Cari Blog Ini

Jika Anda Memerlukan Resit Pengecualian Cukai Untuk Setiap Sumbangan Anda Ke MAAHAD AZ ZEIN AL MAKKI (PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK YATIM TAHFIZ) Terus Berhubung Dengan Ustaz Shahari - 013 339 3112

Selasa, 12 September 2017

ULASAN BUKU- TUN M, INILAH PERJUANGAN

TUN M, Inilah Perjuangan
Sabarudin Hussein
PTS
2016
291 muka surat.
*****bintang.

Siapa yang tidak mahu mengetahui tentang kehidupan pemimpin yang amat dikagumi ini, baik dalam negara, mahupun luar negara. Dikagumi oleh setiap rakyat di negara ini tidak kira kaum, agama dan negeri.
Pemimpin bertubuh kecil tetapi berjiwa besar adalah Perdana Menteri paling lama memegang tampuk pemerintahan negara.
Ingin kenali beliau? Sedikit sebanyak buku ini berkongsi rasa apa yang Tun M fikirkan, lakukan serta kenapa beliau melakukan sesuatu perkara itu.
Siapalah yang tidak ingin bertemu pemimpin ini! Begitu juga penulis buku ini, dari keinginan menghasilkan sebuah buku mengenang jasa pembesar-pembesar negara yang telah berjasa pada negara sampailah dari satu projek ke satu projek. Rupanya tidaklah susah berurusan dengan Tun M, yang penting buat surat.
Kalau hendak bertemu Tun M, selalunya solat Jumaat di Masjid Negara.
Anak desa yang miskin ini, akhirnya berjaya membawa Malaysia berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain.
Beliau akan terus dikenang sebagai pemimpin yang berjasa besar biarpun dicemuh dan dicaci.
Ingin kenali Tun M? Dapatkan buku ini di pasaran.
Suka dengan dailog yang terdapat dalam gambar, nak taip panjang sangat.
Hasad dengki menjadi perosak bangsa! Benar sekali.

Tahniah buat penulis dan penerbit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan