TAJUK: SAYONARA CINTA
PENULIS: ROSA NUR IMANI
TERBITAN: BUKU PRIMA
Bertemu dan berpisah adat manusia biasa. Hilang di mata tapi di hati takkan lupa. Itulah hubungan Megat Adam Haikal dan Tengku Ezra. Berkawan dan berteman sejak kecil. Melihat matahari terbenam menjadi hobi . Pokok angsana di belakang banglo menjadi saksi persahabatan mereka. Perpisahan sejak kecil menguburkan segala impian Megat Adam Haikal terhadap Tengku Ezra. Siapa menyangka satu hari nanti mereka akan bertemu kembali.
TENGKU EZRA : Anak tunggal kepada Tengku Iskandar dan Tengku Nuraisyah. Membesar tanpa kawan dan sahabat. Ramai tidak mahu dan malu ingin berkawan dengannya lantaran kedudukan keluarganya yang berada dan kaya. Hidup sepi dan sendiri di zaman kanak-kanak hinggalah remaja. Perpisahan dengan satu-satunya sahabat yang dia ada menyebabkan dia hidup dalam kegelapan dan tenggelam dalam dunia ciptaannya sendiri. Hidupnya kosong dan sepi ditambah dengan masalah keluarga yang sering bercakaran bagaikan tidak kunjung padam. Kenapa gadis secantik Tengku Ezra menghidap Skizofrenia. Bagaimana dia mendapatkan penyakit tersebut? Sering diganggu ‘teman karib’ yang menghantui tidur malamnya. Siapakah teman karibnya itu? Kenapa dia sering diganggu? Berkahwin di usia muda. Perkahwinan yang telah diatur oleh keluarganya. Kenapa tergamak keluarganya mengahwinkan anak yang baru berusia belasan tahun? Kenapa Tengku Ezra tidak membantah perkahwinannya itu sedangkan dia tidak mengenali siapakah lelaki yang menjadi suaminya. Belum pun sempat mengenal hati budi suami yang tidak dikenali, dia ditinggalkan selepas sahaja akad nikah berlangsung. Kenapa kejam sangat suaminya sanggup meninggalkan isteri yang cantik jelita? Kecantikan luaran tidak semestinya menjamin kebahagian.
MEGAT ADAM HAIKAL : Anak kepada Tengku Atiqah jiran, sahabat dan teman karib Tengku Ezra sewaktu kecil. Mereka berpisah apabila keluarga Megat Adam Haikal berpindah ke Kuala Lumpur. Namun hubungan Tengku Atiqah dan Tengku Nuraisyah tidak pernah putus, mereka masih saling berhubung. Tetapi hubungan Tengku Ezra dan Megat Adam Haikal terputus apabila Megat Adam Haikal berpindah ke Melbourne mengikut ayahnya yang telah berpisah dengan mamanya Tengku Atiqah. Demi persahabatan yang telah terjalin sekian lama Tengku Atiqah dan Tengku Nuraisyah ingin menyatukan Megat Adam Haikal dan Tengku Ezra. Apakah perpisahan yang begitu lama mampu mengembalikan ikatan persahabatan yang telah lama putus? Mahukah Megat Adam Haikal menerima seorang perempuan berpenyakit mental menjadi isterinya. Mampukah dia menyayangi seorang perempuan yang berpenyakit gila? Kasih sayang tidak mengenal batas. Mampukan dia menyintai Tengku Ezra yang bergantung hidup dengan ubat seumur hidupnya? Apakah rahsia yang masih disimpan oleh keluarga Tengku Ezra selain penyakit yang dihadapi olehnya?
TENGKU SUFIAN: Anak tunggal Tengku Natrah dan Tengku Zufri. Hidup penuh kemewahan. Suka berpoya-poya. Menggunakan kekayaan dan kekacakannya untuk menjerat ramai gadis-gadis jatuh dalam pelukannya. Di paksa berkahwin dengan Tengku Ezra . Niat ibunya agar anaknya itu mampu di kawal dan berubah apabila sudah beristeri. Lain yang diharapkan lain pula yang terjadi. Isteri yang cantik jelita ditinggalkan usai sahaja melafazkan akad nikah. Kenapa tergamak dia melakukannya? Apa yang membuatkan dia kembali dan ingin hidup di samping Tengku Ezra? Setelah bertahun-tahun meninggalkan isterinya yang jelita gantung tidak bertali, dia hadir menagih simpati. Apakah Tengku Sufian akan berubah menjadi manusia yang baik dan bertanggungjawab kepada Tengku Ezra seperti yang disuarakan kepada ibunya Tengku Natrah? Berjayakah Tengku Sufian memiliki kembali Tengku Ezra? Manusia kalau terdesak sanggup melakukan apa sahaja. Mampukah Tengku Sufian mengubah hidupnya yang penuh liar? Di manakah pengakhirannya kehidupan yang tidak mengenal dosa dan pahala ini.
TENGKU ADRINA : Kakak sulong Megat Adam Haikal. Cantik dan manis orangnya. Berpelajaran dan pandai bergaya. Namun masih tahu menjaga batas-batas hubungan lelaki dan perempuan. Mempunyai seorang kekasih bernama Taufiq yang amat disayanginya. Namun tiada restu dari mamanya Tengku Atiqah yang kurang menyenangi Taufiq. Kenapa Tengku Atiqah tidak suka dengan pilihan anak gadisnya? Membantah keinginan adiknya Megat Adam Haikal untuk menikahi Tengku Ezra. Kenapa Tengku Adrina tidak setuju adiknya berkahwin dengan Megat Adam Haikal sedangkan dia tahu adiknya itu sudah lama mengenali Tengku Ezra? Hidup dalam dunia yang penuh kebebasan, tiada batas pergaulan. Pakaian up-to-date tidak menutup aurat. Menolak ajakan Taufiq untuk melakukan perbuatan terkutuk dan tidak rela melakukannya sebelum ada ijab kabul antara mereka. Cinta yang bukan berlandaskan nafsu. Setia pada yang satu. Pandai menjaga maruah diri walaupun hidup lepas bebas. Tidak salah bercinta tetapi jangan sampai menyerah diri pada lelaki yang belum bergelar suami. Mampukah dia menghalang impian Megat Adam Haikal? Apakah dia akan berkahwin dengan Taufiq lelaki yang dicintai setengah mati?
ROSLITA : Sahabat Tengku Adrina. Benarlah kata orang, sahabat yang sejati tidak selamanya sejati dan setia. Apabila sahaja melibatkan kehendak dan kemahuan diri sendiri persahabatan bagaikan tidak bererti lagi. Sanggup merampas kekasih kawan sendiri. Biar pun tahu lelaki itu amat menyintai sahabatnya. Sebagai tempat memuaskan nafsu sahaja. Mampukah dia meninggalkan Taufiq yang menjadi teman lelaki gelapnya? Bagaimanakah hubungannya dengan Tengku Adrina apabila sahabatnya itu mendapat tahu tentang hubungannya dengan Taufiq? Berkasih pada yang sudi yang menerima seadanya diri ini. Berbaloikan dia mengkhianati sahabatnya sendiri?
JULIA : Bertemu dengan Megat Adam Haikal beberapa tahun dahulu. Dalam diam dia menyimpan perasaan pada pemuda yang dikenali dengan tidak sengaja. Setelah bertahun-tahun berpisah sehinggakan nama Megat Adam Haikal tiada lagi diingatan namun wajah lelaki yang pernah menganggu perasaanya masih utuh difikiran. Menjadi orang atasan Megat Adam Haikal membuatkan hatinya bertaut kembali dalam diam menyintai lelaki yang sudah bergelar tunangan orang. Tidak berani menyampaikan hasrat hati takut dikecewakan kerana tahu hati Megat Adam Haikal sudah dimiliki. Mampukah dia menyimpan perasaanya itu? Apakah cinta yang disimpan dalam diam itu berjaya memiliki sekeping hati Megat Adam Haikal?
Setiap persoalan ada jawapannya. Untuk mendapatkan jawapannya bacalah
~SAYONARA CINTA ~
- Engkau hadir bagaikan mimpi, sekejap ada sekejap menghilang. Bila kau hadir mengamit memori lama membuatkan persahabatan menjadi cinta. Mampukah aku membahagiakan dirimu dengan keadaan diriku yang serba kekurangan?
- Aku tidak pernah meminta apa-apa. Aku menyintaimu sejak kecil lagi. Pernah aku berangan-angan engkaulah suri hatiku akan ku jadikan milikku hakiki. Biar siapa dirimu, ku terima seadanya....
Kenapa perpisahan terjadi juga, engkau yang meminta aku tidak setia! bila iyanya berlalu kenapa engkau menjauhkan diri? ke mana engkau menghilang sudah puas ku cari tetapi engkau terus menyepi. Tiada kubur, tiada jasad yang ditemui. Aku hanya mampu menangis sendiri kerana Aku terlalu menyintaiMu Tengku Ezra....
Biarlah aku pergi setelah engkau memiliki apa yang tidak mampu aku beri. Hilangku jangan di cari? Pergiku jangan diharap akan kembali. Biarlah aku sendiri di mana kubur dan jasadku hanya ALLAH sahaja yang mengetahui.....
Oleh: Asmah Hashim
Tiada ulasan:
Catat Ulasan