Cari Blog Ini

Jika Anda Memerlukan Resit Pengecualian Cukai Untuk Setiap Sumbangan Anda Ke MAAHAD AZ ZEIN AL MAKKI (PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK YATIM TAHFIZ) Terus Berhubung Dengan Ustaz Shahari - 013 339 3112

Rabu, 20 November 2013

SAKITNYA CINTA - RAMLAH RASHID


    SAKITNYA CINTA-   ISBN 978967053537-1
     RAMLAH RASHID NOVELIS
     2013
     BUKU PRIMA (BP – GRUP  BUKU KARANGKRAF)
     660 muka surat
     RM27.90

                Cinta pertama akan diingati sehingga ke mati.  Kekecewaan pertama memang menyakitkan. Itulah yang ada dalam SAKITNYA CINTA.  Meor Rezamudin Meor Ahmad  atau Neor kecewa setelah cinta pertamanya ditangkap basah sehingga meninggalkan kampung kerana malu.  Sejak itu Neor terus hidup dalam kenangan. 
                SAKITNYA CINTA  mengisahkan tentang Meor Rezamudin Meor Ahmad atau Neor yang hidup sebagai seorang artis.  Lahir dari rancangan realiti membuatkan dia terus terkenal dan namanya menjadi sebutan para peminatnya.  Namun dia tetap manusia pertama.  Tetap ingin mencintai dan dicintai.  Jatuh cinta buat kali kedua kepada gadis bernama Mutiara yang mirip wajahnya dengan  bekas kekasihnya yang telah bertahun-tahun menghilangkan diri.  Neor tidak mencari kerana baginya Fifie tahu di mana hendak mencarinya. 
                Cintanya ikhlas kepada Mutiara sehinggalah ke jinjang pelamin atas  restu orang tua gadis pujaan hatinya.  Namun jodoh mereka tidak panjang.  Tiga bulan berkahwin, mereka bercerai.  Ezeti sahabat yang setia di sisi ketika susah dan senang.  Penceraian tidak menggugat kerjaya Neor, malah dia terus bangkit meneruskan kerjayanya.  Bakawali seorang penulis lirik  adalah penyumbang lagu  untuk Neor nyanyikan.  Namun Neor tidak pernah sekali pun bertemu penulis lagunya itu.  
                Pertemuan semula Neor dengan ibu kandungnya merungkai sebab kenapa Tuan Jaafar benci sangat dengan bekas  menantunya.  Sebuah kisah cinta yang syadu, suka dan duka. 
Erti sebuah persahabatan.  Erti kasih sayang digarap dengan baik oleh penulis.  Gaya bahasa yang bersahaja dan mesra pembaca.  Jalan cerita yang tidak membosankan.  Berkisah tentang dunia artis, sepak terajang, gosip dan kejayaan seorang artis. 
Bagaimana kehidupan Neor seterusnya?  Dapatkah dia kembali cinta pertamanya?  Siapakah pilihan hatinya antara Fifei kekasih pertama atau Ezeti sahabat yang sentiasa setia di sisi sewaktu susah dan senang? Apa hubungan Mutiara dengan Ezeti?  Apakah hubungan Neor dan  Ezeti akan merenggangkan hubungan kekeluargaan antara Mutiara dan Ezeti?  Siapa pula Salsabila dengan  Tuan Jaafar bekas  bapa mentua  Neor? Kenapa Rafiq benci sangat dengan Neor?   Setelah sakit mengejar cinta mampukah Neor  bertemu cinta sejati yang kekal sehingga akhir hayatnya?  Mampukah kebahagian menjadi miliknya?  HENDAK TAHU CERITANYA BAGAIMANA?   Sila dapatkan SAKITNYA CINTA.  Bukan cinta biasa. Tahniah penulis. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan