Cari Blog Ini

Jika Anda Memerlukan Resit Pengecualian Cukai Untuk Setiap Sumbangan Anda Ke MAAHAD AZ ZEIN AL MAKKI (PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK YATIM TAHFIZ) Terus Berhubung Dengan Ustaz Shahari - 013 339 3112

Jumaat, 9 Januari 2015

ULASAN CINTA TOP SECRET

CINTA TOP SECRET
LAILA KAMILIA
ALAF 21
RM21.00
501 muka surat
2014

    Kisah dua orang perisik yang bersahabat baik, ditugaskan menyelesaikan satu kes yang melibatkan seorang lelaki bernama Mr.X.   Tugas pertama mereka adakan mengesan dan menyelamatkan anak gadis Mr.X.  Jed yang pulang ke kampung, bercuti telah diminta oleh ibunya agak segera berumah tangga dan dia amat berkenan dengan anak gadis kawannya.  Pada mulanya Jed membantah dan ingin menolak cadangan ibunya itu, tetapi membatalkan niat apabila mengetahui siapa gadis tersebut.

    Zed rakan setugas dan sahabat baik Jed ditugaskan mengawasi dan menjaga Maryam Eisya, anak gadis Mr.X.  Dalam menjalankan misinya, hati Zed terpaut dengan Maryam Eiysa.  Dia juga tidak mengetahui yang Jed juga sedang berusaha mendapatkan gadis itu untuk menjadi isterinya.  Ketika Zed mendapat tahu siapa lelaki yang telah memberi pelbagai hadiah kepada Maryam Eisya, dia telah berjanji dengan dirinya, akan berusaha menawah hati gadis itu sehingga Maria Eisya sudi menjadi isterinya.  Dia tidak akan mengalah walaupun mengetahui siapa lelaki tersebut.  Dia tetap bertegas dengan keputusannya walaupun perkara itu melibatkan rakan seperjuangannya sendiri.    Apabila Jed mengetahui yang Zed juga meminati Maryam Eisya, dia akan berjuang untuk mendapatkan apa yang dia inginkan, iaitu mendapatkan Maryam Eisya.

    Maryam  Eisya pula berada dalam dilema, sama ada hendak memilih lelaki yang menjadi pilihan emaknya atau lelaki yang telah mula bertahta di hatinya dalam diam.  Apa yang harus dia lakukan?  Menurut kata hati, atau menunaikan permintaan emaknya.  Kedua-dua lelaki itu mempunyai keistimewaannya tersendiri.  Maryam Eisya tidak mahu mengecewakan sesiapa.

    Apakah yang bakal berlaku?  Mampulah Jed dan Zed menjejaki Mr.X dan menyelesaikan kes   yang sedang mereka siasat itu?  Bagaimana dengan Maryam Eisya? Siapakah yang menjadi pilihan hatinya?  Adakah dia akan menjadi anak durhaka dengan menolak permintaan emaknya dan menurut kata hati?  Apa yang berlaku  dengan hubungan Jed dan Zed, adakah akan terputus hubungan mereka sebagai rakan seperjuangan dan sahabat baiknya selama ini?  Hendak tahu kisah selanjutnya, jom dapatkan buku ini. Para pembaca juga dibawa berjalan ke merata Negara bagi mengesan Mr. X.  Kepada yang ingin melawat Korea, Hong Kong dan beberapa tempat lagi yang menarik di Negara luar. Bolehlah dapatkan infonya dari buku ini.  Cerita ini agak menarik kerana ada unsur thriller walaupun diselitkan juga kisah cinta. 




2 ulasan: