AKU TURUT BAHAGIA

Jika Anda Memerlukan Resit Pengecualian Cukai Untuk Setiap Sumbangan Anda Ke MAAHAD AZ ZEIN AL MAKKI (PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK YATIM TAHFIZ) Terus Berhubung Dengan Ustaz Shahari - 013 339 3112

Sunday, 11 October 2015

SALAM MAAL HIJRAH



Salam Ma’al Hijrah buat teman-teman yang sentiasa diingatan. Tidak kiralah di mana sahaja berada, kita saling menegur atau tidak, kadangkala tidak tergapai dek tangan.  Biarpun tidak berkenal mesra namun kita tetap bersaudara.  Saudara sesama Islam.  Saudara yang baik adalah mereka yang sentiasa mengingatkan kita jalan yang benar menuju Syurga Ilahi.
Masa kian berlalu meninggalkan kita.  Semakin berganti tahun, semakin tua diri kita.  Semoga teman-teman semua bertambah baik amalannya.  Semakin baik hubungan sesama kita.  Salinglah kita berkasih sayang hanya kerana ALLAH SWT. Tidak ALLAH jadikan kita berbilang bangsa dan kaum hanya untuk bersengketa.   Adakah mustahil untuk ALLAH menjadikan khalifah di muka bumi ini hanya satu bangsa sahaja dan hanya beragama Islam. Tentu tidak mustahilkan?  Kenapa dijadikan berbilang kaum, bangsa, bahasa, warna lkulit dan agama?  Supaya kita saling berkenalan, saling bertukar-tukar pandangan dan hidup harmonis, aman dan damai. 

Penghijrahan Rasulullah saw  keluar dari Mekah menuju ke Madinah, bukan sesuatu yang sia-sia.  Penghijrahan yang berjaya menyatukan dua kaum yang bersengketa. Keamanan terjalin di Madinah. Rakyatnya hidup aman damai, saling berkasih sayang kerana Agama yang dibawa oleh Rasululla saw.  Mampukah kita?  ALLAH dan RasulNYA sudah menunjukkan jalan, kenapa kita tidak mampu melakukannya?  Kenapa ego sering menghantui diri.  Di sisi ALLAH tiada siapa yang hebat.  Yang hebat bagiNYA adalah mereka yang beriman dan bertakwa hanya kepadaNYA sahaja. 

Semoga kehadiran Tahun Baru Islam ini membawa seribu makna buat kita semual  Semoga Ukwah kita sesama Islam semakin utuh dan teguh. Biar apapun pegangan kita, biar apapun ideologi kita, atas nama kasih dan sayang kita kepada ALLAH dan RasulNYA, BERSATULAH!

Semoga hubungan kita dengan bangsa dan agama lain juga baik. 

Jangan lupa doa akhir tahun dan awal tahun ya. Semoga teman-teman semua diberkati, dikurniakan dengan rezeki yang berkat, halal dan melimpah ruah. Diberi kebahagian di Dunia dan Akhirat.  Aamin Ya Rabb…


No comments:

Post a Comment