Cari Blog Ini

Jika Anda Memerlukan Resit Pengecualian Cukai Untuk Setiap Sumbangan Anda Ke MAAHAD AZ ZEIN AL MAKKI (PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK YATIM TAHFIZ) Terus Berhubung Dengan Ustaz Shahari - 013 339 3112

Sabtu, 17 Jun 2023

MENGIKTIRAF KEKUATAN DAN KELEMAHAN ANDA- ASMAH HASHIM (17HB JUN 2023)


 


"Mengiktiraf kekuatan anda" bermaksud memahami dan mengenal pasti bidang di mana anda mempunyai kelebihan semula jadi, bakat atau kemahiran yang kuat. Ini mungkin termasuk kemahiran komunikasi yang baik, kepimpinan yang berkesan, kreativiti, ketekunan atau kebolehan dalam bidang tertentu. Mengetahui kekuatan anda membantu anda memanfaatkan potensi terbaik anda dan menggunakannya sebagai asas untuk mencapai matlamat dan kejayaan anda.

Sementara itu, "mengiktiraf kelemahan anda" melibatkan mengenal pasti kawasan di mana anda mungkin mempunyai batasan atau kelemahan. Ini mungkin kemahiran yang memerlukan penambahbaikan, sikap atau tabiat yang menghalang anda daripada kemajuan, atau ketidakupayaan untuk mengatasi halangan tertentu. Menyedari kelemahan anda adalah langkah penting ke arah memahami di mana anda perlu memberi tumpuan kepada pertumbuhan dan pembangunan peribadi.

Dengan menemui kekuatan dan kelemahan anda, anda boleh menggunakan maklumat ini untuk mereka bentuk pelan tindakan yang berkesan. Anda boleh memanfaatkan kekuatan anda untuk mencapai matlamat anda, sementara pada masa yang sama, berusaha memperbaiki kelemahan anda melalui pembelajaran dan pembangunan diri. Proses ini membolehkan anda berkembang dan berkembang secara peribadi, meningkatkan prestasi anda dan mencapai tahap kecemerlangan yang lebih tinggi.

Menyedari kekuatan dan kelemahan anda adalah asas untuk pembangunan diri yang berterusan dan membantu anda memaksimumkan potensi anda. Ini membolehkan anda mengarahkan tenaga dan usaha anda dengan lebih berkesan ke arah mencapai matlamat peribadi dan profesional dengan lebih baik.

TIPS MENULIS CERPEN- ASMAH HASHIM (17HB JUN 2023)


 


Tentukan konsep cerita: Mulakan dengan membangunkan idea cerita yang menarik. Fikirkan tentang konflik, watak dan jalan cerita yang ingin anda ceritakan. Buat rangka cerita untuk memberi panduan semasa anda menulis.

Ketahui watak anda: Watak yang kuat dan terperinci adalah kunci dalam cerpen. Kenali personaliti, latar belakang dan motivasi setiap watak. Fikirkan tentang bagaimana watak-watak ini akan berinteraksi antara satu sama lain dan bagaimana mereka akan berkembang semasa cerita berlangsung.

Buat permulaan yang menarik: Mulakan cerita dengan baris pembukaan yang menarik untuk menarik perhatian pembaca. Wujudkan suasana atau konflik yang menimbulkan rasa ingin tahu pembaca, supaya mereka mahu terus membaca.

Kembangkan konflik: Cerpen yang menarik biasanya mempunyai konflik yang kuat. Fikirkan tentang jenis konflik yang ingin anda terokai, sama ada konflik dalaman dalam watak atau konflik luaran dengan watak atau situasi lain. Konflik yang menarik akan membuatkan pembaca terlibat dalam cerita.

Pilih sudut pandangan yang betul: Tentukan sudut pandangan yang anda akan gunakan dalam cerita anda, sama ada orang pertama (naratif menggunakan "Saya") atau orang ketiga (naratif menggunakan "dia" atau "mereka"). Pilih sudut pandangan yang paling sesuai dengan cerita yang ingin anda sampaikan.

Gunakan perihalan yang berkesan: Gunakan perihalan visual yang kaya untuk menerangkan tempat, watak dan suasana. Ini akan membantu pembaca memvisualisasikan dunia cerita anda dan berhubung dengannya.

Kekalkan jalan cerita yang konsisten: Pastikan jalan cerita anda mempunyai aliran yang baik dan konsisten. Buat peralihan yang lancar antara adegan dan peristiwa, dan pastikan tiada peristiwa yang bercanggah atau mengelirukan dalam cerita.

Cipta pengakhiran yang memuaskan: Berikan cerita anda pengakhiran yang memuaskan. Ia boleh menjadi penyelesaian masalah atau konflik, kelainan yang mengejutkan, atau kesimpulan yang memberikan pembaca pengajaran atau pandangan.

Semak dan edit: Selepas menulis cerita, luangkan sedikit masa untuk menyemak dan mengeditnya. Semak tatabahasa, ejaan dan kesalahan lain. Perbaiki juga jalan cerita dan watak jika perlu. Semakan adalah bahagian penting dalam proses penulisan yang membantu meningkatkan kualiti cerita anda.

Minta maklum balas: Setelah anda berpuas hati dengan cerita anda, minta maklum balas daripada orang lain, seperti rakan, keluarga atau pengarang bersama. Pendapat dan cadangan mereka boleh membantu anda melihat potensi penambahbaikan dalam cerita anda.

Semoga petua ini membantu! Ingatlah bahawa menulis cerpen adalah proses kreatif yang memerlukan masa dan latihan. Teruskan menulis dan meneroka idea baharu untuk meningkatkan kemahiran menulis anda. Selamat menulis!

Rabu, 30 September 2020

BUKU TERBAHARU-LEGASI EMAK

 

kredit gambar: grup Cucur Udang Rangup

Dia datang dengan lenggang-lenggoknya, dia datang dengan senyum simpulnya…

Hati kami berbahagia riang, terlihat kulit buku yang sekian lama kami nanti-nantikan. Terlihat wajah yang sering mengamit dalam mimpi kami, bagaikan pertama kali bertemu kekasih hati. Hati terpaut sayang. Jiwa bernyanyi riang. Berlagu, berdendang.

Satu persatu kulit buku tulisan 324 orang penulis diperlihatkan. Semakin kembang hati kami. Seperti mana kembangnya bunga di taman. Segar dan menyenangkan hati yang memandang.

Iklan mula bertaburan di media social. Ya, kami benar-benar bahagia seperti mendapat segunung emas, ia bercahaya di mata kami. Ditambah dengan kehadiran chef jemputan yang turut sudi menghulurkan resipi dan kisah kehidupan mereka bersama emak masing-masing.

Puan Sri Diah turut menyumbang resepi air tangan emaknya yang istimewa, bagaimana hati tidak tertawan?

Buku yang sarat dengan resipi, dengan cerita suka dan duka kami.

Sudi-sudikanlah mendapatkan karya yang hebat ini.

Bukan satu, tidak juga dua, tetapi kelahiran lapan buah buku kisah hidup kami dan emak yang pasti mengamit kenangan dan bakal dikenang sehingga akhir hayat kami.

Boleh dijadikan hadiah perkahwinan, hari lahir dan juga sebagai cenderhati kepada teman, sahabat dan adik-beradik.

Berminat? Boleh whataspp penulis yang terlibat!

#Ikanbakarairasam

#Cekmekmoleksokmo

#ikanceluptepung

#nasilemaksambalbilis

#cucurudangrangup

#Kariayamcinta

#kurmaayampujaan

#pengatlabukasihsayang

Ahad, 13 September 2020

ILMU RUMAH TANGGA


 

Saya: Biasa tolong emak di dapur?

Pelajar: (menggeleng laju)

Saya: Kenapa?

Pelajar: Emak tak bagi.

Saya hanya mampu tersenyum. Itulah yang berlaku setiap kali dua orang pelajar ditugaskan membantu saya di dapur. 90 peratus pelajar perempuan yang belajar di maahad kami jarang membantu di dapur. Kebanyakkan jawapan yang saya terima adalah emak tidak benarkan. Bukan nak kata anak orang, anak sendiri pun sama. Kadangkala kita nak cepat sahaja. Kalau minta anak membantu, selalunya kerja mereka lambat dan membuat kerja-kerja kita tertangguh.  Apatah lagi otak kita yang sedang mengatur kerja satu persatu hendak diselesaikan berasa terganggu dengan pertanyaan “Lepas ini nak buat apa mak?” “Sayur ni nak potong macam mana?” memang rasa rimas dan tidak selesa nak buat kerja.

Ilmu mendidik anak-anak perempuan cekap di dapur bukan kerja mudah, kan? Saya masih ingat lagi bagaimana emak, nenek, arwah nenek dan emak-emak saudara mengajar saya memasak. Arwah nenek Zainab akan sediakan bahan masakan yang ingin dimasak. Diatur di tepi dapur minyak tanah. Saya yang masih lagi budak, mungkin sekitar umur lapan ke Sembilan tahun. Ingat-ingat lupa. Saya akan disuruh menumis masakan tersebut dan tunggu sehingga masak, diajar merasa makanan, masin dan manisnya. Allah! Sabar sungguh nenek dan emak mengajar saya memasak, biasanya diselit dengan kemarahan kerana tersalah potong atau terlambat menyudahkan kerja yang diberi.

Umur sepuluh tahun, saya sudah mampu memasak untuk keluarga kerana emak ketika itu sudah mula berniaga di kaki lima kedai  dobi di Jalan Bangsar. Kerja rumah yang tidak pernah berhenti. Tanggungjawab menyediakan makanan untuk keluarga biarpun usia yang masih mentah.  Kadang-kadang terasa berada di sekolah lebih menyeronokkan kerana tidak perlu buat semua kerja. Penat, letih dan terasa tiada masa berehat. Kalau balik kampung pula, jangan haraplah boleh duduk goyang kaki. Ambil air di perigi, bantu menyapu sampah di laman rumah nenek sebelah emak. Pendek kata, ada sahaja kerja yang perlu dilakukan.

Salahkah didikan mereka? Setelah meningkat dewasa, sudah berumah tangga. meningkat dewasa, sudah berumah tangga. Berkat tunjuk ajar mereka, saya semakin cekap melakukan kerja-kerja rumah, akal berjalan sesuai dengan situasi keadaan ditambah apabila sudah mempunyai anak. Umur 19 tahun, saya sudah mendudukan anak sulong, bukan mudah untuk saya mengawal diri sendiri sesuai dengan keadaan baru yang dilalui. Ada anak, kena sediakan makan minum untuk suami. Apabila anak buat perangai, mulalah menggelabah, mana nak masak, nak basuh baju, nak mengemas rumah. Semuanya dilalui dengan tabah dan sabar.  Semakin hari, semakin cekap. Semuanya berkat ajaran emak dan ahli keluarga yang lain.

Berbeza anak-anak  hari ini, umur 17 tahun masih belum mampu menanak nasi. Bukan nak cerita anak orang lain, anak sendiri pun begitu. Saya tidak sesabar emak, nenek dan arwah nenek  ketika mendidik saya dahulu. Sehingga saya terlupa, anak gadis perlu tahu perkara asas di dapur seperti memasak nasi, cara menggunakan pisau. Sekurang-kurangnya tahulah menggoreng telur. Hebat seorang emak zaman ini yang mampu mengajar anaknya memasak. Syabas diucapkan!

Sejak minggu lepas, pelajar-pelajar perempuan di maahad kami mula diajar membantu di dapur. Biarpun mereka kekok, kenalah juga mengajar mereka. Agar mereka tidaklah ‘buta’ perkara asas di dapur. Satu hari mereka akan dewasa juga. Mereka akan duduk dengan orang lain. Mereka akan duduk sendiri. Mereka akan berumah tangga, ada keluarga mertua, ada suami dan akan ada anak-anak. Bagaimana mereka hendak hadapi kehidupan ini tanpa dibekalkan ilmu rumah tangga? Biarpun zaman ini segalanya boleh dipelajari melalui internet, namun asas ilmu rumah tangga wajib dibekalkan kepada anak-anak perempuan kita, supaya mereka biasa dan tidak kekok melakukannya satu hari nanti.

Hari ini, kami bercerita tentang emak kami. Satu hari nanti, anak cucu akan bercerita tentang kami  pula. Itulah yang kami lakukan sehingga lahirnya  buku LEGASI EMAK. Cerita yang tertulis akan menjadi kenangan terindah dan sudah tentulah kami ingin ia dibaca oleh keturunan kami nanti.

#ikanbakarairasam

#Ikanceluptepung

#Kariayamcinta

#Kurmadagingpujaan

#Nasilemaksambalbilis

#Cekmekmoleksokmo

#cucurudangrangup

#pengatlabukasihsayang