomi negara
- jumlah keluaran barangan & pkhdmtn telah meningkat
- peluang pekerjaan btambah
- kadar pengangguran jatuh (menurun)
** ptambahan dlm pdptn negara, merupakan ptunjuk blakunya pningkatan dlm pcapaian ekonomi negara**
8. Apakah maksud Keluaran negara kasar (KNK)?
- KNK mngukur nilai barang & pkhdmtn akhir yg dihasilkan oleh faktor² pengeluran yg dimiliki pduduk sesebuah negara dlm
tempoh setahun (pduduk berada di dlm & di luar negara)
** tidak termasuk hasil pngeluaran milik rakyat asing yg tdpt dlm negara**
9. Nyatakan perbezaan antara KNK Harga semasa, KNK harga tetap & KNK potensi
KNK harga semasa Jumlah nilai pasaran barangan akhir yg dihasilkn oleh semua faktor pngeluaran sesebuah negara dlm tempoh setahun. (berdasarkn harga semasa pd thn berkenaan) **KNK semasa tidak menunjukkan prestasi sebenar ekonomi sesebuah negara**
KNK harga tetap Jumlah nilai pasaran barangan akhir yg dihasilkn oleh semua faktor pngeluaran milik sesebuah negara bdasarkan harga² pd thn asas @ thn bandingan.** Merujuk kpd pendapatan negara benar**
KNK potensi Jumlah nilai pasaran barangan akhir yg dihasilkn oleh faktor² pengeluaran milik sesebuah negara, berdasarkan bila semua faktor pengeluaran digunakan sepenuhnya.
10.
Pdptn Negara
Q V
pdptn benar
R
pdptn potensi
P S

Isnin, 13 November 2017

39) KESEIMBANGAN FIRMA DALAM JANGKA PENDEK- NORLIZAH MOHD YASSIN


KESEIMBANGAN FIRMA DALAM JANGKA PENDEK

Untung Lebih Normal

Keeseimbangan pada titik E iaitu apabila MR=MC dengan tingkat harga P dan Q unit keluaran.

Hasil purata ialah EQ. Maka jumlah hasil adalah OPEQ.

Kos purata ialah AQ. Maka jumlah kos adalah OBAQ.

EQ>AQ, maka hasil purata adalah melebihi kos purata sebanyak EA bagi seunit keluaran.

TR>TC sebanyak BPEA. Bahagian ini merupakan untung lebih normal.

Keseimpulanya, apabila TR melebihi TC dalam jangka pendek, maka firma akan menikmati untung lebih normal.

38) MENUTUP OPERASI- NORLIZAH MOHD YASSIN







Menutup Operasi
Dari rajah, keseimbangan firma tercapai di E, dengan harga P1 dan kuantiti keluaran Q1.
Pada P1, hasil purata ialah EQ1, maka jumlah hasil adalah jumlah kos pada bahagian OABQ1.
Bahagian P1DCE merupakan bahagian TVC yang tidak dapat ditutup oleh TR. Ini merupakan kerugian tambahan firma jika firma meneruskan operasinya.

Ini bermakna tanpa beroperasi, kerugian hanyalah bahagian DABC iaitu TFC. Didapati juga bahagian DABC kurang daripada P1ABE, maka firma harus berhenti operasi demi menimumkan kerugianya.
Kesimpulanya, jika AVC lebih daripada P atau AR, firma akan tutup operasinya.

37) MENERUSKAN OPERASI- NORLIZAH MOHD YASSIN


Meneruskan Operasi

Dalam jangka pendek, jumlah kos firma terdiri daripada TVC dan TFC. TFC perlu ditanggung walaupun output firma 0.
Ini bermakna jika sesebuah firma hendak beroperasi dalam jangka pendek, jumlah hasil hendaklah sekurang-kurangnya menyamai TVC, jika tidak, firma seharusnya memberhentikan operasinya.

Meneruskan Operasi

Dari rajah, keseimbangan firma tercapai di E, dengan harga P1 dan kuantiti keluaran Q1.
Pada tingkat Q, kos purata adalah AQ yang terbahagi kepada AVC sebanyak EQ dan AFC sebanyak AE.

Oleh sebab hasil purata juga sebesar EQ, maka jumlah hasil sebanyak OPEQ sama dengan jumlah kos berubah iaitu OPEQ. Ini bermakna semua kos berubah dapat ditanggung melalui jumlah hasil firma. Dengan itu, jumlah kerugian firma adalah sebesar jumlah kos tetap iaitu bahagian PBAE.

Kesimpulanya, jika tingkat harga keseimbangan kurang daripada P, firma harus menutup operasi. Jika tidak, jumlah kerugian bukan setakat TFC malah juga melibatkan sebahagian daripada TVC.

36) KOS MARGINAL - NORLIZAH MOHD YASSIN


Marginal Cost : Kos marginal

Definasi :

Peningkatan atau pengurangan didalam sesuatu kos pengeluaran yang berjangka panjang mahu pun pendek. Ianya di kira didalam situasi dimana titik pulang modal telah di capai, di mana kos tetap telah pun diserap oleh perkara-perkara yang telah dihasilkan dan hanya langsung (pembolehubah). Kos ini yang perlu diambil kira.

Kos Marginal adalah merupakan kos perubahan yang terdiri dariapada kos buruh dan kos bahan mentah, ianya ditambah dengan bahagian anggaran kos tetap seperti overhead pentadbiran dan perbelanjaan jualan. Dalam syarikat-syarikat dimana kos purata adalah agak tetap, kos marginal biasanya sama dengan kos purata. walau bagaimanapun, didalam industri yang memerlukan pelaburan modal yang banyak seperti Bahan mentah kereta, syarikat penerbangan serta perlombongan, dan mempunyai kos purata yang tinggi.

Konsep kos Marginal adalah amat penting dalam peruntukan sumber bahan mentah kerana untuk mendapat hasil yang optimum, pengurusan perlu menumpukan sumber-sumber di mana lebihan hasil marginal ke atas kos marginal adalah maksimum. Ianya juga di panggil Kos Pilihan , Kos Pembezaan, atau Kos Tambahan.

