AKU TURUT BAHAGIA

Jika Anda Memerlukan Resit Pengecualian Cukai Untuk Setiap Sumbangan Anda Ke MAAHAD AZ ZEIN AL MAKKI (PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK YATIM TAHFIZ) Terus Berhubung Dengan Ustaz Shahari - 013 339 3112

Tuesday, 20 October 2015

CERITA KEHIDUPAN

CERITA KEHIDUPAN - Kisah sebuah keluarga yang tinggal di bandar besar bersama dengan tujuh orang anaknya yang masih bersekolah, Si Ayah pemandu teksi, si ibu buat kuih untuk dijual. Duduk pula di rumah pangsa yang hanya ada dua buah bilik.

Anak sulong tidak berapa pandai dalam pelajaran dan akhirnya bekerja di sebuah restoran sebagai pembantu kedai. Tanam azam untuk menyambung pelajarannya semula.

Anak yang kedua bercita-cita besar untuk menjadi pemimpin negara, katanya nak jadi pemimpin negara kena pimpin keluarga dan rakan-rakan di sekolah dahulu.
Anak sulong nyaris jadi KELDAI DADAH, nasib baik mendapat kawan yang baik dan menasihatinya buat laporan polis. Akhirnya dalang tersebut berjaya ditangkap. Bagaimana dia melakukannya? Kenalah baca karya ini.

Anak ketiga agak malas belajar tetapi sayangkan keluarga, akhirnya berubah.
Bagaimana cerita ini berkembang? Hendak tahu? Dapatkan buku di Koperasi Dewan Bahasa Pustaka. Novel remaja pertama tulisan saya yang memenangi Sayembara menulis novel remaja dan kanak-kanak anjuran Koperasi Dewan Bahasa dan Pustaka. Alhamdulillah, karya ini juga telah masuk ke Perpustakaan Desa seluruh negara.

Apa yang ingin saya sampaikan dalam karya ini? Bukan ingin mengajar tetapi berharap biar miskin harta jangan miskin semangat. Biar tak berduit jangan jual maruah dan harga diri anak-anak bangsa sendiri.

No comments:

Post a Comment