Cari Blog Ini

Jika Anda Memerlukan Resit Pengecualian Cukai Untuk Setiap Sumbangan Anda Ke MAAHAD AZ ZEIN AL MAKKI (PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK YATIM TAHFIZ) Terus Berhubung Dengan Ustaz Shahari - 013 339 3112

Selasa, 13 Oktober 2015

MAKAN DAGING -BAB 5



 Kredit gambar :http://hafizoren87.blogspot.my/2

Penat sungguh bekerja.  Balik rumah pula terpaksa sambung kerja rumah pula.  Memasak, mengemas dan menguruskan anak serta suami.  Kerja yang tidak pernah berhenti.  Memanglah letih.  Mengeluh juga tidak berhenti. Kadang-kadang terkeluar juga daripada mulutnya. Kadangkala hanya terbit keluar di hati.  Jangan bebel selalu, tak ikhlas jadinya.  Wanitakan  super dan kuat. 
            Aku jarang bersembang di luar rumah atau berkumpul dengan jiran sebelah menyebelah.  Mungkin kerana aku bekerja.  Kalau bertemu dengan jiran tetangga tidak kira di mana pastiku tegur.  Tidak mahulah digelar sombong pula.  Kalau ada kenduri kendara tidak tolong tak mengapa yang penting hadir memeriahkan majlis mereka.  Begitu juga dengan suamiku.  Kerjanya membuatkan keterbatasan waktu untuk bersama dengan jiran tetangga sekali-sekala. 
            Petang itu entah bagaimana aku duduk bersidai di laman hadapan bersama beberapa orang jiran sebelah menyebelah.  Kebetulan kerja rumah telah kuselesaikan.  Punyalah ruang dan peluang untuk mendengar khabar mereka.  Bolehlah berbual dan bermesra.

            “Kau tahu Min, anak Pak Din dah mengandung.  Tak sempat nak kahwin.  Sah-sah anak luar nikah!” kata salah seorang jiran sebelah rumahku bernama Kathy.
            “Ya, aku ada dengar.  Buat malu taman kita aje,”  sampuk kakak yang bernama Min.
            “Memang memalukan!” sambung seorang lagi.   
     
            Maka berlarutanlah cerita itu daripada satu mulut ke satu mulut.  Dari sejengkal menjadi sedepa.  Dari sedepa menjadi berela-ela.   Aku bukanlah baik sangat tetapi cerita itu aku tidak tahu dan tidak mahu menambah garam, asam dan gula di dalamnya.  Kubiarkan sahaja mereka bercerita.  Aku hanya tersenyum dan mendengar.  Aduh! Orang yang mendengar pun terpalit dosanya.  Terkedu seketika.  Aku memandang wajah mereka satu persatu.  Usia sudah menjangkau 40-an ke atas, tapiku rasa kematangan tiada dalam diri mereka.  Buktinya mereka asyik bercerita tentang orang lain macamlah diri mereka itu bagus sangat.  Oleh kerana terlalu geram aku pun mulakan buka bunga silat.  Tak kisahlah bunga apa, langkah apa, sumbang atau tidak, kakak-kakak ini harus disedarkan.
            "Dan jangan sebagian kamu mengumpat sebagiannya; apakah salah seorang di antara kamu suka makan daging bangkai saudaranya padahal mereka tidak menyukainya?!" (al-Hujurat: 12)  
            "Kami pernah di tempat Nabi s.a.w. kemudian menghembuslah angin berbau busuk. Lalu bertanyalah Nabi: Tahukah kamu angin apa ini? Ini adalah angin (bau) nya orang-orang yang mengumpat arang-orang mu'min." (Riwayat Ahmad dan rawi-rawinya kepercayaan)( http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Halal/40426.html)
            Tak habis-habis makan daging saudara sendiri.  Tak habis-habis nak mengumpat. Mengeji.  Suka sangat duduk berkumpul mengata dan mengutuk orang.  Kalau berkumpul macam ni buka kelas memasak ada juga faedah.  Buka kelas mengaji dapat juga pahala.  Kata jiran sana, jiran sini.  Tak puas lagi.  Sambung pula esok, lusa, tulat dan seterusnya. Kalau boleh hari-hari nak makan daging percuma.  Daging siap masak?  Taklah.  Daging mentah! Sanggup ke?  Kalau tak sanggup buat apa bercerita.  Buat apa mengumpat.  Perasan diri tu bagus sangat. Orang lain semua tak elok.  Helo… kau, kau, kau dan aku, sama saja.  Setiap orang ada kelemahan.  Jangan nak tunjuk konon diri tu baik sangat.  Sebelum nak kata orang lain, cermin diri tu dulu.  Itulah beli cermin untuk tengok jerawat saja.  Tak pula tengok diri sendiri.  Mulut macam tempayan pecah.  Mulut macam longkang kalau mengata orang ini.
            Yang kau kata tu,  jiran kau, kawan kau. Orang perempuan kalau tak mengata, tak sah.  Itukah sahaja kerja kita jika berada di rumah?  Takkan tak boleh buat kerja yang berfaedah.  Cuba jangan mengata.  Cuba pergi bantu, pujuk atau nasihat baik-baik. Bukan tak boleh? Saja suka nak cari dosa. Kumpul daging banyak-banyak. Nanti tak payah beli.  Makan saja daging yang ada.  Kan, kan, kan.  Apa punya oranglah.  Mulut tu tak boleh duduk diam.  Asyik nak mengutuk dan mengata orang lain.  Kenapa tak kata diri sendiri?  Kenapa tak kata adik-beradik, anak beranak sendiri?  Sendiri mahu fikirlah.  Orang yang dikata tu jiran kita sendiri.  Pernah bercakap bersama.  Pernah bantu kita.  Apa yang kita rasa?  Kalau tak ada rasa, tak tahu nak cakap apa.
            Kalau kita kena kata.  Kena umpat.  Kita marah tak?  Kalau tak marah memang kita ni tak ada perasaan.  Buta mata, buta hati, buta rasalah jawabnya.  Setiap kali nak kata orang letak depan kita itu daging mentah.  Cuba bayangkan kita makan daging tu.  Hoi! Kalau kawan kita hadapi masalah, bantulah.  Tolonglah.  Bukan kutuk.  Bukan hina.  Bukan keji.  Takkan itu pun tak boleh fikir? Senang punya kerja. Kata orang boleh pula?  Takkan nak bantu waktu mereka susah tak boleh?  Cuba kita susah, siapa nak bantu?  Kalau kita ada masalah, siapa yang akan datang dulu? Bukankah jiran tetangga.  Jangan lupa itu. Kalau rumah masuk pencuri, siapa datang bantu sebelum polis?  Jiran kitalah hoi! Takkan tak tahu? Habis tu… kenapa mengata, kenapa mengutuk, kenapa mengumpat?  Orang yang sama akan bantu kita.  Kita tentu kenal orang yang kita umpat.  Kita tak umpat orang tak kenal.  Sedarlah! Sedarlah!  Islam melarang kita mengumpat.  Takkan tak faham-faham?  Masih juga nak mengata. 
            Mak mertua umpat menantu. Menantu umpat Mak Mertua.  Biras umpat sesama sendiri.  Lama kelamaan hubungan kekeluargaan pun berantakan.  Kau suka ke?  Kalau ada salah dan silap, tegurlah!  Kalau nak tegur, tegur baik-baik. Kalau dah kena tegur ingat-ingatlah nak berubah.  Kalau ego, habislah.  Janganlan ego. Kau tu tak sempurna.    Selalu juga buat salah.  Apa salahnya kau merendah diri?  Bukan mudah nak rendahkan diri ya?  Cubalah, lama-lama pasti boleh. Kita seagama, sebangsa dan sejantina.  Malulah mengata sesama sendiri.  Dosa dapat, mulut kita juga yang jahat. Ingat hidup ibarat roda.  Jadi berhati-hatilah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan