Cari Blog Ini

Jika Anda Memerlukan Resit Pengecualian Cukai Untuk Setiap Sumbangan Anda Ke MAAHAD AZ ZEIN AL MAKKI (PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK YATIM TAHFIZ) Terus Berhubung Dengan Ustaz Shahari - 013 339 3112

Rabu, 7 Oktober 2015

BILA SURI RUMAH BERBELANJA.




Teman-teman beli barang dapur di mana? Pasar malam,  Pasar raya, Kedai runcit, atau di pasar borong.  Di rumah saya ada 20 mulut yang hendak diberi makan jadi barang-barang basah terpaksa di beli di pasar boronglah.  Jauh lebih murah dan segar.  Sebenarnya saya tidak pernah ke pasar borong Selayang, selalunya suami yang akan pergi seawal sebelum subuh. Kalau terlewat sampai, hanya ikan yang didingin beku sahaja yang tinggal atau ikan yang kurang menyengat.  Yalah, saya ahli keluarga ramai, kalau teman-teman nak ke pasar borong, jenuhlah kan? 

Tips daripada saya, apa kata kumpulkan kawan-kawan setaman, ajak mereka ke pasar borong. Beli sekali banyak lepas tu agih-agihkanlan.  Itu pun kalau teman setaman satu kepala.  Kalau lain kepala susahlah juga.

Di Pasar Borong Selayang, suami akan beli ikan beraneka jenis dan sayur-sayuran.  Setiap sayuran berkilo, paling sikit 1 kilolah.  Ada ketika sayur-sayuran murah di pasar tersebut, ada ketika mahalnya usah cerita.  Sebenarnya pasar borong ini sesuai untuk orang berniaga dan ramai anak seperti saya.

Antara tempat membeli belah barang-barang dapur seperti sayur-sayuran yang saya rasa murah dan berpatutan harganya adalah NSK, saya selalu ke NSK Rawang, sekurang-kurangnya seminggu sekali. Ada sahaja yang hendak dibeli.  Sayur-sayurannya memang murah dik oi! Hari ini, sawi 1 ikat dalam 300 gram beratnya baharu RM1.00. kobis dua biji, RM3.50, sawi cina satu bekas berat yang samalah agaknya, RM2.00, pucuk paku seikat RM1.50.  Serai secekak, adalah dalam 15 batang, RM3.00.  Suami saya yang selalu ke pasar borong pun kata sayur-sayuran di NSK murah.  Dalam fikiran saya, taukey NSK ada ladang sendiri.  Cina juga yang kaya ya? Asalkan murah dik oi.  Terjah sahajalah. 

Kalau ikan, kenalah ke pasar borong ya dik. Kalau pasar malam, tengok harga pun buat saya semput.  Tidak pernah beli ikan di pasar malam, melainkan terdesak sebab bekalan habis.  Harga di pasar malam kenapalah mahal sangat, sedangkan yang pergi ke pasar malam bukan orang berada pun.  Hanya orang berpendapatan sederhana seperti kita-kita ini. 

Waktu saya tinggal di Alor Setar, Kedah, ada seorang rakan yang akan jadi pemandu kepada kami teman setaman.  Kami tong-tonglah duit minyak.  Beli barang di pasar  borong atau pasar besar sebenarnya jauh menjimatkan dari membeli di pasar malam atau pasar raya.  Selamat membeli belah dan semoga kita mampu menjadi suri rumahtangga yang mampu berjimat cermat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan