AKU TURUT BAHAGIA

Jika Anda Memerlukan Resit Pengecualian Cukai Untuk Setiap Sumbangan Anda Ke MAAHAD AZ ZEIN AL MAKKI (PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK YATIM TAHFIZ) Terus Berhubung Dengan Ustaz Shahari - 013 339 3112

Wednesday, 21 October 2015

JUJURLAH - BAB 8




          

Sabda Rasulullah saw "Sembilan persepuluh sumber rezeki (boleh diperolehi) melalui perniagaan"(Hadis Riwayat Tirmizi).
 Sabda Rasulullah saw "Peniaga-peniaga yang jujur dan amanah (akan ditempatkan) beserta dengan para nabi, siddiqin dan para syuhada"(Hadis Riwayat Tirmizi).
            Aku membancuh semug milo panas di pantry pejabat. Ketika itu seorang rakan sekerjaku turut ada bersama.  Wajah cemberutnya  mengusik hatiku. Kenapa pula dengan dia ini, bisik hati kecilku.  Aku duduk di sebelahnya.  Kupandang matanya agak lama.  Hanya keluhan sahaja yang terlepas dari bibirnya.  Apa pula yang tidak kena ini?
            “Kau kenapa Milah? Ada masalah?” tanyaku lembut.  Awal pagilah kalau nak meroyan pun. 
            Dia memandang wajahku dan mengeluh lagi.
            Letih pula aku mendengarnya, macam berat sahaja.  Apa masalahnya?
            “Apa halnya?” tanyaku tidak sabar.  Asyik mengeluh, tak selesaikan masalah pun. 
            “Cuba cerita, cuba cerita,” gesaku.
            Dia mula bercerita.
            Apa kontraktor lari? Kasihannya, bukan sedikit duit yang dibelanjakan. Buat rumah dik oi! Bayangkanlah. Aduh! Boleh menangis air mata darah.  Sedih betul mendengarnya. Kalau akulah mahu meraung. Bayangkanlah duit raturan ribu habis begitu sahaja, rumah pula tidak siap. Hello, para peniaga di luar sana.  Tolonglah, jujurlah, bertanggungjawablah.  Ingat boleh larikah? Di dunia kau lepaskan. Di akhirat nanti, kau nak bayar dengan apa? Dengan pahala kau?
            Hello kawan, kalau nak berniaga, jadilah perniaga yang  baik.  Kau juga yang untunglah.  Kau tahu tak, promosi mulut ke mulut?  Tak perlulah kau buat banner, banting bagai, nak iklankan syarikat kau. Kalau kau kerja baik, jalankan tanggungjawab kau kepada pelanggan kau dengan baik.  Duit orang sudah bayar, kau selesaikanlah.  Ini tidak, kau larikan diri?  Kau ingat senangkah cari duit?  Kau ingat ada tempat cop duit ya?  Kasihanlah pada orang lain, pada pelanggan kau.  Menangis air mata darahlah mereka, tahu! Kenapa harus menipu? Kau pusing modalkah? Jangan tamaklah oi! Buat satu persatu, selesaikan kerja. Selesaikan urusan orang lain dengan baik, maka ALLAH selesaikan urusan kau!  Tidak kiralah kau bangsa apa, agama apapun. Kau tetap kena jujur! Kau nak berniaga berapa lama? sehari? Dua hari? Tentu kau nak berniaga lama, kan? Kalau nak berniaga lama, jadilah peniaga yang jujur beb! Jangan menipulah! Kalau orang buat laporan polis, kau juga yang teruk, silap haribulan dengan kau dan syarikat kau sekali disenarai hitamkan.  Nak ke?  Fikir panjanglah, sebelum buat kerja tak senonoh itu.
            Tidak kiralah berniaga apa pun. Jangan sesekali menipu. Sekali kau tipu, selamanya orang ingat. Kalau nak berjaya, dapat rezeki berkat, buatlah yang terbaik.  Jadilah manusia yang ada perasaan. Ada hatilah. Jangan buat hati kering, jangan busuk hati, jangan menipu, jangan menipu! Kau takkan senang kalau menipu orang.  Kalau berniaga benda makan, buatlah sedap-sedap, macam kau makan.  Jangan fikir nak untung sahaja.  Mak aku dulu berniaga berpuluh tahun bertahan, kenapa? Sebab dia jujur, dia layan pelanggannya dengan baik.  Malah siap bagi percuma dan lebih pada pelanggannya.
            Jika berniaga, jangan sesekali tidak bersikap jujur.  Jangan sesekali kurangkan timbangan. Jangan sesekali menipu.  Tak berkat rezeki yang kau terima.  Kita hidup ada ALLAH, Dia Maha Melihat! Ingat itu! Kau nak bagi makan anak isteri. Kau nak perniagaan kau terus maju jaya, jadi berniagalah elok-elok.
            Kalau berniaga dalam talian. Biarlah apa yang kau pamerkan di Fb, di Instagram atau di twitter atau whatsapp benar-benar berkualiti seperti yang kau beritahu.  Jangan iklan lain, kau hantar lain.  Ingat promosi mulut ke mulut, itulah promosi yang terbaik sekali.  Sekali orang suka, nanti dia akan pesan lagi, malah beritahu kawan pula.  Kau kena fikir untuk membina empayar kau sendiri.  Jangan fikir untung hari ini sahaja. Kena fikir untuk sepuluh tahun lagi. Jadilah ahli perniagaan yang dihormati, disegani dan dikagumi.  Bukan yang sering dikutuk dan dikeji kerana perbuatan menipu.            
            “Habis tu, apa cadangan kau?” tanyaku, setelah lama membisu dan mendengar dia bercerita.
            “Aku dan suami dah buat laporan polis,” kata Milah perlahan.  Mukanya masih juga tidak mampu tersenyum.
            “Duit yang aku simpan bertahun-tahun, aku sanggup ikat perut kerana nak bina rumah tu, akhirnya…” Dia menundukkan muka.
            “Sabarlah Milah, mesti ada hikmahnya.  Peniaga macam tu memang layak dihukum,” kataku, memujuknya.
            “Yalah, kalau aku tak fikir macam tu. Boleh gila jadinya,” luah Milah.
            “Waktu kau ambil kontraktor tu, kau dah selidiki ke latar belakang syarikat dia?” soalku.
            “Sudah, itu sebab aku berani suruh syarikat itu buat,”  ujar Milah.
            “Berani dia lari ya?”  Aku terkejut.
            “Itulah manusia, kan? Mana boleh dipegang pada janji, tahu nak cari keuntungan saja, entah berapa orang dia dah tipu.” Milah mengeluh lagi.
            Simpati aku melihat keadaannya. 
            “Aku pun tak tahu nak cakap apa, Milah.  Mesti ada hikmahnya,”  pujukku lagi. Hanya itu yang mampu aku lakukan.
            “Yalah, semoga pihak polis dapat kesan kontraktor tersebut.  Aku pula, kenalah cari kontraktor lain untuk siapkan rumah aku tu,”  jelas Milah.
            “Duit lagi kena keluar,”ujarku.  Pening pula memikirkannya.
            “Nak buat macam mana?”  jelasnya.
            Tengok, tengok, kalau peniaga tidak jujur, yang jadi mangsa tentulah para pelanggannya.  Menganiaya orang lain namanya.  Ingat, doa orang teraniaya dimakbul Tuhan. Jangan berani sangat, ada yang lebih berkuasa daripada segala-galanya. Hari ini kau tersenyum menipu orang, jangan lupa satu hari nanti kau akan menangis bila ada ahli keluarg kau pula ditipu orang.  Hidup bagaikan roda, berhati-hatilah.

             Ada juga peniaga makanan yang sayang nak buang makanan yang tak habis, dimasak semula, dipanaskan dan dijual kembali.  Kenapa buat macam itu? Tak nak membazir?  Ala... sedekahkan sahajalah pada jiran tetangga ke, pahala pun dapat.  Jangan fikirkan keuntungan yang sekejap.  Kenalah fikir kita nak berniaga selama-lamanya.

            Jujurlah pada diri sendiri dan jujurlah pada orang.  Agar rezeki yang kita perolehi diberkati dan dirahmati ALLAH swt.

No comments:

Post a Comment