Dalam bidang ekonomi dan kewangan, kos marginal ialah perubahan dalam jumlah kos yang timbul apabila kuantiti yang dihasilkan mempunyai kenaikan oleh unit. Iaitu, ia adalah kos menghasilkan satu unit yang baik

35) PERBENTUKAN KELUK KOS PURATA JANGKA PANGJAN ( LAC) - NORLIZAH MOHD YASSIN




Perbentukan Keluk Kos Purata Jangka Panjang (LAC)

Saiz loji firma diwakili oleh keluk SAC. Andaikan firma mempunyai 3 saiz loji yang berbeza, iaitu SAC1, SAC2 dan SAC3.

Andaikan firma ingin menghasilkan tingkat keluaran Q1, firma akan memilih saiz loji SAC1 kerana kos purata SAC1 pada titik B lebih rendah berbanding dengan saiz loji SAC2 pada titik A (C2<C3).
Oleh itu, bagi tingkat keluaran yang kurang daripada Q2, firma akan memilih loji SAC1 untuk meminimumkan kos pengeluaran.

Sekiranya firma ingin mengeluarknan tingkat keluaran Q2, saiz loji SAC1 bersilang dengan SAC2 di titik C.

Ini bermakna firma boleh memilih loji SAC1 atau SAC2 kerana kos puratanya adalah sama.
Walaubagaimanapun firma perlu memilih loji SAC2 kerana loji SAC2 beroperasi dalam keadaan kos yang berkurangan.

Pada tingkat keluaran Q3, saiz loji SAC2 dan SAC3 bersilang di titik D dengan kos purata yang sama, iaitu sebanyak C1.

Oleh itu, firma boleh menggunakan saiz loji SAC2 atau SAC3.

Bagi tingkat keluaran antara Q2 dan Q3, loji SAC2 akan dipilih kerana menghasilkan kos purata yang lebih rendah. Ini ditunjukkan oleh keluk SAC2 yang berada di bawah SAC1.

Jika tingkat output melebihi Q3, misalnya Q4, saiz loji SAC3 dipilih kerana kos puratanya hanya C0 (titik F) berbanding dengan C2 (titik E) yang lebih tinggi.

Kesimpulanya sambungan titik-titik BCDF akan membentuk keluk LAC. Dapat disimpulkan juga keluk LAC terdiri daripada bahagian keluk SAC yang dapat meminimumkan kosnya pada pelbagai tingkat output.

Khamis, 9 November 2017

34) DASAR KEWANGAN - OLEH NORLIZAH MOHD YASSIN

Dasar Kewangan Kualitatif

(a) Kredit Terpilih

- bank pusat berperanan dalam menentukan jenis-jenis pinjaman yang patut dikurangkan pada masa inflasi atau ditambahkan pada masa deflasi.

Kawalan Kredit Ansuran.

- semasa inflasi, bank pusat akan menghalang orang ramai daripada membeli kenderaan secara kredit ansuran dengan meninggikan kadar bayaran pendahuluan minimum, mengurangkan jumlah kredit pinjaman dan memendekkan tempoh bayaran balik kredit ansuran, keadaan ini akan mengurangkan kemampuan orang ramai untuk membeli kenderaan secara kredit ansuran.

- semasa deflasi, bank pusat akan menggalakkan orang ramai membeli kenderaan secara kredit ansuran dengan merendahkan kadar bayaran pendahuluan minimum, meningkatkan jumlah kredit pinjaman dan memanjangkan tempoh bayaran balik kredit ansuran, keadaan ini akan meningkatkan kemampuan orang ramai untuk membeli kenderaan secara kredit ansuran.

Kawalan Gadai Janji.

- semasa inflasi, bank pusat akan menyekat orang ramai daripada membeli harta tetap secara gadai janji dengan mengetatkan syarat-syarat gadai janji untuk mengurangkan keupayaan orang ramai membeli harta tetap tersebut.
- semasa deflasi, bank pusat akan menggalakkan orang ramai membeli harta tetap secara gadai janji dengan melonggarkan syarat-syarat gadai janji untuk menambahkan keupayaan orang ramai untuk membeli harta tetap tersebut.

Kawalan Keperluan Margin.

- semasa inflasi, bank pusat akan menghalang orang ramai daripada membeli saham untuk tujuan spekulasi dengan meninggikan keperluan margin supaya dapat mengurangkan jumlah pinjaman yang dibenarkan oleh spekulator. cth, nilai saham ialah RM5000 dan keperluan margin ialah 30%, jumlah wang yang harus disediakan oleh pembeli saham ialah 30% x RM5000 = RM1500. Apabila keperluan margin dinaikkan dari 30% kepada 40%, maka jumlah wang yang harus disediakan oleh pembeli saham ialah 40% x RM5000 = RM2000, ini menunjukkan kenaikan keperluan margin sebanyak 10% dapat mengurangkan pinjaman wang daripada bank perdagangan sebanyak RM500.

- semasa deflasi, bank pusat akan menggalakkan orang ramai membeli saham untuk tujuan spekulasi dengan menurunkan keperluan margin supaya dapat meningkatkan jumlah pinjaman yang dibenarkan oleh spekulator. cth, nilai saham ialah RM5000 dan keperluan margin ialah 30%, jumlah yang harus disediakan oleh pembeli saham ialah 30% x RM5000 = RM1500. Apabila keperluan margin diturunkan dari 30% kepada 20%, maka jumlah wang yang harus disediakan oleh pembeli saham ialah 20% x RM5000 = 1000, ini menunjukkan penurunan keperluan margin sebanyak 10% dapat menambahkan pinjaman wang daripada bank perdagangan sebanyak RM500.

(b) Pembujukan Moral.

- bank pusat melakukan pembujukan moral dengan memberi nasihat kepada bank-bank perdagangan agar menjayakan kaedah-kaedah kewangan yang sedang dilaksanakan oleh bank pusat.

- bank pusat akan mengadakan pertemuan secara langsung dengan bank-bank perdagangan untuk menjelaskan kaedah-kaedah kewangan serta tindakan-tindakan yang perlu diambil oleh bank-bank tersebut.

- semasa inflasi, bank pusat akan memujuk bank-bank perdagangan supaya mengurangkan jumlah pinjaman untuk tujuan spekulasi.

- semasa deflasi, bank pusat akan memujuk bank-bank perdagangan supaya menambahkan jumlah pinjaman untuk tujuan spekulasi.Dasar Kewangan Kualitatif.

(a) Kredit Terpilih.

- bank pusat berperanan dalam menentukan jenis-jenis pinjaman yang patut dikurangkan pada masa inflasi atau ditambahkan pada masa deflasi.

Kawalan Kredit Ansuran.

- semasa inflasi, bank pusat akan menghalang orang ramai daripada membeli kenderaan secara kredit ansuran dengan meninggikan kadar bayaran pendahuluan minimum, mengurangkan jumlah kredit pinjaman dan memendekkan tempoh bayaran balik kredit ansuran, keadaan ini akan mengurangkan kemampuan orang ramai untuk membeli kenderaan secara kredit ansuran.

- semasa deflasi, bank pusat akan menggalakkan orang ramai membeli kenderaan secara kredit ansuran dengan merendahkan kadar bayaran pendahuluan minimum, meningkatkan jumlah kredit pinjaman dan memanjangkan tempoh bayaran balik kredit ansuran, keadaan ini akan meningkatkan kemampuan orang ramai untuk membeli kenderaan secara kredit ansuran.

Kawalan Gadai Janji.

- semasa inflasi, bank pusat akan menyekat orang ramai daripada membeli harta tetap secara gadai janji dengan mengetatkan syarat-syarat gadai janji untuk mengurangkan keupayaan orang ramai membeli harta tetap tersebut.

- semasa deflasi, bank pusat akan menggalakkan orang ramai membeli harta tetap secara gadai janji dengan melonggarkan syarat-syarat gadai janji untuk menambahkan keupayaan orang ramai untuk membeli harta tetap tersebut.

33) BENTUK DASAR EKONOMI - OLEH NORLIZAH MOHD YASSIN

Bentuk Dasar Makroekonomi

Dasar sebelah permintaan

Dasar kerajaan mempengaruhi permintaan agregat dalam negara melalui :

Dasar Fiskal (Fiscal Policy)

Dasar fiskal ialah langkah-langkah kerajaan mengubah perbelanjaan kerajaan dan struktur pencukaian untuk mempengaruhi tingkat perbelanjaan agregat dalam ekonomi.
Dasar fiskal bertujuan mencapai tingkat guna tenaga penuh dan mengawal inflasi.

Semasa masalah inflasi, kerajaan akan malaksanakan dasar fiskal menguncup, iaitu meningkatkan kadar cukai dan mengurangkan perbelanjaan kerajaan bagi mengurangkan perbelanjaan agregat untuk mengatasi masalah inflasi.

Semasa masalah deflasi (kemelesetan ekonomi), kerajaan akan melaksanakan dasar fiskal mengembang, iaitu menambahkan perbelanjaan keajaan dan mengurangkan kadar cukai bagi meningkatkan perbelanjaan agregat untuk mengatasi masalah pengangguran.

Dasar Fiskal budibicara merupakan dasar kerajaan mengubah cukai dan perbelanjaan kerajaan.
Contohnya, untuk meningkatkan permintaan agregat, kerajaan menurunkan cukai dan menambahkan perbelanjaan kerajaan.

DASAR KEWANGAN  (Monetary Policy)

Dasar kewangan ialah dasar kerajaan yang dijalankan oleh Bank Pusat untuk mengawal penawaran wang dan kadar bunga bagi mempengaruhi tingkat perbelanjaan agregat untuk mencapai tingkat guna tenaga dan mengawal inflasi.

Semasa inflasi, Bank Pusat akan menjalankan dasar kewangan menguncup, iaitu mengurangkan penawaran wang dan meningkatkan kadar bunga bagi mengurangkan perbelanjaan agregat untuk mengatasi masalah inflasi.

Semasa kemelesetan ekonomi atau deflasi, kerajaan akan menjalankan dasar kewangan mengembang, iaitu menambahkan penawaran wang dan mengurangkan kadar bunga dalam pasaran bagi meningkatkan perbelanjaan agregat untuk mengatasi masalah pengangguran.

DASAR KAWALAN LANGSUNG.

Dasar kawalan langsung merupakan langkah kawalan langsung kerajaan ke atas harga, kadar upah, eksport dan import negara bagi memperbaiki imbangan pembayaran dan mengawal inflasi.
Contohnya, kerajaan boleh mengenakan kawalan harga maksimum ke atas barangan kawalan tertentu bagi mengatasi masalah inflasi.

DASAR SEBELAH PENAWARAN.

Dasar sebelah penawaran ialah dasar kerajaan yang mempengaruhi kegiatan ekonomi dari segi penawaran dengan meningkatkan keupayaan pengeluaran ekonomi.

Dasar sebelah penawaran bermaksud dasar kerajaan melalui pencukaian dan galakan pelaburan yang cuba meningkatkan keupayaan pengeluaran dalam ekonomi bagi meningkatkan penawaran agregat dan mencapai pertumbuhan ekonomi tanpa inflasi. Sebagai contoh, pertumbuhan ekonomi dapat ditingkatkan dengan menggalakkan lebih ramai rakyat terlibat dalam aktiviti pengeluaran tertentu.

Contoh dasar sebelah penawaran ialah insentif pengecualian cukai kepada pengeluar dan penurunan cukai import bagi input pengeluaran. Kedua-dua dasar ini akan meningkatkan penawaran agregat. Kesannya, harga menurun dan pendapatan bertambah.Bentuk Dasar Makroekonomi.

DASAR SEBELAH PERMINTAAN

Dasar kerajaan mempengaruhi permintaan agregat dalam negara melalui :

DASAR FISKAL (Fiscal Policy)

Dasar fiskal ialah langkah-langkah kerajaan mengubah perbelanjaan kerajaan dan struktur pencukaian untuk mempengaruhi tingkat perbelanjaan agregat dalam ekonomi.
Dasar fiskal bertujuan mencapai tingkat guna tenaga penuh dan mengawal inflasi.
Semasa masalah inflasi, kerajaan akan malaksanakan dasar fiskal menguncup, iaitu meningkatkan kadar cukai dan mengurangkan perbelanjaan kerajaan bagi mengurangkan perbelanjaan agregat untuk mengatasi masalah inflasi.

Semasa masalah deflasi (kemelesetan ekonomi), kerajaan akan melaksanakan dasar fiskal mengembang, iaitu menambahkan perbelanjaan keajaan dan mengurangkan kadar cukai bagi meningkatkan perbelanjaan agregat untuk mengatasi masalah pengangguran.

Dasar Fiskal budi  bicara merupakan dasar kerajaan mengubah cukai dan perbelanjaan kerajaan.
Contohnya, untuk meningkatkan permintaan agregat, kerajaan menurunkan cukai dan menambahkan perbelanjaan kerajaan.


32) DASAR FISKAL - NORLIZAH MOHD YASSIN

Dasar Fiskal (dasar belanjawan)

dasar fiskal merupakan dasar mengubah kadar cukai (T) dan perbelanjaan kerajaan (G) untuk menjaga kestabilan ekonomi.
Tujuan Utama
- untuk mencapai pertumbuhan ekonomi berterusan tanpa inflasi dan pengangguran.
- untuk mencapai pengagihan pendapatan yang lebih saksama dengan merapatkan jurang kekayaan antara golongan kaya dan miskin.

Pemantap Automatik

- alat kerajaan yang dapat mengecilkan keadaan melambung-meleset ekonomi secara automatik.
- menstabilkan ekonomi secara automatik.
- kerajaan tidak perlu mengubah dasar fiskal atau dasar kewangan sedia ada.
- tidak dapat mengatasi masalah inflasi dan pengangguran sepenuhnya, hanya dapat melambatkan perkembangan ekonomi atau kemerosotan ekonomi.

Jenis-jenis Pemantap Automatik

- kutipan T Progresif dan T Proposional oleh kerajaan dapat mengubah Yb dan AD.
- Semasa ekonomi melambung, Y masyarakat meningkat, seterusnya AD meningkat, keadaan ini menyebabkan tingkat harga umum naik. Pengenaan T Progresif dan T Proposional akan mengurangkan Yb masyarakat, akibatnya peningkatan AD dikurangkan, keadaan ini dapat mengecilkan kenaikan tingkat harga umum.
- Semasa ekonomi meleset, Y masyarakat berkurangan dan seterusnya AD berkurang, keadaan ini menyebabkan firma-firma mengurangkan SS dan penggunaan buruh, seterusnya kadar pengangguran meningkat. Pengenaan T Progresif dan T Proposional menyebabkan kutipan cukai Y berkurangan mengikut pengurangan Y masyarakat, ini bermakna pengurangan Yb tidak begitu besar, seterusnya pengurangan AD dikecilkan, keadaan ini dapat mengecilkan kenaikan kadar pengangguran.

(b) Bayaran Pindahan Kerajaan

- bayaran pindahan kerajaan termasuk elaun pengangguran kepada penganggur.
- Semasa ekonomi melambung, jumlah penganggur berkurang, oleh itu, bayaran elaun pengangguran turut dikurangkan, keadaan ini mengurangkan kenaikan AD dan menekan kenaikan kadar inflasi.
Semasa ekonomi meleset, jumlah penganggur bertambah, oleh itu, bayaran elaun pengangguran turut bertambah, keadaan ini mengurangkan kejatuhan AD dan menggalakkan pemulihan ekonomi.

(c) Dasar Harga Max dan Dasar Harga Min

- kedua-dua dasar ini secara automatik menjamin kestabilan tingkat harga dalam ekonomi.
- Semasa ekonomi melambung, dasar harga Max akan menghalang kenaikan tingkat harga melebihi tingkat harga Max.
- Semasa ekonomi meleset, dasar harga Min akan menghalang penurunan tingkat harga kurang daripada tingkat harga Min. Dasar Fiskal (dasar belanjawan)
dasar fiskal merupakan dasar mengubah kadar cukai (T) dan perbelanjaan kerajaan (G) untuk menjaga kestabilan ekonomi.
Tujuan Utama
- untuk mencapai pertumbuhan ekonomi berterusan tanpa inflasi dan pengangguran.
- untuk mencapai pengagihan pendapatan yang lebih saksama dengan merapatkan jurang kekayaan antara golongan kaya dan miskin.

Pemantap Automatik

- alat kerajaan yang dapat mengecilkan keadaan melambung-meleset ekonomi secara automatik.
- menstabilkan ekonomi secara automatik.
- kerajaan tidak perlu mengubah dasar fiskal atau dasar kewangan sedia ada.
- tidak dapat mengatasi masalah inflasi dan pengangguran sepenuhnya, hanya dapat melambatkan perkembangan ekonomi atau kemerosotan ekonomi.
Jenis-jenis Pemantap Automatik

(a) Cukai Progresif dan Cukai Proposional

- kutipan T Progresif dan T Proposional oleh kerajaan dapat mengubah Yb dan AD.
- Semasa ekonomi melambung, Y masyarakat meningkat, seterusnya AD meningkat, keadaan ini menyebabkan tingkat harga umum naik. Pengenaan T Progresif dan T Proposional akan mengurangkan Yb masyarakat, akibatnya peningkatan AD dikurangkan, keadaan ini dapat mengecilkan kenaikan tingkat harga umum.

- Semasa ekonomi meleset, Y masyarakat berkurangan dan seterusnya AD berkurang, keadaan ini menyebabkan firma-firma mengurangkan SS dan penggunaan buruh, seterusnya kadar pengangguran meningkat. Pengenaan T Progresif dan T Proposional menyebabkan kutipan cukai Y berkurangan mengikut pengurangan Y masyarakat, ini bermakna pengurangan Yb tidak begitu besar, seterusnya pengurangan AD dikecilkan, keadaan ini dapat mengecilkan kenaikan kadar pengangguran.

(b) Bayaran Pindahan Kerajaan

- bayaran pindahan kerajaan termasuk elaun pengangguran kepada penganggur.
- Semasa ekonomi melambung, jumlah penganggur berkurang, oleh itu, bayaran elaun pengangguran turut dikurangkan, keadaan ini mengurangkan kenaikan AD dan menekan kenaikan kadar inflasi.
Semasa ekonomi meleset, jumlah penganggur bertambah, oleh itu, bayaran elaun pengangguran turut bertambah, keadaan ini mengurangkan kejatuhan AD dan menggalakkan pemulihan ekonomi.

(c) Dasar Harga Max dan Dasar Harga Min

- kedua-dua dasar ini secara automatik menjamin kestabilan tingkat harga dalam ekonomi.
- Semasa ekonomi melambung, dasar harga Max akan menghalang kenaikan tingkat harga melebihi tingkat harga Max.
- Semasa ekonomi meleset, dasar harga Min akan menghalang penurunan tingkat harga kurang daripada tingkat harga Min.

31) DASAR KEWANGAN - OLEH NORLIZAH MOHD YASSIN

DASAR KEWANGAN

- Selain pihak kerajaan.. pihak bank pusat juga memainkan peranan dalam mengawal kestabilan ekonomi dengan mengenakan dasar kewangan terhadap bank-bank.

- dasar kewangan ini adalah untuk mempengaruhi bekalan wang (Ms) dan kadar bunga (r).

- dibahagikan kepada 2 iaitu dasar kewangan kuantitatif (pengaruhi Ms dan r) dan dasar kewangan kualitatif (pengaruhi bentuk pinjaman dan pelaburan bank-bank perdagangan).

Dasar Kewangan Kuantitatif

(a) Mengubah Kadar Bank

- tindakan bank pusat membuat perubahan terhadap kadar faedah terhadap bank-bank perdagangan.
- semasa inflasi, bank pusat akan menaikkan kadar bunga untuk meninggikan kos pinjaman yang diberikan oleh pihak bank perdagangan kepada peminjam. Ini adalah untuk mengurangkan kemampuan peminjam untuk melakukan urus niaga, keadaan ini menyebabkan permintaan agregat berkurangan dan seterusnya menurunkan tingkat harga umum, akhirnya inflasi dapat diatasi.
- semasa deflasi, bank pusat akan merendahkan kadar bunga untuk menurunkan kos pinjaman yang diberikan oleh pihak bank perdagangan kepada peminjam. Ini adalah untuk menambahkan kemampuan peminjam untuk melakukan urus niaga, keadaan ini menyebabkan permintaan agregat bertambah dan seterusnya meningkatkan tingkat guna tenaga, akhirnya deflasi dapat diatasi.

(b) Operasi Dalam Pasaran Terbuka

- tindakan bank pusat menjual-beli bil perbendaharaan dan bon kerajaan di pasaran modal.
- semasa inflasi, bekalan wang dalam ekonomi harus dikurangkan. Bank pusat akan menjual bil perbendaharaan atau bon kerajaan kepada bank-bank perdagangan dan orang ramai. Dengan ini, wang yang dipegang oleh bank-bank perdagangan dan orang ramai berkurang, seterusnya jumlah wang yang boleh dibelanja untuk urus niaga dapat dikurangkan juga, akhirnya inflasi dapat diatasi.
- semasa deflasi, bekalan wang dalam ekonomi harus ditambahkan. Bank pusat akan membeli bil perbendaharan atau bon kerajaan daripada bank-bank perdagangan dan orang ramai. Dengan ini, wang yang dipegang oleh oleh bank-bank perdagangan dan orang ramai bertambah, seterusnya jumlah wang yang boleh dibelanja untuk urus niaga dapat ditingkatkan juga, akhirnya deflasi dapat diatasi.

(c) Mengubah Nisbah Rizab Berkanun dan Mengubah Nisbah Harta Cair

- kejayaan dasar kewangan kuantitatif adalah ditentukan oleh keadaan lebihan rizab bank-bank perdagangan.
- semasa inflasi, bank-bank perdagangan boleh beli bil perbendaharan dengan lebihan rizab dan tidak perlu kurangkan jumlah deposit semasa, dengan ini bekalan wang dalam ekonomi tidak dikurangkan. Akhirnya dasar kenaikan kadar bank dan operasi menjual bil perbendaharaan atau bon kerajaan di pasaran terbuka akan gagal.
- semasa deflasi, nisbah rizab (berkanun dan harta cair) perlu diturunkan oleh bank pusat untuk meningkatkan keupayaan bank-bank perdagangan memberi kredit dan seterusnya menambahkan pelaburan dalan negara. Akhirnya bekalan wang dalam ekonomi bertambah dan deflasi dapat diatasi.

(d) Funding

- tindakan bank pusat mengurangkan pengeluaran sekuriti kerajaan jangka pendek dan menambahkan pengeluaran sekuriti kerajaan jangka panjang bagi mengatasi inflasi.
- melambatkan penjualan sekeruti kerajaan oleh bank-bank perdagangan dan orang ramai kerana tindakan ini memanjangkan tempoh matang sekuriti kerajaan. Akhirnya bekalan wang dalam ekonomi dikurangkan dan inflasi dapat diatasi.

Rabu, 8 November 2017

30) DEVALUASI - OLEH NORLIZAH MOHD YASSIN

DEVALUASI

Devaluasi adalah menurunnya nilai mata wang dalam negeri terhadap mata wang luar negeri. Jika hal tersebut terjadi, biasanya pemerintah melakukan intervensi agar nilai mata wang dalam negeri tetap stabil. Istilah devaluasi lebih sering dikaitkan dengan menurunnya nilai wang satu negara terhadap nilai mata wang asing.

Revaluasi

Revaluasi merupakan kebalikan dari devaluasi. Revaluasi adalah kebijakan pemerintah menaikkan nilai mata wang sendiri terhadap mata wang asing.

Depresiasi

Depresiasi memiliki persamaan dengan devaluasi, yaitu sama-sama merupakan penurunan nilai mata wang sendiri terhadap mata wang asing. Bezanya, jika devaluasi terjadi karena adanya kebijakan dari pemerintah (disengaja) maka depresiasi terjadi karena kekuatan tarik menarik antara permintaan dan penawaran mata wang di pasar value asing.

Apresiasi

Sebagai sebalik dari depresiasi, apresiasi adalah kenaikan nilai mata wang sendiri terhadap mata wang asing yang terjadi karena kekuatan tarik menarik antara permintaan dan penawaran mata wang di pasar value asing.

JENIS-JENIS BELANJAWAN - OLEH NORLIZAH MOHD YASSIN.

ENIS-JENIS BAJET/BELANJAWAN

Bajet Berimbang (Balanced)Apabila Hasil adalah seimbang dengan Perbelanjaan.

Bajet Lebihan (Surplus)Apabila Jumlah Hasil adalah melebihi Perbelanjaan

Bajet Kurangan (Defisit)Apabila Perbelanjaan adalah melebihi dari Jumlah hasil Negara.

Komponen Perbelanjaan

Perbelanjaan Kerajaan terdiri daripada :-

- Perbelanjaan Mengurus
- Perbelanjaan Tanggungan
- Perbelanjaan Bekalan
- Perbelanjaan Pembangunan
- Perbelanjaan Pembangunan Langsung
- Pinjaman

29) DEFINIS BELANJAWAN NEGARA- OLEH NORLIZAH MOHD YASSIN

DEFINISI BELANJAWAN NEGARA

Belanjawan negara ialah satu pernyataan anggaran hasil dan perbelanjaan bagi tahun hadapan yang digunakan sebagai alat perancangan dan pengurusan sumber ekonomi negara untuk memenuhi keperluan rakyat.
Hasil Negara adalah meliputi semua jenis pendapatan yang diterima oleh Kerajaan dalam bentuk cukai, yuran dan lesen dan lain-lain terimaan, kecuali zakat, fitrah, Baitul Mal dan hasil keagamaan.
Belanja mengurus ialah perbelanjaan bagi aktiviti yang berulangan dan berterusan. (belanja penggunaan)

PERBELANJAAN TANGGUNGAN

Perbelanjaan yang dipertanggungkan terus kepada Kumpulan Wang Disatukan tanpa perlu mendapat kelulusan Parlimen selaras dengan Perkara 98 Perlembagaan Persekutuan Contoh: Gaji/Elaun Diraja, Khidmat Hutang Kerajaan, Pencen, Gaji Hakim-hakim, Gaji Ketua Audit Negara, perbelanjaan Suruhanjaya dan Pemberian Kepada Negeri- Negeri.

Selasa, 7 November 2017

28) CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN - OLEH NORLIZAH MOHD YASSIN




Cukai barang Dan perkhidmatan


Cukai barangan dan perkhidmatan (bahasa Inggeris: goods and services tax, GST) atau cukai nilai tambah (bahasa Inggeris: value added tax, VAT) ialah sejenis cukai penggunaan (CT) yang dikenakan ke atas apa sahaja nilai yang telah ditambahkan kepada sesuatu produk. Berbanding dengan cukai jualan, VAT/GST dilihat sebagai neutral terhadap bilangan aliran di antara pembuat dan pengguna akhir manakala cukai jualan dikenakan ke atas nilai setiap peringkat (walaupun di Amerika Syarikat dan banyak negara lain, cukai jualan dikenakan hanya pada jualan akhir kepada pengguna akhir, dan satu cukai pengguna hanya kepada pengguna akhir; di sana tidak terdapat cukai yang dibayar pada peringkat pemborongan atau pembuatan).

Hasilnya adalah melata (cukai-cukai hiliran dikenakan pada cukai-cukai awal/hulu). VAT ialah sejenis cukai tak langsung, di mana cukai ini dikutip daripada pihak yang tidak menanggung keseluruhan kos cukai.

GST DI MALAYSIA

Cukai Barang dan Perkhidmatan (Bahasa Inggeris: Goods and Services Tax, GST) merupakan cukai nilai tambah dan cukai berdasarkan perbelanjaan di Malaysia. GST mula berkuatkuasa pada 1 April 2015 dengan kadar piawai sebanyak 6 peratus.

Cukai Jualan (berkadar 10%) dan Cukai Perkhidmatan (berkadar 6%) dimansuhkan selepas berkuatkuasanya pengenalan cukai GST. Pengenalan cukai GST bertujuan untuk mereformasikan sistem percukaian negara, mempelbagaikan sumber pendapatan negara, dan meningkatkan kecekapan pungutan cukai. Malaysia menjadi sebahagian daripada lebih 160 buah negara di dunia yang melaksanakan sistem cukai nilai tambah sebagai sebahagian daripada sumber pendapatan negara.

CUKAI LANGSUNG.


Beban  cukai yang tak boleh dipindahkan.

Cukai langsung merupakan cukai yang kita sebagai rakyat bayar terus atau langsung kepada pihak kerajaan.
Contoh cukai langsung yang paling ketara adalah seperti cukai pendapatan dan urusan hal ehwal cukai pendapatan ini ditadbir oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.
Sekiranya kita layak dikenakan cukai pendapatan, cukai pendapatan merupakan cukai yang dikenakan terhadap pendapatan yang kita perolehi. Lebih banyak pendapatan yang kita peroleh, lebih banyak lah cukai pendapatan yang kita kena bayar.

Cukai tak langsung pula adalah cukai yang tidak dibayar terus atau langsung kepada pihak kerajaan.
Cukai pintu, cukai tanah, cukai pendapatan individu, rumah pendapatan koperasi dan cukai petronas.

27) BEKALAN WANG - OLEH NORLIZAH MOHD YASSIN.

BEKALAN WANG M2

Bekalan wang M2 merupakan definisi wang yang luas dan terdiri daripada bekalan wang M1 dan wang hampir (separa).

M2 = M1 + wang hampir dimana M1 terdiri daripada wang kertas, duit syiling dan deposit semasa dalam bank perdagangan.

Wang hampir ialah jenis wang yang mempunyai tahap kecairan yang rendah seperti deposit tetap dan deposit tabungan dalam bank-bank perdagangan serta sijil simpanan boleh niaga Bank Pusat.

BEKALAN WANG DI MALAYSIA


Dikawal oleh Bank Negara Malaysia.

M1 = Wang Kertas + Duit Syiling + Deposit semasa
Deposit semasa ialah tabungan dalam akaun semasa di bank perdagangan yang dapat ditunaikan dengan cek.

M2 = M1 + Separa Wang (Wang Hampir)

Wang Hampir ialah deposit tabungan dan deposit tetap bank perdagangan, sijil deposit boleh niaga syarikat swasta, sijil Bank Negara Malaysia, wang pos, dan kad kredit. Bekalan wang M1 bertambah 36 kali ganda antara tahun 1970-1999.

Deposit semasa lebih kurang sama dengan jumlah wang dalam edaran pada 1980. Deposit semasa bertambah dengan pesat pada 1990-an dan menjadi hampir 24 kali ganda pada 1999.

M2 bertambah sebanyak 105 kali ganda dalam 1970-1999.

Kesimpulannya, antara tahun 1970-1999, Malaysia mengalami perkembangan ekonomi yang sangat pesat. Kepentingan wang dalam edaran semakin merosot manakala penggunaan cek semakin meluas dalam masyarakat moden. Di samping itu, penggunaan separa wang juga semakin berkembang pesat di Malaysia sehingga menyebabkan kerajaan memutuskan untuk menggunakan M2 sebagai petunjuk yang menentukan dasar kewangan di Malaysia mulai tahun 1980-an.

26) PENENTUAN HARGA - OLEH NORLIZAH MOHD YASSIN

Penentuan Harga Keseimbangan.


Harga keseimbangan atau harga ekuilibrium dalam ekonomi adalah merupakan harga yang terbentuk pada titik pertemuan kurva permintaan dan kurva penawaran.

Terbentuknya harga dan kuantitas keseimbangan di pasar merupakan hasil kesepakatan antara pembeli (konsumen) dan penjual (produsen) di mana kuantitas yang diminta dan yang ditawarkan sama besarnya.

Jika keseimbangan ini telah tercapai, biasanya titik keseimbangan ini akan bertahan lama dan menjadi patokan pihak pembeli dan pihak penjual dalam menentukan harga.
Masalah harga berhubungan dengan barang ekonomis, sebab barang ekonomis adanya langkah dan berguna dan untuk memperolehnya diperlukan pengorbanan uang dengan bantuan harga. Harga adalah perwujudan nilai tukar atas suatu barang/jasa yang dinyatakan uang.

Oleh karena itu, harga merupakan nilai tukar obyektif atas barang/jasa dan nilai tukar obyektif itu sendiri adalah harga pasar atau harga keseimbangan.

Harga pasar tidak terbentuk secara otomatis akan tetapi melalui suatu proses mekanisme pasar yakni tarik menarik antara kekuatan pembeli dengan permintaannya dan kekuatan penjual dengan penawarannya.

Berdasarkan pengertian tersebut maka harga keseimbangan dapat diartikan harga yang terbentuk pada titik pertemuan kurva permintaan dan kurva penawaran.

Terbentuknya harga dan kuantitas keseimbangan di pasar merupakan hasil kesepakatan antara pembeli (konsumen) dan penjual (produsen) di mana kuantitas yang diminta dan yang ditawarkan sama besarnya.

Jika keseimbangan ini telah tercapai, biasanya titik keseimbangan ini akan bertahan lama dan menjadi patokan pihak pembeli dan pihak penjual dalam menentukan harga.

25) PERMINTAAN DAN PENAWARAN - OLEH NORLIZAH MOHD YASSIN

Hukum Permintaan dan Penawaran

Jika semua asumsi diabaikan (ceteris paribus) : Jika harga semakin murah maka permintaan atau pembeli akan semakin banyak dan sebaliknya. Jika harga semakin rendah/murah maka penawaran akan semakin sedikit dan sebaliknya.

Semua terjadi karena semua ingin mencari kepuasan (keuntungan) sebesar-besarnya dari harga yang ada. Apabila harga terlalu tinggi maka pembeli mungkin akan membeli sedikit karena uang yang dimiliki terbatas, namun bagi penjual dengan tingginya harga ia akan mencoba memperbanyak barang yang dijual atau diproduksi agar keuntungan yang didapat semakin besar.

Harga yang tinggi juga bisa menyebabkan konsumen/pembeli akan mencari produk lain sebagai pengganti barang yang harganya mahal.

HUKUM PERMINTAAN.

Hukum permintaan adalah hukum yang menjelaskan tentang adanya hubungan yang bersifat negatif antara tingkat harga dengan jumlah barang yang diminta. Apabila harga naik jumlah barang yang diminta sedikit dan apabila harga rendah jumlah barang yang diminta meningkat. Dengan demikian hukum permintaan berbunyi:

“Semakin turun tingkat harga, maka semakin banyak jumlah barang yang tersedia diminta, dan sebaliknya semakin naik tingkat harga semakin sedikit jumlah barang yang bersedia diminta.”
Pada hukum permintaan berlaku asumsi ceteris paribus. Artinya hukum permintaan tersebut berlaku jika keadaan atau faktor-faktor selain harga tidak berubah (dianggap tetap).

HUKUM PENAWARAN.


Bahwa semakin tinggi harga, jumlah barang yang ditawarkan semakin banyak. Sebaliknya semakin rendah harga barang, jumlah barang yang ditawarkan semakin sedikit. Inilah yang disebut hukum penawaran.

Hukum penawaran menunjukkan keterkaitan antara jumlah barang yang ditawarkan dengan tingkat harga. Dengan demikian bunyi hukum penawaran berbunyi:

“Semakin tinggi harga, semakin banyak jumlah barang yang bersedia ditawarkan. Sebaliknya, semakin rendah tingkat harga, semakin sedikit jumlah barang yang bersedia ditwarkan.”
Hukum penawaran akan berlaku apabila faktor-faktor lain yang memengaruhi penawaran tidak berubah (ceteris paribus).

24) UPAH - OLEH NORLIZAH MOHD YASSIN

 UPAH
Upah atau ujrah ialah pampasan (atau saraan) monetari oleh majikan kepada pekerja sebagai balasan untuk kerja yang dilakukan. Bayaran boleh dihitung sebagai amaun tetap untuk setiap tugasan yang diselesaikan (upah tugas atau upah ikut kerja), atau pada kadar jam atau harian, atau berdasarkan kuantiti kerja yang dilakukan yang mudah diukur.

Pembayaran dengan upah bertentangan dengan kerja bergaji, yang melibatkan majikan membayar suatu amaun teratur pada selang mantap (seperti mingguan atau bulanan) tanpa mengira panjang jam kerja, dengan komisen yang syaratnya berbayar pada prestasi individual, dan dengan pampasan berdasarkan prestasi syarikat secara keseluruhan.

Pekerja upahan juga boleh menerima tip atau ganjaran yang dibayar dengan terus oleh klien dan faedah pekerja yang merupakan bentuk tidak monetari bagi pampasan. Oleh sebab buruh upah ialah bentuk pradominan bagi kerja, istilah "upah" kadang-kadang merujuk semua bentuk (atau semua bentuk monetari) bagi pampasan pekerja.

23) KEMISKINAN - OLEH NORLIZAH MOHD YASSIN

KEMISKINAN


Kemiskinan adalah keadaan di mana terjadi ketidakmampuan untuk memenuhi kebutuhan dasar seperti makanan, pakaian, tempat berlindung, pendidikan, dan kesehatan. Kemiskinan dapat disebabkan oleh kelangkaan alat pemenuh kebutuhan dasar, ataupun sulitnya akses terhadap pendidikan dan pekerjaan. Kemiskinan merupakan masalah global. Sebagian orang memahami istilah ini secara subyektif dan komparatif, sementara yang lainnya melihatnya dari segi moral dan evaluatif, dan yang lainnya lagi memahaminya dari sudut ilmiah yang telah mapan, dan lain-lain.

Kemiskinan dipahami dalam berbagai cara. Pemahaman utamanya mencakup:

Gambaran kekurangan materi, yang biasanya mencakup kebutuhan pangan sehari-hari, sandang, perumahan, dan pelayanan kesehatan. Kemiskinan dalam arti ini dipahami sebagai situasi kelangkaan barang-barang dan pelayanan dasar.

Gambaran tentang kebutuhan sosial, termasuk keterkucilan sosial, ketergantungan, dan ketidakmampuan untuk berpartisipasi dalam masyarakat. Hal ini termasuk pendidikan dan informasi. Keterkucilan sosial biasanya dibedakan dari kemiskinan, karena hal ini mencakup masalah-masalah politik dan moral, dan tidak dibatasi pada bidang ekonomi. Gambaran kemiskinan jenis ini lebih mudah diatasi daripada dua gambaran yang lainnya.

Gambaran tentang kurangnya penghasilan dan kekayaan yang memadai. Makna "memadai" di sini sangat berbeda-beda melintasi bagian-bagian politik dan ekonomi di seluruh dunia. Gambaran tentang ini dapat diatasi dengan mencari objek penghasilan di luar profesi secara halal. Perkecualian apabila institusi tempatnya bekerja melarang.

Kemiskinan adalah keadaan di mana terjadi ketidakmampuan untuk memenuhi kebutuhan dasar seperti makanan, pakaian, tempat berlindung, pendidikan, dan kesehatan. Kemiskinan dapat disebabkan oleh kelangkaan alat pemenuh kebutuhan dasar, ataupun sulitnya akses terhadap pendidikan dan pekerjaan. Kemiskinan merupakan masalah global.

Sebagian orang memahami istilah ini secara subyektif dan komparatif, sementara yang lainnya melihatnya dari segi moral dan evaluatif, dan yang lainnya lagi memahaminya dari sudut ilmiah yang telah mapan, dan lain-lain.

22) KESEIMBANGAN PASARAN - OLEH NORLIZAH MOHD YASSIN

Mikroekonomi: Lebihan DD, Lebihan SS & Keseimbangan Pasaran.

Lebihan permintaan merujuk kepada keadaan di mana kuantiti yang diminta adalah melebihi kuantiti yang ditawar pada tingkat harga pasaran yang tertentu.

Lebihan penawaran merujuk kepada keadaan di mana kuantiti yang ditawar adalah melebihi kuantiti yang diminta pada tingkat harga pasaran yang tertentu.

Keseimbangan pasaran merujuk kepada keadaan di mana kuantiti yang diminta adalah sama dengan kuantiti yang ditawar pada tingkat harga pasaran yang tertentu.

Keseimbangan pasaran dicapai apabila keluk DD= keluk SS di titik E pada harga keseimbangan 0P0 dan kuantiti keseimbangan 0Q0

Pada tingkat harga yang lebih tinggi dari P0, contohnya P1, wujud lebihan penawaran sebesar AB. Harga akan turun menyebabkan penawaran berkurang dan permintaan bertambah. Proses ini berterusan sehingga pasaran mencapai keseimbangan di titik E pada harga keseimbangan 0P0 dan kuantiti keseimbangan 0Q0

Pada tingkat harga yang lebih rendah dari P0, contohnya P2, wujud lebihan permintaan sebesar MN. Harga akan meningkat menyebabkan penawaran bertambah dan permintaan berkurang. Proses ini berterusan sehingga pasaran mencapai keseimbangan di titik E pada harga keseimbangan 0P0 dan kuantiti keseimbangan 0Q0