DIA HANYA UNTUKKU
Rozita Abd. Wahab
2013
ALAF 21
Ms 581
RM23.00
Alissa
seorang gadis malang yang amat dibenci oleh ibu dan kakak-kakaknya. Hanya ayah dan kakak kedua menyayangi dan
menerima dirinya seadanya. Seorang gadis
yang cantik, manis dan bijak. Mencintai
sahabat yang dikenali sejak kecil.
Mereka sekampung, Ilham namanya.
Hubungannya dengan Ilham tidak direstui oleh ibunya. Alissa menjadi mangsa kemarahan ibunya sehingga
dia sendiri tertanya-tanya kenapa ibu memilih kasih antara dia dan
kakak-kakaknya, sedangkan dia adalah anak bongsu. Bukankah anak bongsu seorang yang manja? Namun tidak bgai diri Alissa sehingga dia
membawa diri bekerja di Kuala Lumpur.
Syed Hadif majikan Alissa yang kacak, sudah
berumah tangga. Namun rumah tangganya
tidak bahagia lantaran pilihan orang tua.
Seorang anak yang taat dan setia kepada isterinya sahaja. Namun kehadiran Alissa sebagai isteri
mengubah segalanya. Dalam diam dia
menyimpan perasaan terhadap pekerjanya sendiri.
Keayuan dan kelembutan serta sikap ketimuran Alissa yang masih menjaga
adab sopan sebagai seorang wanita menambat hatinya. Dalam dia dia menongkak arus,
sedangkan adiknya Syed Akil juga mencintai Alissa, tetapi tidak berbalas
kerana gadis itu lebih mencintai Ilham, kekasihnya sejak di bangku sekolah.
Jodoh
itu hak ALLAH, atas satu kejadian menyebabkan
Alissah tidak boleh beralasan
untuk menolak majikannya itu. Dia akur
kehendak ayahnya dan akur kehendak takdir.
Terpaksa melupakan kekasih hati demi rasa tanggungjawab sebagai seorang
isteri. Alissah terpaksa merahsiakan
perkahwinanya dengan Syed Hadif demi menjaga hati isteri tua suaminya.
Menerima apa yang berlaku sebagai
takdir hidup dan ketentuan ILAHI. Cuba
menerima kehadiran majikan aka suami demi orang tuanya.
Bangkai
nyamuk mungkin boleh ditutup tetapi bangkai gajah lama kelamaann berbau
jua. Rahsia terbongkar, agak sukar Syed
Akil untuk menerimanya. Dia mengambil
keputusan untuk menyambung pelajaran dan melupakan Alissah
yang sudah pun menjadi kakak iparnya.
Kerana
dendam yang bersarang di dada, Sharifah Kalsom sangguh membalas dendam. Dia langgar lari bekas menantunya. Koma dan akhirnya menghembuskan nafas
terakhir. 3 tahun Alissah menyulam duka
dan bangkit dengan bantuan keluarga Syed Hadif dan Zakuan, sepupu Syd
Hadif. Masa berlalu Syed Akil
kembali untuk merebut kasih Alissah setelah mengetahui Alissan kini
bersendirian.
Mampukah Syed Akil merebut cinta Alissah dari abangnya? Kenapa Zakuan hadir dalam hidup Alissah? Apa yang terjadi dengan Syed Hadif? Siapa yang Sharifah Kalsom langgar? Mampukah Alissah menerika kehadiran Syed Akil dan Zakuan sedangkan dalam hatinya masih ada cinta Syed Hadif? Kalau hendak tahu, kenalah beli ya.
Karya menarik, buat hati tertarik. Dua malam sahaja saya membacanya. Mengalir juga air mata ini. Gaya bahasa BM, plot lancar sesekali ada imbas semula. Jalan cerita yang menarik.
Mampukah Syed Akil merebut cinta Alissah dari abangnya? Kenapa Zakuan hadir dalam hidup Alissah? Apa yang terjadi dengan Syed Hadif? Siapa yang Sharifah Kalsom langgar? Mampukah Alissah menerika kehadiran Syed Akil dan Zakuan sedangkan dalam hatinya masih ada cinta Syed Hadif? Kalau hendak tahu, kenalah beli ya.
Karya menarik, buat hati tertarik. Dua malam sahaja saya membacanya. Mengalir juga air mata ini. Gaya bahasa BM, plot lancar sesekali ada imbas semula. Jalan cerita yang menarik.
Saya ada best cerita dia.
BalasPadam(Y) (Y)
BalasPadam