Cari Blog Ini

Jika Anda Memerlukan Resit Pengecualian Cukai Untuk Setiap Sumbangan Anda Ke MAAHAD AZ ZEIN AL MAKKI (PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK YATIM TAHFIZ) Terus Berhubung Dengan Ustaz Shahari - 013 339 3112

Jumaat, 17 Mac 2017

TAKDIR BERKASIH - ROHANI DERAMAN - PENGENALAN.


Keperitan hidup seorang penulis tiada siapa yang tahu, kami menulis dan melakar cerita mengikut kehendak dan cerita pembaca, ramai inginkan cerita yang pengakhirannya bahagia dan gembira.  Tetapi penulis menangis tiada siapa yang tahu. 

Buku ini ditulis bertujuan untuk mengutip dana bagi menampung perubatan suami Puan Rohani Deraman.  Bukan dengan tujuan suka-suka, tetapi harapan seorang isteri yang ingin melihat suaminya gembira dan pulih sepenuhnya.

Suami Puan Rohani Deraman kehilangan kakinya akibat komplikasi kencing manis sehingga menyebabkan  kakinya menjadi mangsa penyakit yang semakin merebak itu.  Setelah dipotong kaki tersebut, keadaan tidak berhenti di situ sahaja, wang bagi rawatan susulan amat diperlukan.   Memandangkan Puan Rohani Deraman tidak bekerja dan suaminya tidak lagi mampu menyara keluarga maka terlahirlah buku ini  sebagai sebuah karya amal untuk membantu Puan Rohani dan suami, serta meringankan beban mereka sekeluarga.

Saya menyusun sepuluh jari memohon kepada kawan-kawan yang suka membaca dan cintakan buku, belilah naskah ini. Hanya berharga RM18.00 sebuah.  Marilah kita membaca kisah suka duka pasangan ini. 


Untuk Suamiku,
Dikau adalah nakhoda bahtera kasihku
Dikau adalah raja dalam mahligai cintaku
Bertabahlah.
Engkau tetap segala-galanya bagiku
Di bahumu pernah kusandarkan resahku
Di hatimu selalu ada cinta dan kasih sayang buatku
Di matamu selalu ada kerdipan rindu untukku
Oleh itu suamiku,
Biar gelora dan gelombang melanda kita
Biarlah kita tetap bersama
Jangan gentar pada dugaan
Usah takut pada kenyataan
Hanya yakinkan dirimu:
Cintaku tetap untukmu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan