ALAF 21
MISYA DARLINA ( SITI ROZILAH)
Menarik,
tidak jemu membacanya. Tidak rugi
membelinya dan tidak menyesal disimpan menjadi koleksi peribadi. Siti Rozilah penulis tidak glamour,namun baik
dan berkhemah tinggi. Tidak sombong dan sentiasa ceria. Ini satu lagi karyanya yang sudah saya
khatamkan. Alahai! Menangis dihujung
cerita.
Elyana
gadis cantik, manis membesar menjadi wanita dambaan lelaki termasuk bapa
tirinya. Ibu kandungnya amat membenci
dirinya. Hidup penuh kedukaan. Sengsara dan keperitan. Orang yang disayangi
dan menyayanginya satu persatu meninggalkannya. Mula-mula
ayah dan abang kandungnya tempat dia bermanja dan bermesra.
Ibunya
Maimunah bukanlah seorang ibu yang baik, melayan Elyana seperti anak tiri
sedangkan anak gadis itu adalah anak
kandungnya sendiri. Hampir sahaja masa
depannya hancur di tangan ibunya sendiri, namun kehancuran berlaku juga apabila ayah tirinya sggup
menculiknya, merogol sehingga dia mengandung. Maimunah telah ditemui mati ditepi laut. Kenapa sampai dia menemui ajal? Dapatkah dia berjumpa kembali anak kandungnya
yang dilarikan oleh suaminya? Elyana dibawa ke bandar dan dijadikan perempuan
GRO. Murad lelaki yang telah membawanya
keluar dari lembah hina itu. Lelaki yang
sanggup mengahwininya kerana cinta.
Mampukah dia hidup berbahagia dengan Murad? Kenapa dia meninggalkan Murad? Murad ditahan dalam penjara. Kenapa dia di penjara?
Setelah
melalui pelbagai keperitan,
kesengsaraan, kekecewaan mampukah Elyana mengecapi nikmat bahagia dan
hidupnya. Bersama Murad dia hidup
bagaikan terkurung dalam sangkar emas. Kehadiran Ikhsan memberi sinar cinta
dalam hidupnya walaupun bergelar isteri orang.
Kenapa dia jatuh hati pada Ikhsan?
Apakah cinta Elyana dan Ikhsan berakhir dengan perkahwinan? Siapa Tan Sri Khalid? Siapa Nur Amira dalam hidup Elyana? Siapa Natasha dalam hidup Ikhsan? Kenapa Natasya marah dan mencemburui Elyana?
Siapa pula Nazri dalam hidup Nur Amira?
Kehadiran seorang lelaki tua yang busuk dan miskin bagaikan menyingkap
kembali peristiwa hitam dalam hidup Elyana.
Kebetulan Nur Amira sangat menyayangi lelaki tersebut tetapi ditentang
oleh Elyana. Kenapa Elyana menentangnya?
Membuat pembaca tertanya-tanyakan.
Bacalah CINTA UNTUK ELYANA….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan