Cari Blog Ini

Jika Anda Memerlukan Resit Pengecualian Cukai Untuk Setiap Sumbangan Anda Ke MAAHAD AZ ZEIN AL MAKKI (PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK YATIM TAHFIZ) Terus Berhubung Dengan Ustaz Shahari - 013 339 3112

Jumaat, 20 November 2015

ULASAN CINTA TAK PERNAH USAI - karya Juriah Ishak

CINTA TAK PERNAH USAI.
Juriah Binti Ishak
ALAF 21
741 muka surat
RM29.00

Selesai membaca karya ini. Melihat tajuknya membuat hati saya berdetik, alahai, kisah cinta juga ke? Itulah yang ada dalam fikiran, saya ni memilih sedikit dalam membeli buku, hanya karya kawan-kawan sahaja yang saya tak pernah persoalkan terutama sudah tahu gaya penulisan kawan-kawan yang ingin buku mereka saya miliki. Kalau karya pertama yang baru saya cuba baca dan beli, macam-macam rasa ada di hati.

Selak bab pertama, alahai, hero bertemu heroin dalam kedai. Tak apa, teruskan bacaan. Masih boleh hadam, masih boleh baca helaian demi helaian, konflik dan jalan cerita semakin mendebarkan, semakin hebat, semakin menurjakan. Bukan kisah cinta sahaja, tetapi ada nilai di dalamnya. Kisah pengorbanan seorang lelaki demi menjaga maruah seorang wanita yang bukan beragama Islam. Pengorbanan seorang suami sanggup jadi pak sanggup demi membawa kebaikan kepada isteri yang baru dikahwini.

Pengorbanan seorang isteri terhadap suaminya yang terlantar sakit. Kecekalan seorang wanita menjaga dan memelihara maruah dirinya. Karya yang baik, ada isi, ada cerita, ada pengajaran yang ingin disampaikan.

Dayana, Akif, Ikhwan, Azmir, Zaim, Aiman, watak-watak yang menggerakan cerita sehingga ke penghujungnya. Kebaikan dan ketakwaan Akif telah menarik hati mertuanya untuk mendekati Islam. Alangkah indahnya hidup beriman dan bertakwa. Karya yang saya rekomen untuk dijadikan sebagai bahan bacaan. Sehingga penamat, ada sendu di hati, ada senyuman terlakar. Tahniah Puan Juriah Binti Ishak. Karya yang bagus dan menarik.

Sinopsis
Merah padam muka Dayana bila dia dimalukan oleh seorang pemuda di khalayak. Terbantut hasratnya untuk memasarkan kerepek buatannya di Pasar Mini Akif. Namun hatinya sejuk semula lalu pasar mini itu dikunjungi sekali lagi.

Alangkah terkejutnya dia, pemuda yang memalukannya tempoh hari adalah pengurus pasar mini itu. Apa lagi, amarah datang berapi lalu melampiaskan ke arah pemuda tersebut.

Ah, Akif hanya senyum sahaja. Entah kenapa ada keistimewaan pada gadis itu. Dia mula suka pada Dayana.
Akif baik. Dayana pula tergoda. Tapi, bagaimana dengan Ikhwan? Mereka sudah berkawan sejak kecil. Dia buntu bila Ikhwan datang melamar. Malangnya, ibu Ikhwan tidak sukakannya. Dia hanyalah pembuat kerepek berkelulusan SPM!

Akif dan Dayana ditunangkan. Belum sempat bernikah, Akif tiba-tiba menghilang. Puas dicari, Akif tidak ditemui. Ke mana dia menghilang? Dayana terus menanti. Ikhwan yang masih mengharap, kembali menagih cinta.

Yana sayang, aku telah memilihmu menjadi pendamping hidupku kerana kaulah cinta pertama dan terakhirku. Akan kujagamu dengan cintaku kerana dirimu separuh jiwaku. Percayalah sayang, tidak ada yang akan memisahkan kita,kecuali TUHAN. – Akif

2 ulasan:

  1. Terima kasih atas komentar juga kerana kesudian membaca karya saya.

    BalasPadam
  2. اولسن يڠ بايق دان اد ڤرساماءن.

    BalasPadam