2) The Lost World
Helmi Effendy
Buku Prima
721 muka surat
*** bintang.
Saya sebenarkan tidak suka cerita ala-ala Jurassic Park. Terpengaruh
beli buku ini apabila ada yang kata jalan ceritanya menarik.
Kisah bermula apabila kapal terbang yang dinaiki oleh sekumpulan pelajar
dari Universiti Dr.Mahathir terhempas di sebuah pulau yang tidak tahu
kedudukannya di mana, bermulalah explore para pelajar tersebut untuk
menyelamatkan diri.
Saya akui, bukan mudah membayangkan situasi
dalam bentuk penulisan berbanding digital atau layar elektronik. Penulis
terpaksa membayangkan latar tempat, aksi watak-watak yang terlibat.
Syabas buat penulis kerana menyajikan cerita yang sering kita lihat
difilem atau didramakan oleh negara barat.
Kelemahan karya ini
adalah 'punch line' ceritanya yang agak perlahan, seolah-olah penulis
hendak paparkan semua perkara dalam satu buku. Karya ini akan jadi
seperti realiti jika tidak dimasukkan binatang2 pra sejarah. Tetapi
kerana ingin disesuaikan dengan tajuk, biarpun saya kurang suka dengan
tajuk BI kerana buku ini adalah novel Melayu. Tapi tidak mengapa, atas
dasar mengikut 'trend' maka saya raikan sahaja tajuknya.
Cerita
ini lebih menarik jika kapal terbang itu terhempas dan mereka yang
selamat berusaha mencari jalan keluar untuk selamatkan diri, bertemu
dengan orang asli, orang makan orang, binatang buas, atau berlaku
pergolakan sesama mereka. Abaikan idea kurang bernas saya itu.
Apapun tahniah buat penulis yang sering cuba menyajikan kelainan dalam
karya-karya beliau. Semoga beliau mencari idea yang lebih asli di masa
hadapan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan