AKU TURUT BAHAGIA

Jika Anda Memerlukan Resit Pengecualian Cukai Untuk Setiap Sumbangan Anda Ke MAAHAD AZ ZEIN AL MAKKI (PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK YATIM TAHFIZ) Terus Berhubung Dengan Ustaz Shahari - 013 339 3112

Saturday, 17 October 2015

MALAS BUKAN SIFAT ORANG ISLAM





Firman Allah swt : Dan Katakanlah: "Bekerjalah kamu, Maka Allah dan rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang Telah kamu kerjakan. (QS. At Taubah : 105)

”Barangsiapa yang bekerja keras mencari nafkah untuk keluarganya, maka sama dengan pejuang dijaIan Allah ‘Azza Wa Jalla”. (HR. Ahmad)

Kadangkala kita berasa malas hendak buat sesuatu. Masa kita dihabiskan dengan berbaring tanpa berbuat sesuatu. Sifat malas wujud dalam diri secara semulajadi. Tetapi mampu dikekang jika kita menguatkan azam untuk tidak melayan perasaan M yang bermaharajalela di hati.

Pelajar yang malas tidak akan berjaya. Peniaga yang malas, perniagaannya tidak akan maju. Guru yang malas akan membuatkan anak-anak muridnya dua kali ganda malas dan tidak mampu melahirkan pelajar yang cemerlang. Imam yang malas, makmumnya tidak akan datang lagi ke masjid. Ayah yang malas tidak akan mampu memberi kehidupan yang baik kepada keluarganya. Ibu yang malas akan melahirkan anak yang tidak cergas. Pemimpin yang malas negara dan rakyatnya akan hidup dalam kemunduran. Kalau malas makan, bertuahlah badan, boleh cepat kurus.

Jadi, jomlah kita cuba buangkan sikap malas yang kadang-kadang datang mengetuk diri kita. Cuba mencergaskan diri, agar produktiviti kita terus berkembang dan sukses dalam apa juga bidang yang kita ceburi.

Ubah sikap malas dengan rajin melakukan apa sahaja. Biar malas buat kejahatan, jangan malas buat kebaikan.

Salam sayang buat semua.

No comments:

Post a Comment