Hubungan Joe dan Rose semakin mesra. Dalam hati mula ada taman yang berbunga
kembang, mekar dan subuh, mewangi dan segar baunya. Rose tidak dapat menolak kebaikan dan
keikhlasan yang ditunjukkan oleh Joe.
Lelaki itu pandai memujuk dan mendekati perasaannya. Selama ini hatinya diikat teguh agar tiada
perasaan atau jatuh hati dengan mana-mana lelaki, kerana dia tahu kehadiran
mereka di sisinya hanya kerana simpati, tidak lebih dari itu. Mungkin juga Joe
juga begitu. Rose juga menarik nafas
lega kerana Haikal dan Ain sudah berbaik semula. Kad undangan perkahwinan
mereka juga sudah berada di tangannya.
Dia hanya mampu mendoakan kebahagian mereka berdua. Jika ditakdirkan
hubungannya dengan Ain tidak akan baik sampai bila-bila, dia tidak akan meminta
lebih daripada Haikal. Sebagai sahabat,
dia hanya ingn melihat Haikal bahagia.
“Kita
dah berkawan, dua bulan lebih. Saya rasa
bahagia sangat,” luah Joe. Dia merenung wajah polos Rose. Biarpun mereka sudah mesra tetapi gadis di
hadapannya itu masih malu-malu. Masih menjaga adab sopan sebagai gadis Melayu
dan beragama Islam. Tidak mengambil
kesempatan terhadap dirinya.
“Terima
kasih kerana sudi berkawan dengan saya,” ucap Rose. Dia menunduk, tidak sanggup bertikam
pandangan dengan lelaki itu.
“Saya
yang sepatutnya ucapkan terima kasih.”
Joe menyengih.
“Tak
kisahlah!”
“Saya
dah bincang dengan Kak Maznah. Saya nak
meminang awak,” kata Joe serius.
“Meminang
saya? Awak biar betul? Janganlah serius
sangat.” Terlopong mulutnya. Terjojol
matanya. Kalau semua anggota itu tidak
melekat di tubuh sudah pasti bertaburan di tanah akibat terlalu terkejut.
“Betullah!
Janganlah terkejut sangat. Biasalah
kalau lelaki dan perempuan berkawan.
Akhirnya akan diusahakan sampai
ke jinjang pelamin pula,” jawab Joe.
Rose
menyandar di kerusi. Makanan yang terhidang terasa tidak enak lagi. Tidak tahu nak berkata apa? Memang dia terkejuta, terkesima entah Ter- apa lagi.
Adakah lelaki di hadapannya sedar apa yang dituturkan? Berkawan, mungkin mereka boleh, tetapi sampai berumahtangga,
dia bagaikan tidak yakin dengan kata-kata lelaki itu. Mahukah
Joe beristerikan gadis hitam
sepertinya?
“Awak
jangan main-main, ini libatkan maruah dan harga diri saya tau.” Rose kurang
yakin.
“Awak
tak yakin dengan saya?” soal Joe dengan pandangan penuh mengharap.
“Bukan
tak yakin, tapi…” Apa yang harus dia katakan?
Benarkah? Inikah takdir untuknya?
Adakah Joe memang jodohnya? Seram sejuk
memikirkan perjalanan rumah tangganya nanti. Mahukan Joe menerima dirinya,
seadanya.
“Rose,
kita sama-sama bina mahligai bahagia kita ya?” Joe memandang tepat ke dalam
anak mata Rose yang keperangan itu.
Pandangan mereka bersatu.
Bergetar
jantung Rose. Adakah dia bermimpi?
Lelaki sekacak Joe nak mengambilnya sebagai isteri? Ya ALLAH, jangan Kau uji diri hambaMu ini
dengan ujian yang tidak mampu dihadapi, doa Rose di dalam hati. Bibirnya bergetar, menahan sebak di
hati.
“Rose?
Awak okey ke?” Joe berkerut dahi memandang wajah pucat Rose. Takkan sampai begitu sekali reaksi gadis itu
bila diajak berkahwin. Memang terujalah
itu.
“Sss…
say… saya okey.” Tergagap-gagap dia menuturkannya. Apa yang harus dia lakukan, menangis, ketawa
atau menjerit? Mengelabah
perasaannya. Tidak tahu harus berbuat
apa. Layakkah dia yang hitam dan tidak
cantik itu bergandingan dengan Joe yang kacak, kulit kuning langsat dan bergaya
orangnya. Rasa tidak sesuai sahaja. Terasa diri ini kerdil ketika berada di
samping lelaki itu.
“Hujung
minggu ini saya suruh Kak Maznah pi meminang awak. Kita pergi beli cincin dulu,” kata Joe
perlahan.
“Hah?
Cepatnya?” sekali lagi jantungnya
bergetar laju.
“Lagi
cepat, lagi bagus. Tak sabar nak jadi
suami awak,” luah Joe bahagia.
“Hah?”
Rasa jantungnya sudah luruh ke kaki.
Lelaki ini benar-benar menerujakan. Tindakannya agresif semuanya. Boleh pitam kalau asyik teruja dan terkejut.
“Ikut
suka awaklah, nanti saya bagi tahu keluarga saya. Tidaklah mereka terkejut melihat Kak Maznah
datang.” Rose mengeluh berat. Seronok ada bimbang pun ada.
“Terima
kasih sayang,” kata Joe sambil melakarkan senyuman nipis buat Rose yang bakal menjadi teman
hidupnya.
***
“Hah?
Apa? Biar betul? Tak sangka? Aku memang tak sangka? Tak percaya?” kata Zaiton apabila disampaikan berita oleh Rose
yang Joe nak meminangnya.
“Kau
jangan main-main soal nikah kahwin ni Rose, betul ke? Dia tak tipukan?” soal
Zaiton lagi. Dia pula cemas
mendengarnya. Betulkah lelaki itu
benar-benar cinta dengan sahabatnya itu. Lelaki itu terlalu kacak untuk Rose.
Rose
terdiam seketika. Bukan mudah untuk
menilai hati manusia. Tidak mungkin Joe
akan menipunya dalam soal nikah kahwin.
Apatah lagi melibatkan kedua-dua belah keluarga, yang akan meminang pula
adalah majikannya, kakak Joe, Kak Maznah.
Orang yang amat dikenali dan baik budi pekerti. Bolehkah dia tidak percaya?
“Rose!”
Zaiton menolak tubuh Rose yang termenung jauh. Risau memikirkan hal tersebut. Kalaulah
lelaki itu ikhlas tidak mengapa.
Bagaimana jika sebaliknya.
“Kau
tak suka aku kahwin ke Ton?” Rose
memandang wajah Zaiton, sahabat dunia dan akhirat.
“Mana
boleh tak suka. Tentulah aku suka, tapi…”
Zaiton mengeluh. Lelaki itu
terlalu kacak untuk sahabatnya itu.
Benarkah lelaki itu benar-benar suka dengan Rose yang hitam metalik
itu. Cabulnya mulut dia. Kalau Rose dengar bisik hati kecilnya,
tentulah bertambah kecil hati sahabatnya
itu.
“Apa
tapinya Ton? Kau tak percaya ada lelaki kacak suka dengan aku?” Rose mengeluh.
“Rose,
kau taukan, aku sayang sangat dengan kau.
Kau dah macam adik aku sendiri tau.
Walaupun hakikatnya kita sebaya.
Aku tak nak tengok kau kecewa!” ujar Zaiton. Itulah yang ada di dalam
hatinya. Semoga kebimbangannya tidak
berasas. Hanya mainan perasaan yang tidak akan mengubah apa-apa. Apa yang diharapkan agar sahabatnya itu
benar-benar berjumpa dengan kebahagiaan.
“Kau
doakan kebahagian aku ya Ton? Bukan hanya lima waktu tau, tapi setiap masa,
boleh tak?” Rose memeluk Zaiton
erat. Sayu dan pilu perasaannya. Kalaulah benar Joe adalah jodohnya, dia akan
terima dengan hati yang terbuka. Biarlah
keadaan dan masa yang menentukan kehidupan rumah tangganya sampai ke mana. Bukan mendoakan yang tidak baik, tetapi
sediakan payung sebelum hujan.
“Sudah
semestinya Rose, kau pun doakanlah untuk aku, supaya cepat dapat jodoh,” Zaiton menyengih.
“Kau
pun gatal nak kahwin?” usik Rose.
“Kau
ingat, kau sorang saja nak berlaki? Aku tak payah?” sergah Zaiton.
“Gatal
juga sahabat aku ni ya.” Rose mengenyit mata.
“Ala…
biasalah kan…” Zaiton menyengih.
“Semoga
kebahagian milik kita bersama, aamin…” doa mereka serentak.