Cari Blog Ini

Jika Anda Memerlukan Resit Pengecualian Cukai Untuk Setiap Sumbangan Anda Ke MAAHAD AZ ZEIN AL MAKKI (PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK YATIM TAHFIZ) Terus Berhubung Dengan Ustaz Shahari - 013 339 3112

Isnin, 21 September 2015

TUTUPLAH AURATMU.

kredit gambar: penailham.blogspot.com




            Orang selalu kata aku kaki menyibuk, mulut tu asyik nak bercakap dan menegur sahaja.  Sebenarnya aku sewaktu remaja bukan seperti itu. Aku seorang yang suka berangan dan duduk sendirian di dalam rumah. Kawan pun tak ramai.  Layan tengok televisyen. Berangan macam-macam. Rupanya baru kufaham, sebenarnya aku bakal jadi penulis.  Mana ya aku belajar menyibuk dan buat-buat sibuk?  Tentulah daripada suamiku tersayang.  Kalau duduk dengan dia, aduhai… janganlah yang lalu tu pelik sikit.  Pasti kena tegur.  Aku tak menyampuk pun, tukang dengar, oleh kerana sudah lama bersama, aku terikut-ikut caranya. Boleh tak begitu. Tak kisahlah.  Asalkan aku menyibuk atas perkara yang betul, ya tak?

            Setiap hujung minggu aku akan ikut suami keluar ke pasaraya, membeli barang keperluan.  Sementara aku menunggu suamiku membayar harga barang yang dibeli, selalunya aku akan merayau di kedai-kedai kecil yang ada.   Mataku turut melilau. Jahatnya mata.  Sudahlah mata memandang dengan jelik, mulut pula tak sabar-sabar nak mengata.  Kau orang nak tahu apa yang aku nak kata?  Kau orang bacalah sendiri.

            “Ada dua golongan penghuni neraka yang aku belum pernah  melihatnya.  Salah satunya ialah kaum wanita yang berpakaian tetapi telanjang.  Mereka tidak masuk syurga dan tidak pula mencium baunya. Padahal bau syurga dapat dicium dari jawak sekian dan sekian.”  (Riwayat Muslim)

            “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan, dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka, dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (Surah An Nur Ayat 31)


            Balasan bagi orang yang melanggar larangan Allah, ialah azab yang amat pedih, antaranya balasan wanita yang membuka rambut kepalanya selain suaminya, akan digantung dengan rambutnya di atas api neraka sehingga menggelegak otaknya, berterusan selama ia tidak menutupnya. Dada yang sengaja dibuka atau ditonjolkan supaya kelihatan seksi, akan di gantung atas api neraka dengan pusat dan buah dadanya diikat dengan rantai neraka sebagai penggantungnya betis dan paha yang terselak-selak, sedia untuk dipanggang, pedihnya tidak terkira.

            Baca tak hadis dan ayat al- Quran di atas?  Faham ke tidak?  Kalau tak faham, tak tahu nak cakap apa?  Tahu tak balasan kepada mereka yang masih tidak menutup aurat?  Inilah nak cerita, balasan bagi wanita yang membuka ramput kepalanya selain suaminya, rambutnya itu akan digantung di atas api neraka sehingga menggelegak otaknya.  Selama mana dia tidak menutup aurat, selama itulah dibakar.  Tidak percaya?  Ini bukan cerita dongengan yang direka oleh sekumpulan penulis.  Ini kisah benar, kau tahu Israk Mikraj?  Waktu Rasulullah saw dibawa ke langit ke tujuh, Baginda tengok semua itu.  Ada tertulis dalam al-Quran dan hadis, kenyataan yang mana kau dustakan?  Kalau sudah buta hati, jangan buta mata, tak guna jadi manusia.  Islam itu indah, cantik dan ingin memelihara maruah seorang wanita. Tetapi kau senang-senang sahaja hancurkan, kau letakkan di telapak kaki, kau hina dirikau sendiri.

            Suami kau tak suruh tutup aurat?  Dengan kau, dengan suami kau sekali masuk neraka! Aku bukan nak menghukum, tapi nak mengingatkan.  Bukankah sesama Islam kita disuruh berpesan-pesan dan saling mengingatkan?  Kau lupa?  Cuba cerita dengan suami kau, dosa yang terpaksa dia tanggung, sebab tidak menjalankan tanggungjawabnya yang sebenar sebagai seorang suami iaitu menjauhkan keluarganya daripada seksaan api neraka.  Kalau dia tidak suruh kau pakai tudung, bermakna dia tidak mencegahkau daripada disambar api neraka.  Kau sanggup ke?  Jangan kata aku tak ingatkan.  Aku juga wanita, aku tak mahu kaum sejenisku menjadi penghuni neraka.  Kalau suami kau tak suruh, kau sendirilah pakai.  Kau dah tahu hukum menutup aurat, kan?  Tetapi… janganlah pakai pakaian ketat sehingga
menampakkan susuk tubuhmu, dank au pakai tudung, sudah macam sarung nangka sahaja. 

            Kalau tubuh kau secantik Erra Fazira, terliur juga orang lelaki tengok, ini tidak, lemak menonjol sana-sini, kau tak malu ke?  Aku tengok pun seram. Kalau kau cantik sekalipun, sorokkanlah kecantikan kau itu disebalik pakaian yang longgar, tudung yang menutup sehingga ke dadamu yang bidang itu.  Jangan dinampakkan, wanita yang menutup aurat dengan sempurna akan lebih dihormati, lebih disegani. Malah kau berjaya menjaga maruah agama, maruah kau, suami dan keluarga kau sendiri.  Jangan banggalah jika ada yang memuji, kau menempah neraka sebenarnya.  Rugilah usia yang ada kau sia-siakan.  Kalau kau menutup aurat, pahala sudah kau perolehi.  Bukan susah nak jadi muslimah yang sejati.  Kau lebih dipandang mulia jika kau menjagai penampilan kau.  Percayalah cakap aku, ini bukan omongan kosong, atau sengaja aku mereka cerita.  Seronoklah sama-sama kita ke syurga, menikmati  balasan ALLAH SWT kepada makhluknya yang mahu mengikut segala arahannya dan meninggalkan segala suruhannya.
            Nampak tua, kalau pakai tudung labuh?   Cuba kau perhati, ustazah-ustazah kita di luar sana, mereka tetap ayu bertudung labuh, malah sedap mata memandang.  Rimas dan panas?  Api neraka lebih berganda panasnya.  Kau dah rasa api dapur di rumah kau?  Panas tak?  Tentulah panaskan?  Jadi, fikirkanlah, api neraka 70 kali lebih panas daripada api yang berada di dapur kita.  Kau sahaja perasan dirikau nampak tua jika bertudung menutup sehingga ke dada, pakaianmu longgar langsung tidak menampakkan susuk tubuhmu. Padahal, orang memandangmu dengan pandangan yang lunak dan kagum, malah mengangkat kau ditahap yang tinggi.  Memuji akhlak dan keperibadianmu.  Tidak mahukah kau dianggap begitu?

            Sekarang ini ada pelbagai jenis tudung dipasaran yang sempurna menutup auratmu.  Sudah banyak pakaian yang mampu menutup seluruh tubuhmu di pasaran, malah cantik dan moden potongannya.  Apa lagi alasanmu?  Jangan kata kau masih belum bersedia?  Kau ingat maut tidak akan menjemputmu ketika usia kau masih muda jelita?  Kau ingat orang meninggal hanya ketika sudah dimamah usia?  Ada akal tak?  Kalau ada gunalah sebaik mungkin, fikir sedalam-dalamnya kenapa ALLAH menyuruh kita menutup aurat.  Inikan syari’at ALLAH SWT.  Bukan perkara main-main.  Takutlah dengan hukumNYA!  Kau teringin masuk syurga, adakah langkahmu ke sana?
Tepuk dada, tanyalah selera.  Pilihan di tanganmu.  Jangan kata aku tidak ingatkan... . Kuat membebelkan aku?  Kepada yang terasa, ubah-ubahlah diri tu. Yang tidak terasa, usahlah dikutuk pula aku.  Aku jalankan tanggungjawab sebagai seorang khalifah.
           

Tiada ulasan:

Catat Ulasan