Cari Blog Ini

Jika Anda Memerlukan Resit Pengecualian Cukai Untuk Setiap Sumbangan Anda Ke MAAHAD AZ ZEIN AL MAKKI (PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK YATIM TAHFIZ) Terus Berhubung Dengan Ustaz Shahari - 013 339 3112

Jumaat, 5 Oktober 2012

SAYANG MADUKU KETAT-KETAT

   



 “Kau relax je Jun?” tanya emaknya.  Dahi Jun berkerut.
                “Kenapa mak?” soal Jun kembali
                “Laki kau dah kahwin lagi, kau boleh duduk santai-santai?”
                “Ala mak ni, kahwin je, bukan ada apa pun.”
                “Eh! Budak ni, kita risau bagai nak ghak, dia boleh buat tak faham je.” Mak Temah mencekak pinggang.  Hairan dia dengan sikap anak perempuannya  yang sorang ni.  Suami kahwin lagi, dia boleh buat tak tahu.
                “Yang mak risau kenapa? Suami saya yang nikah lagi, bukannya ayah.” Jun menjeling.  Dia tersenyum.
                “Jun! Kalau laki nikah lagi, orang akan kata kau tak pandai layan… tak malu ke?”
                “Nak malu apanya? Kalau laki saya buat maksiat, kena tangkap berdua-duaan di hotel murah dengan perempuan lain, baru saya malu mak.  Ini kahwin secara sah, biarlah.  Lagi pun lelakikan boleh kahwin lebih satu. Suami saya mampu, mak.” Jun  tersenyum. Mak Temah  menggelengkan kepala. Macam ini punya perempuan pun ada, detik hati kecil Mak Temah.
                Jun sibuk mengemas rumah.  Bilik tetamu dikemas cantik.  Suaminya baru sahaja telefon.  Sejam dua mereka akan sampai di rumah.   Jun sibuk pula di dapur. Menu kesukaan suaminya disediakan.  Sambal udang dengan petai, ikan terubuk bakar, air asam, sayur kangkung goreng belacan dan masak lemak cili api ikan baung.  Dia menelan air liur.  Sedapnya menu detik hati kecilnya.  Eee! Sendiri masak , sendiri puji. Tanda-tanda perut lapar sebenarnya tu.  Jun ketawa kecil.  Dia berlari ke  ruang tamu apabila sahaja terdengar bunyi hon kereta.  Daun pintu dibuka luas.  Bibirnya menguntum senyuman selebar-lebarnya.  Berdiri di muka pintu bagaikan  penyambut tetamu menunggu kehadiran tetamu untuk ‘check in’.
                Johan melangkah keluar dari perut kereta.  Memberi senyuman selebar-lebarnya pada isteri  pertama yang sedia menunggu.  Di sebelah seorang perempuan cantik, jelita menawan melangkah keluar.  Turut tersenyum  manis.  Jun menerpa mendekati si jelita.  Saling berpelukan. 
                “Tahniah, selamat pengantin baru,”.
                “Terima kasih kembali kerana sudi menerima saya sebagai madu akak.”
                “Jomlah masuk,” pelawa Jun. 
                “Eh! Lupa nak tanya… siapa nama?” Jun memandang si jelita.
                “Juita,” jawab si jelita masih malu-malu.  Mereka  berjalan seiringan melangkah masuk ke dalam rumah. Si jelita dan Johan duduk di sofa menghilangkan lelah.
                “Terima kasihlah  sudi berkahwin dengan suami akak,” Jun duduk mengadap pengantin baru.  Juita tersenyum lebar.
                “Saya patut terima kasih kerana akak benarkan suami akak kahwin dengan saya,” kata Juita.
                “Ala! Biasalah, sekurang-kurangnya akak ada kawan,” Jun ketawa.  Juita turut ketawa.
                “Lupa nak bagi tahu, abang Johan kita ni mati pucuk dan mandul.” Jun ketawa lagi. Kali ini berdekah-dekah. Juita  terlopong mendengarnya.  Johan turut tersenyum dan menganggukkan kepala. Jun bingkas bangun dan mendekati madunya.
                “Mati pucuk?  Mandul? Habis tu kenapa kahwin lagi?”
                “Nak cari kawan untuk akak.  Teman akak pergi shopping, tolong akak kemas rumah. Bantu akak memasak,” semakin lebar senyuman Jun.   Johan turut tersenyum.  Juita rasa nak pengsan. 
                “Sayang  madu akak,” kata Jun sambil memeluk madunya.

12 ulasan:

  1. Lorr.... Aduhai...asmah..kahkahkakah! Amik kau juita!

    BalasPadam
  2. Lom kne kt btg idung sendiri bole tulis cam ni...kang dh kne br ko tau best ke tak

    BalasPadam
  3. Yg x thn tu...cari kwn utk isteri sbb mandul...

    BalasPadam
  4. Jiaaaaaaah kahkahkahkah xD other solution jika suami mati pucuk. Ckakaka upss ! Naudzubillah..

    BalasPadam
  5. Hahaha....kelakar gler. Patut ler sdp2 jer bg suami kawin lain

    BalasPadam
  6. Macam x ikhlas kasi suami kahwin lain. Kalau x mati pucuk mesti tak mahu kasi. Tapi kalau Allah swt ubah takdir itu bagaimana? Manusia hanya mampu merancang.

    BalasPadam
  7. mmg kelakar giler..patutlah dia tak marah..rupanya dia nak mengenakan wanita lain yg dengan sadis dan tak malunya bangga giler kerana dapat berkawen dengan suaaminya..tetapi kaw kaw hari pertama berjumpa dah bagitau kelemahan suami..tak dapat akak nak bayangkan Juita tu mesti meroyan dan menyesal giler kan..kesian hubby dia ..kan bila diperlekehkan oleh isteri pertamanya..

    BalasPadam
  8. Hahahahahahahahahahahaha padan muka hahahahaha

    BalasPadam
  9. terima kasih kerana sudi menjengah...

    BalasPadam