Cari Blog Ini

Jika Anda Memerlukan Resit Pengecualian Cukai Untuk Setiap Sumbangan Anda Ke MAAHAD AZ ZEIN AL MAKKI (PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK YATIM TAHFIZ) Terus Berhubung Dengan Ustaz Shahari - 013 339 3112

Ahad, 15 Jun 2014

ULASAN DIA HANYA UNTUKKU- ROZITA ABD. WAHAB.

DIA  HANYA UNTUKKU
Rozita  Abd.  Wahab
2013
ALAF 21
Ms 581
RM23.00

                Alissa seorang gadis malang yang amat dibenci oleh ibu dan kakak-kakaknya.  Hanya ayah dan kakak kedua menyayangi dan menerima dirinya seadanya.  Seorang gadis yang cantik, manis dan bijak.  Mencintai sahabat yang dikenali sejak kecil.  Mereka sekampung, Ilham namanya.  Hubungannya dengan Ilham tidak direstui oleh ibunya.  Alissa menjadi mangsa kemarahan ibunya sehingga dia sendiri tertanya-tanya kenapa ibu memilih kasih antara dia dan kakak-kakaknya, sedangkan dia adalah anak bongsu.  Bukankah anak bongsu seorang yang manja?  Namun tidak bgai diri Alissa sehingga dia membawa diri bekerja di Kuala Lumpur.
                Syed  Hadif majikan Alissa yang kacak, sudah berumah tangga.  Namun rumah tangganya tidak bahagia lantaran pilihan orang tua.  Seorang anak yang taat dan setia kepada isterinya sahaja.  Namun kehadiran Alissa sebagai isteri mengubah segalanya.  Dalam diam dia menyimpan perasaan terhadap pekerjanya sendiri.  Keayuan dan kelembutan serta sikap ketimuran Alissa yang masih menjaga adab sopan sebagai seorang wanita menambat hatinya.  Dalam dia dia menongkak  arus,  sedangkan adiknya Syed Akil juga mencintai Alissa, tetapi tidak berbalas kerana gadis itu lebih mencintai Ilham, kekasihnya sejak di bangku sekolah.
                Jodoh itu hak ALLAH, atas satu kejadian menyebabkan  Alissah  tidak boleh beralasan untuk menolak majikannya itu.  Dia akur kehendak ayahnya dan akur kehendak takdir.  Terpaksa melupakan kekasih hati demi rasa tanggungjawab sebagai seorang isteri.  Alissah terpaksa merahsiakan perkahwinanya dengan Syed Hadif demi menjaga hati isteri tua   suaminya.  Menerima  apa yang berlaku sebagai takdir hidup dan ketentuan ILAHI.  Cuba menerima kehadiran majikan aka suami demi orang tuanya. 

                Bangkai nyamuk mungkin boleh ditutup tetapi bangkai gajah lama kelamaann berbau jua.  Rahsia terbongkar, agak sukar Syed Akil untuk menerimanya.  Dia mengambil keputusan  untuk  menyambung pelajaran dan melupakan Alissah yang sudah pun menjadi kakak iparnya. 
                Kerana dendam yang bersarang di dada, Sharifah Kalsom sangguh membalas dendam.  Dia langgar lari  bekas menantunya.  Koma dan akhirnya menghembuskan nafas terakhir.  3 tahun Alissah menyulam duka dan bangkit dengan bantuan keluarga Syed Hadif dan Zakuan, sepupu Syd Hadif.        Masa berlalu Syed Akil kembali untuk merebut kasih Alissah setelah mengetahui Alissan kini bersendirian. 

                Mampukah Syed Akil merebut cinta Alissah dari abangnya?  Kenapa Zakuan hadir dalam hidup Alissah?  Apa yang terjadi dengan Syed Hadif?  Siapa yang Sharifah Kalsom langgar?  Mampukah Alissah menerika kehadiran Syed Akil dan Zakuan sedangkan dalam hatinya masih ada cinta Syed Hadif?  Kalau hendak tahu, kenalah beli ya. 

Karya menarik, buat hati tertarik.  Dua malam sahaja saya membacanya.  Mengalir juga air mata ini.  Gaya bahasa  BM, plot lancar sesekali ada imbas semula.  Jalan cerita yang menarik. 


ULASAN PANDORA BUAT INSYIRAH- ANIS AYUNI.









Pandora Buat Insyirah ( ISBN  978983124950-5)
Anis Ayuni
2014
Alaf 21
Ms 603

                Penulis yang mempunyai barisan peminat dan pembacanya tersendiri.  Siapa yang tidak kenal Anis Ayuni sudah menghasilkan 11 buah novel bersama Alaf 21. Ini Novel ke 12 beliau. 

Insyirah Hayati terpaksa berkorban masa dan waktu demi menjaga ayahnya yang sakit kanser.  Terpaksa berulang alik dari rumah ke hospital dan ke sekolah.  Pada masa yang sama dia bakal menduduki SPM.  Memerlukan waktu untuk mengulangkaji pelajaran dan ke sekolah.  Kerana simpati seorang anak  dia sanggup ponteng sekolah.   
Dari kejauhan sinar mata Insyirah dan kelembutan wajahnya telah mengamit  Dr. Mirza untuk mendekati gadis ini.   Kebetulan Dr. Mirza adalah doktor di hospital tersebut dan pernah merawat ayah Insyirah.  Dr. Mirza simpati dengan keadaan   Insyirah.  Memberi tusyen kepada gadis itu agar boleh lulus cemerlang dalam peperiksaan SPMnya nanti.
Dalam kerisauan yang melanda di jiwa, Insyirah diuji lagi, begitu juga ayahnya.  Ibunya beralih kasih kepada lelaki muda.  Hubungan yang sudah terjalin begitu lama akhirnya roboh ditengah jalan.  Insyirah tidak mampu berbuat apa-apa untuk memujuk ibunya agar tidak meninggalkan ayah yang sedang sakit tenat.  Kejamnya seorang isteri meninggalkan suaminya ketika dalam keadaan sakit dan tidak mampu diselamatkan lagi.
Berbagai dugaan terpaksa dihadapi oleh gadis ini, demi kelangsungan hidup, kehilangan ibu yang mencintai lelaki lain, menunggu saat-saat kematian ayahnya yang semakin nazak.  Terpaksa bergelut dengan peperiksaan SPM penentu masa depan.

Dalam hati dia berjanji tidak akan jatuh cinta selagi tidak menghabiskan pelajarannya.  Walaupun di hati sudah  menitis titik-titik sayang kepada Dr.Mirza yang telah banyak membantunya.  Namun perasaan itu tidak terucap dengan kata-kata.  Akhirnya membeku di hati. 
Bahagiakah ibu Insyirah setelah berkahwin muda?  Bagaimana keadaan ayahnya, adakah akan pulih?  Bagaimana gadis ini meneruskan hidup tanpa bimbingan dan kasih sayang kedua orang tuanya?  Adakah cintanya  pada Dr. Mirza akan bersambung dan membawa bahagia?

Kalau hendak tahu, dapatkanlah karya ini.

Kisah keluarga yang menyayat hati.  Kisah pengorbanan seorang anak dan rasa kejam seorang isteri yang mementingkan diri sendiri demi kebahagian yang belum pasti.  Ada kisah cinta yang manis manja.  Ada rasa suka, duka dan gembira bercampur baur dalam karya ini.  Cemburu dan iri hati turut terselit di dalamnya kerana itulah sikap manusia yang busuk hatinya.  Inilah sikap seorang anak yang sepatutnya menjadi contoh tauladan yang baik.

Gaya bahasa mudah difahami.  Plot  cerita yang lancar.  Latar tempat banyak di hospital namun tetap menarik. 

Khamis, 5 Jun 2014

WAJAH-WAJAH MEREKA YANG BERBAKTI KEPADAKU DALAM DUNIA PENULISAN

Che Tuan Ana Balqis-  Seorang Novelis.  Orang yang telah mencantikkan karya AKU TURUT BAHAGIA sehingga nampak hidup dan dekat dengan pembaca.  Terima kasih sifu.  Jasa sifu tak pernahku lupa.



       Monalita Mansor-  Seorang Penulis, Novelis dan juga mengajar membina BLOG DAN MENULIS  secara online.  Telah mengajar saya membina blog dan mencantikkan lagi blog ini.  Terima kasih Cikgu.     



Sifu Azmah Nordin, seorang penulis yang pernah memenangi Sea Award.  Tidak pernah menyangka akan berguru dengan beliau.  Sentuhan beliau membuatkan aku boleh menulis karya berat.  Tunjukajar sifu akanku kenang sehingga ke syurga.  Terima kasih Sifu.

WAJAH-WAJAH MEREKA YANG BERBAKTI KEPADAKU DALAM DUNIA PENULISAN.


                             RUSMAN NORDIN-  orang pertama  yang mengenali bakat saya.


                                                      
Wahba atau Dr. Wan Hamzah -  Bekas  Editor Utusan Karya. -  Sifu pertama saya dalam dunia penulisan.  Beliaulah yang telah menawarkan saya belajar menulis cerpen secara pos.  Sejak itu baharulah karya saya diterima setelah mengetahui caranya.    Terima kasih Sifu.





























Selasa, 3 Jun 2014

CINTA DI BLUE MOUNTAINS- Puteri Andalas










Cinta di Blue Mountains( ISBN978983-124937-6
Puteri  Andalas
Alaf 21 (2014)

Fahmi Sazly dicintai dalam diam.  Namun dia hanya seorang wanita yang sudah terdidik dengan adab dan sopan.  Tidak mungkin dia memulakan langkahnya dahulu.  Akhirnya dia memilih Dani yang terlebih dahulu mengapai cintanya.   Namun hubungannya  dengan Dani ditentang hebat oleh kedua orangtuanya.  Dia dihalau keluar dan tidak dibenarkan kembali ke rumah.  Awadilia akur namun rasa rindu yang mendalam tidak mampu ditahan.  Hanya surat dititipkan tetapi tidak berbalas.
Surat daripada Fahmi Sazly membuatkan hatinya tidak keruan.  Air mata kecewa mengalir tanpa dipinta.  Hatinya tergerak dengan rasa rindu yang teramat sangat terhadap kedua orangtuanya.  Rupanya mereka telah pergi meninggalkannya.  Dengan perasaan rasa bersalah yang menebal di hati, Awadilia akhirnya pulang ke tanah air bagi menyelesaikan peninggalan arwah kedua orangtuanya.  Pertemuan kembali mengimbas kenangan lama yang masih mengusik jiwa.

Dalam hati teringatkan Fahmi Sazly, kehadiran Syammil Boyce mengundang perasaan aneh di hatinya.  Lelaki itu mempunyai senyuman dan menyukai bauan yang sama  dengan Dani.  Ah, kehalusan hati membuatkan rasa cinta kepada arwah suaminya tidak pernah padam.  Lelaki itu benar-benar mengingatkan dia kepad arwah suaminya.  Awadilia tidak mahu terlalu tergesa-gesa.  Harapan keluarga  Fahmy Sazly dan keluarganya juga perlu diambil kira.  Kenangan lama menjerha tidak berhenti-henti.  Setiap langkahnya ketika dikampung halaman mengundang duka di hati.
Cuba mendekati kembali Fahmi Sazly  tetapi tetap tidak kesampaian  Mungkin bukan jodoh mereka.  Maka perpisahan terjadi juga.  Lamaran Syammil Boyce dan keluarganya tidak juga ada jawapan.  Memberi ruang dan waktu untuk dia berfikir dan membuka pintu hati yang tertutup sekian lama. Kenapa Famy  Sazly memungkiri janji sedangkan dia juga menyintai Awadilia.  Mampukah cinta Syammil Boyce diterima Awadilia?  Apa yang ditinggalkan oleh kedua orangtua Awadilia untuk dirinya?  Mampukah dia melupaka kenangan lama dan kembali ke Australia?  Semuanya akan terjawab di dalam novel ini.

Puteri Andalas, mengenali karyanya terlebih dahulu, baru orangnya.   Karyanya berada di dada akhbar dan majalah, ketika itu sama-sama mencuri perhatian juri di akhbar dan majalah keluaran Utusan.  Kagum dengan pencapaian beliau apabila memenangi HADIAH SASTERA  lewat cerpen-cerpennya yang singgah menjadi santapan mata.  Pernah terfikir, hebatnya beliau menulis.  Mampukah aku menjadi seperti dirinya?  

Membaca karya beliau membuat hati terbuai sama, lembut selembut orangnya.  Menggunakan POV 1 penulis menyampaikannya dengan baik dan tidak terasa  menghabiskan satu buku.  Negara Australia digambarkan dengan baiknya membuatkan  fikiran turut membayangkan tempat-tempat yang menjadi pilihan penulis untuk dijadikan latar tempat di dalam karya ini.  Banyak imbas semula namun masih boleh memahami susunan ceritanya.  Kepada yang berminat kisah keluarga dan cinta, bolehlah mendapatkan karya ini. 

ULASAN KAPSUL NURANI




‘Anakku, andai kamu tidak mampu menjadi seperti sunga nadi kehidupan, cukuplah kami menjadi segelas air penghilang kehausan.  Andai kkami tidak mampu menjadi seperti bulan  menyuluh gelapnya malam, cukuplah kami menjadi bintang mencantikkan malam.  Andak kami tidak mampu menjadi bumbung untuk mereka menumpang teduh, cukuplah kami menjadi lantai  untuk mereka duduk...’ ( Karya Hatim Ahmad- Nak jadi Macam Ayah) kata-kata yang sungguh indah dan mengesan di jiwa.  

Bagi saya karya yang ada di dalam buku kecil ini sungguh menarik.  Bukan sahaja ada cerita malah ada inti yang ingin disampaikan.  Ada pengalaman, ada cerpen dan ada motivasi diri.  Semuanya terangkum dalam satu buku.  Mampu buat  kita tersenyum, ketawa dan menangis serta muhasabah diri.  Karya yang sepatutnya dibaca dan disimpan sebagai khazanah bangsa di masa hadapan.  Bagaikan sebuah travelog saya menyusuri setiap nukilan.  Karya yang biasa namun hebat isinya.    Tahniah kepada barisan penulis dan penerbit juga  yang telah berjaya membawa satu cerita dalam seribu makna.  Bagaikan antologi cerpen tetapi berbagai tema dan genre.  Terpikat hati membacanya.