Cari Blog Ini

Jika Anda Memerlukan Resit Pengecualian Cukai Untuk Setiap Sumbangan Anda Ke MAAHAD AZ ZEIN AL MAKKI (PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK YATIM TAHFIZ) Terus Berhubung Dengan Ustaz Shahari - 013 339 3112

Sabtu, 21 Jun 2014

DIA BUKAN ARISSA- SYAIDA ILMUNA.











DIA BUKAN ARISSA
SYAIDA ILMUNA
ALAF 21
2013
Ms 391
RM18.00
                Minggu ini dua buah buku kisah adik beradik kembar saya baca.  Tidak mengapa,  kedua-duanya mempunyai keistimewaan tersendiri.    Tetap memikat. 
                Arissa dan Arlisa, adik beradik kembar  yang seiras.  Hidup dengan ibu saudara mereka setelah kematian kedua orang tua.  Arissa  melarikan diri dari rumah setelah keinginannya dibantah oleh Mak Cik Sue.  Arlisa setia menunggu ibu saudaranya.  Hati gadis itu pula dikecewakan oleh kekasih hati setelah bertahun-tahun menyulam cinta.  Kesetiaannya dihancurkan lantaran ketamakan Kamal mengejar kekayaan dunia.  Arlisa menahan kecewa sendiri. 
Setelah bertahun menghilangkan diri Arissa muncul di rumah ibu saudaranya.  Pada hari yang sama Arissa ditemui mati.  Arlisa dipersalahkan.  Akan dilepaskan jika Arlisa sanggup menyamar menjadi Arissa.  Dalam ketakutan Arlisa akur walaupun tahu bukan dia yang menyebabkan kematian kakak kembarnya.  Naif.  Arlisa  yang menyamar sebagai Arissa terpaksa berhadapan dengan keluarga mertua kakak kembarnya yang rupanya sangat membenci kakaknya itu.  Terpaksa berhadapan dengan suami kakaknya yang kacak dan penyayang.  Arlisa terpaksa menahan rasa, dihina dan dibenci oleh keluarga ‘mertua’.  Dia cuba mengubah keadaan itu.  Kebaikan dan sikapnya yang berbeza daripada Arissa membuatkan keluarga mertua mula menyukai Arlisa yang menyamar sebagai Arissa.  Ibu mertuanya dapat mengesan penyamarannya itu tanpa disedari  oleh Arlisa.  Wanita itu jatuh sayang kepada Arlisa walaupun mengetahui itu bukan menantunya Arissa dan berharap Adam, anaknya akan mencintai si penyamar yang berbeza sikap dengan menantunya yang sebenar.  Arlisa pula dalam diam mencintai abang iparnya sendiri. 

                Apakah yang terjadi seterusnya?  Mampukah Arlisa merahsiakan identitinya?   Siapakah yang bakal membongkar penyamarannya itu?  Bagaimana dengan Adam?  Mahukah dia menerima cinta Arlisa?  Adakah cinta Arlisa berbalas?  Benarkah Arissa sudah mati?  Jawapannya ada dalam AKU BUKAN ARISSA.  Memang menarik, terbaik dan buat hati tertarik.  Sehari semalam sahaja saya menghabiskannya.  Tahniah buat penulis.  Karya pertama sudah mampu menarik pembaca sehingga buku ini diulang cetak.

1 ulasan: