Cari Blog Ini

Jika Anda Memerlukan Resit Pengecualian Cukai Untuk Setiap Sumbangan Anda Ke MAAHAD AZ ZEIN AL MAKKI (PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK YATIM TAHFIZ) Terus Berhubung Dengan Ustaz Shahari - 013 339 3112

Isnin, 13 November 2017

35) PERBENTUKAN KELUK KOS PURATA JANGKA PANGJAN ( LAC) - NORLIZAH MOHD YASSIN




Perbentukan Keluk Kos Purata Jangka Panjang (LAC)

Saiz loji firma diwakili oleh keluk SAC. Andaikan firma mempunyai 3 saiz loji yang berbeza, iaitu SAC1, SAC2 dan SAC3.

Andaikan firma ingin menghasilkan tingkat keluaran Q1, firma akan memilih saiz loji SAC1 kerana kos purata SAC1 pada titik B lebih rendah berbanding dengan saiz loji SAC2 pada titik A (C2<C3).
Oleh itu, bagi tingkat keluaran yang kurang daripada Q2, firma akan memilih loji SAC1 untuk meminimumkan kos pengeluaran.

Sekiranya firma ingin mengeluarknan tingkat keluaran Q2, saiz loji SAC1 bersilang dengan SAC2 di titik C.

Ini bermakna firma boleh memilih loji SAC1 atau SAC2 kerana kos puratanya adalah sama.
Walaubagaimanapun firma perlu memilih loji SAC2 kerana loji SAC2 beroperasi dalam keadaan kos yang berkurangan.

Pada tingkat keluaran Q3, saiz loji SAC2 dan SAC3 bersilang di titik D dengan kos purata yang sama, iaitu sebanyak C1.

Oleh itu, firma boleh menggunakan saiz loji SAC2 atau SAC3.

Bagi tingkat keluaran antara Q2 dan Q3, loji SAC2 akan dipilih kerana menghasilkan kos purata yang lebih rendah. Ini ditunjukkan oleh keluk SAC2 yang berada di bawah SAC1.

Jika tingkat output melebihi Q3, misalnya Q4, saiz loji SAC3 dipilih kerana kos puratanya hanya C0 (titik F) berbanding dengan C2 (titik E) yang lebih tinggi.

Kesimpulanya sambungan titik-titik BCDF akan membentuk keluk LAC. Dapat disimpulkan juga keluk LAC terdiri daripada bahagian keluk SAC yang dapat meminimumkan kosnya pada pelbagai tingkat output.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan