Petikan dari novel TOLONG CARI SUAMIKU!
Bilik itu luasnya 10 kaki x 10 kaki. Terdapat sebuah katil bujang dan
sebuah almari. Langsirnya begitu usang dan buruk. Kata rumah orang kaya
dan berada, kenapa keadaan bilik itu begitu daif kelihatannya. Kipas pun tiada. Mahu mandi peluh dia dua beranak.
Mastura melangkah masuk. Dia membuka tingkap. Habuk di sana sini. Dia
tidak boleh merungut. Duduk sahajalah di mana ditempatkan asalkan ada
tempat untuk merehatkan mata sudah cukup buatnya. Untuk sementara.
Maria duduk di birai katil sambil merenung wajah Mastura. Katrina entah
ke mana menghilang. Bayang mertuanya juga tidak kelihatan. Tiba-tiba
mereka menghilang.
“Kenapa kita tinggal kat bilik ni, mak?” Maria mula bersuara.
“Jangan merungut. Esok kita ubah semuanya.” Mastura mengerling manja.
Maria akur bagaikan mengerti maksud emaknya.
Mastura terus membersihkan apa yang patut sebelum keluar membeli barang
keperluan. Tidak mungkin dia tidur di dalam keadaan berhabuk dan kotor
begitu. Katil pun sudah hampir roboh. Sebelah dari pintu almari sudah
hampir tertanggal. Mastura menarik nafas panjang. Banyak kerja yang
harus dia lakukan. Kalau hendak selesa, kenalah usaha sendiri. Biar
rumah orang, kenapa tidak buat seperti rumah sendiri. Keselesaan untuk
diri sendiri juga. Telefon bimbit diambil dari dalam beg tangannya. Dia
mahu menghubungi seseorang.
“IBU! Siapa ada pesan perabot dan
barangan elektrik ni?!” laung Katrina dari luar pintu utama. Jenuh dia
bertengkar dengan pemandu lori berbangsa India yang menghantar
barang-barang tersebut.
Halijah bergegas mendapatkan
menantunya. “Mana saya ada pesan perabot dan barang elektrik!” Dahinya
berkerut seribu. Dia kehairanan. Set bilik tidur, penghawa dingin dan
kipas. Televisyen pun ada. Bertambah kehairanan menghenyak fikirannya.
“Mak cik saya datang nak pasang Astro,” beritahu seorang lelaki yang muncul tiba-tiba.
“Astro? Bukan ke rumah ni dah ada Astro?” Katrina sendiri bingung seketika.
“Mahu pasang satu lagi,” kata lelaki berbangsa Cina itu.
Mastura muncul sebaik terdengar kekecohan yang berlaku. “Maaf... Mas
yang pesan. Err... awak boleh bawa masuk ikut pintu dapur. Bilik di
belakang, ya? Astro pun di bilik belakang juga,” arahnya. Wajah mereka
yang memandangnya dengan penuh tanda tanya langsung tidak dihiraukan.
Dia terus beredar ke belakang.
Membuntang mata Katrina dan Halijah.
“Dia... Dia beli perabot baru? Pasang Astro pula tu.” Mendidih darah
Halijah mendengar dan melihat situasi tadi. Dia sengaja menyediakan
bilik yang tidak selesa untuk menantunya itu. Alih-alih menantunya
menjadikan bilik itu lagi selesa dengan barangan yang dibeli.
“Macam mana ni, ibu? Dia lebih bijak daripada kita.” Katrina merengus
kasar. Sakit juga hatinya. Dia ingatkan Mastura akan berasa terdera dan
terseksa, rupa-rupanya tidak. Perempuan itu lebih pandai. Menempah
perabot untuk keselesaan sendiri. Pandai-pandai sahaja dia membuat
keputusan tanpa bertanya. Lain yang diharapkan, lain pula yang terjadi.
*Siapa yang lebih bijak? Kalau hendak tahu kisah keseluruhannya, jom dapatkan karya ini. Boleh Pm saya jika berminat!
Cari Blog Ini
Rabu, 9 Julai 2014
Sabtu, 5 Julai 2014
Fragment TOLONG CARI SUAMIKU!
“Ibu, macam mana kalau kita bawa Mastura dan Maria duduk di sini?” cadangnya tiba-tiba.
“Kau dah gila ke, Rina?” Halijah kurang setuju dengan pendapat Katrina.
“Dengar dulu, ibu.” Katrina menarik tangan Halijah dekat dengannya.
“Rina ada rancangan. Selama ini ibu tak dapat nak mendera Mastura.
Abang Ashraf kan dah tak ada. Jadi, inilah masanya untuk ibu membalas
dendam,” cadang Katrina.
Halijah mula berfikir. Cadangan Katrina ada baiknya. Tapi kebencian di hati membuatkan rasa ingin memandang wajah menantunya itu tidak sanggup rasanya. Biar dia melihat beruk daripada melihat wajah Mastura. Wajah yang telah meracun hatinya. Wajah yang telah mencarik luka yang paling dalam.
“Macam mana, ibu?” Katrina sendiri ingin melihat Mastura dihina dan dicaci. Biar merana dan kecewa seperti dirinya. Berbuat baik berpada-pada, buat jahat boleh juga agaknya. Semakin lebar senyumannya. Hendak jahat biar jahat betul.
“Nanti ibu fikirkan.” Halijah tidak memberi jawapan. Dia perlu berfikir terlebih dahulu. Berbaloikah dia mengajak menantu dan cucunya duduk di rumah itu? Dia menggeleng berkali-kali. Puas berfikir.
“Fikir berapa lama lagi, ibu? Kita suruh aje dia tinggal di bilik belakang. Lagipun bilik itu dah lama kosong.” Katrina terus memujuk.
“Sabarlah... kalau kita minta dia datang sini pun, bukan dia mahu, Rina. Ibu harap cadangan kau tak sia-sia. Nanti lain yang kita harapkan, lain pula yang terjadi.” Halijah masih meragui.
“Hisy, ibu. Kita kan tuan punya rumah? Tahulah kita control dia. Ibu jangan bimbanglah.” Baru sekejap tadi Katrina terfikirkan rancangan itu. Mastura bukan sekuat mana pun. Mampu dikotak-katikkan.
“Ikut suka kaulah, Rina. Kalau ada masalah, pandai-pandailah kau uruskan.” Halijah akhirnya mengalah.
Katrina senyum gembira. Wajah Halijah yang mula dimamah usia ditenung lama. Di dalam hati, pecah gelaknya. Depan mertua sopan santun harus dijaga. Perangai dalamannya tiada siapa yang tahu. Dia harus berjumpa dengan Mastura. Rancangan seterusnya akan terlaksana. Dia sekarang bukan seperti Katrina sepuluh tahun dahulu. Usia sudah mematangkan dirinya agak tidak lagi ditipu.
*Mampukah mereka membuli dan mendera Mastura? Adakah niat Katrina akan tercapai? Kalau hendak tahu jom dapatkan karya ini. Ada tawaran istimewa sempena penerbitan KARYA OGOS 2014. Pembelian secara Kombo 4 karya sekali dengan harga menarik. Boleh Pm saya jika berminat!

Selasa, 1 Julai 2014
Karyaku... Impianku...
Diam tak diam, sudah setahun usia AKU TURUT BAHAGIA. Sudahkah boleh berjalan? Ya, aku sudah boleh berjalan, namun masih belum mampu berdiri tegap. Masih ada ruang lompong yang perlu aku perbaiki. Membaiki diri sebagai penulis bukan sahaja mengarap cerita yang menarik dan mampu terjual, tetapi menambah ilmu penulisan sebanyak mungkin. Selagi menulis, selagi itulah ilmunya tidak akan berkesudahan.
Setelah menjadi penulis novel tentu teringin menjadi penulis buku kanak-kanak, penulis skrip, ilmiah dan pelbagai lagi, tengok kecenderongan penulis itu sendiri. Buat masa ini, biarlah saya menjadi penulis novel dan cerpen dahulu. Masih jauh perjalanan yang harus saya tempohi. Masih banyak liku dan ranjau harus saya terokai. Adakala ejaan pun salah, typo sedia. Ada masa terlepas pandang, itulah manusia namanya, tiada yang sempurna.
Ramai orang ingin jadi penulis tetapi tidak kuat semangat dan mudah jatuh ketika manuskrip ditolak oleh penerbit. Sehingga ada yang takut hendak mencuba lagi. Nasihat saya, kalau masih tidak jumpa jalan pulang sewaktu mengarap cerita, ketandusan idea, sudah belajar tetapi masih tidak tampak garis penamatnya. Bukan hendak menghilangkan rasa keinginan itu tetapi carilah peluang lain. Masa terus beredar takut kita terlambat, mungkin kita tidak pandai menulis novel tetapi mampu menulis skrip atau buku kanak-kanak, kenapa tidak mencuba.
Hujung Julai akan lahir 'baby' kedua saya. TOLONG CARI SUAMIKU! ironinya tajuk, kan? Apa pula kisah yang ingin saya sampaikan di dalam karya ini? Kisah ketamakan dan kegolojohan ingin hidup senang dan menjadi seorang yang kaya raya sehingga sanggup membunuh, suami, dan anak sendiri. Tergamak pula menculik cucu sendiri dan hampir sahaja melayang nyawa menantu yang tidak disukainya. Dasyatkan! Jika manusia tamak haloba itulah jadinya. Nyawa orang tidak penting, yang penting keinginan sendiri diperolehi dan sampai hajat di hati. Manusia yang hanya mementingkan harta benda pasti tidak jumpa kebahagian! Jangan lupa dapatkan karya ini nanti ya. Pasti tidak mengecewakan sama seperti AKU TURUT BAHAGIA. Kali ini tiada siapa yang takut untuk membacanya. Malah akan membantu saya mencari :)
Semoga terhibur!
Ahad, 29 Jun 2014
Jangan Lupakan Aku - Iza Safiah ( Alaf 21)
JANGAN LUPAKAN AKU (
ISBN 978 983 124 840 9)
IZA SAFIAH
ALAF 21
2013 – 2 KALI CETAKAN
Muka surat 567
RM22.00
RM22.00
Elza Zaharah, seorang janda berhias yang
kehilangan suami sebelum sempat berbulan madu.
Mempunyai syarikat Dream Design
yang dikongsi bersama 2 orang rakannya
yang sama-sama belajar dahulu. Dia juga
menjaga keluarga arwah suaminya
menguruskan semua urusan keluarga tersebut.
Membela adik-adik iparnya tidak mengharap balasan daripada sesiapa.
Diberi
peluang mengubah suai sebuah rumah banglo milik anak Tan Sri Rush pemilik
Quarter Gold. Lelaki yang tidak dikenali
namun berusaha memberi yang terbaik.
Suatu hari Elza Zahara terkunci di
rumah tersebut, sehingga terpaksa bermalam di situ.
Ilham Zackry atau Izack menyelinap masuk di waktu tengah
malam untuk melihat sendiri hasil hiasan yang telah dibuat oleh syarikat Elza
Zaharah. Dia tidak mengetahui gadis itu
ada di surau rumah banglo miliknya.
Dari mata turun ke hati. Cinta
pandang pertama. Lebih-lebih lagi gadis
itu menjadi pilihan orang tuanya. Apakah
istimewanya gadis itu.
Elza
Zaharah nyaris menjadi korban seorang lelaki yang berhidung belang. Nasib menyebelahinya dia diselamatkan oleh
seorang lelaki, bernama Adam. Elza
Zaharah benar-benar terhutang budi dengan lelaki itu. Sikap Adam dalam diam menambat hatinya. Namun dia tidak berani menyuarakan rasa
hati. Perasaannya berbelah bahagia
antara mahu dan tidak. Antara cinta dan
tanggungjawab membuatkan dia memencilkan perasaannya sendiri.
Siapa
Adam? Mampukah lelaki itu mendapatkan Elza Zaharah? Bagaimana pula Ilham Zackry yang jatuh cinta
pandang pertama. Adakah Adam
berjaya mengahwini Elza Zaharah dan hidup bahagia selamanya? Adakah Ilham Zackry kecewa?
Berlaku
satu tragedi sehingga suami baharu Elza Zaharah hilang ingatan dan tidak
mengenali wanita itu lagi. Bagaimana
perasaan Elza Zaharah apabila suaminya hanya mengingati cinta pertamanya seorang perempuan bernama Nyeila. Malah meminta Elza Zaharah mencari perempuan
itu. Adakah bahagia menjelma semula
dalam hidup Elza Zaharah? Bagaimana
dengan Adam dan Ilham Zackry? Kalau
hendak tahu cerita ini bagaimana kesudahannya, jom beli buku ini!
Puas
rasanya membaca karya ini, watak yang sempurna, disiplin dan komited dengan
tugasnya. Jatuh cinta dengan watak Elza
Zaharah yang cukup sempurna di mata penulis.
Tahniah karya pertama yang tidak mengecewakan. Malah sudah jatuh hati dengan karya penulis
ini.
Sabtu, 21 Jun 2014
ULASAN AKU TURUT BAHAGIA - OLEH YG LAIN.
Aku turut bahagia
asmah hashim
Oleh; Yg Lain ( dari grup Buku Tiga Lima )
sekilas pandangan mataku, tak ramai penulis yg mengambil perhatian terhadap ulasan2 dan komen2 yg diberikan oleh pembaca, terlalu sedikit yg memberi maklum balas, selebihnya hanya membiarkan pembaca sesama pembaca, bersembang sesama sendiri… ntah kerana penulisnya tak perasan atau tak aktif diFB, atau merasakan semua ulasan tidak dapat mengubah apa2, jadi dibiar dan didiamkan saja.
itu sedikit sebanyak membuat aku gelisah utk terus “membedah” novel2 yg telah kubaca, takut andainya ada komen2ku “mencederakan” hati, jadi utk novel ini dan novel2 seterusnya nanti, aku cuba utk mensedikitkan komen dan melebihkan sokongan agar penulis terus bersemangat utk menulis…
aku turut bahagia. Siapakah sebenarnya “aku” dalam novel ini ?? oh ya, terlebih dahulu aku berikan bintang utk novel ini. Novel yg agak menarik bagiku, tema yg agak jarang ditulis dan keberanian penulis dalam mengambarkan suka duka hidup mereka2 yg hidup bermadu (berpoligami) kurasa novel ini patut menerima 8/10 bintang dariku..
Sekiranya novel ini dibaca tanpa dihayati pembaca seolah2 “melihat” ketidak adilan seorang lelaki / suami yg berkhawin lebih. Namun disebalik ketidak adilan itu, banyak nasihat dan pengajaran utk mereka2 yg ada niat utk beristeri lebih dari seorang dan utk mereka2 yg ingin menjadi isteri kedua atau ketiga . jujurnya novel ini sangat “terbuka” seolah2 penulis menulis dari pengalamannya sendiri (maaf ya puan penulis, hanya seolah2 sahaja..) itu memberi erti penulis ini Berjaya menghidupkan watak2 dalam novel ini..
kebetulan pula, cerita dalam novel ini ada sedikit persamaan dalam hidup seorang sahabat rapatku, yg berkhawin lagi dgn seorang gadis yg masih muda, dipinang oleh isteri tuanya, cuba hidup damai dibawah satu bumbung, bertahan tak sampai pun satu tahun, akhirnya bercerai dgn kedua2 isterinya…
semua itu membuat aku selalu ingin bertanya, ingin tahu, apakah yg membuat seorang perempuan itu sanggup utk bermadu atau dimadukan ??? walau diceritakan dalam novel ini ttg cinta dan perasaan, tapi akhirnya cinta takkan cukup utk melawan cemburu dan ketamakkan kasih sayang. Lalu apakah sebenarnya yg seorang perempuan itu mahukan ??? oh ya, jgn Tanya soalan yg sama ini kepada lelaki, kerana jawapannya mmg ada dalam novel ini, jadi kenalah baca sendiri…
Benarlah kata penulis, hukum tidak salah, sunnah pun tak salah, tapi manusialah yg kerana sifatnya cemburu, tamak dan tak betul nawaitu. Itulah yg membuat poligami Nampak seperti tidak adil dan berat sebelah.. walau kepada mereka yg bergelar ustaz atau terpelajar sekalipun.. kita manusia biasa, tak terlepas dari membuat kesilapan.
emm, setelah ditapis2 dan ditimbang rasa, lagi pun dah janji tadi nak mensedikitkan komen, jadi, dalam novel ini komenku hanya dari aspek dialog. Dialog terlalu baku. Dialog orang bandar, sedangkan Dalam novel ini, kisahnya berkisar di negeri Kelantan, kedah dan perak, ia akan jadi lebih hidup jika dialog ditulis dalam dialek negeri2 tersebut. Selain menambah pengetahuan pembaca, menjadi cabaran juga buat penulis utk menghasilkan novel lebih “hidup” klu cakap orang puteh… lebih real (hehehehe).
semoga terus berkarya.

DIA BUKAN ARISSA- SYAIDA ILMUNA.
SYAIDA ILMUNA
ALAF 21
2013
Ms 391
RM18.00
Minggu
ini dua buah buku kisah adik beradik kembar saya baca. Tidak mengapa, kedua-duanya mempunyai keistimewaan
tersendiri. Tetap memikat.
Arissa
dan Arlisa, adik beradik kembar yang
seiras. Hidup dengan ibu saudara mereka
setelah kematian kedua orang tua.
Arissa melarikan diri dari rumah
setelah keinginannya dibantah oleh Mak Cik Sue.
Arlisa setia menunggu ibu saudaranya.
Hati gadis itu pula dikecewakan oleh kekasih hati setelah bertahun-tahun
menyulam cinta. Kesetiaannya dihancurkan
lantaran ketamakan Kamal mengejar kekayaan dunia. Arlisa menahan kecewa sendiri.
Setelah bertahun menghilangkan diri Arissa
muncul di rumah ibu saudaranya. Pada
hari yang sama Arissa ditemui mati. Arlisa
dipersalahkan. Akan dilepaskan jika
Arlisa sanggup menyamar menjadi Arissa.
Dalam ketakutan Arlisa akur walaupun tahu bukan dia yang menyebabkan
kematian kakak kembarnya. Naif. Arlisa
yang menyamar sebagai Arissa terpaksa berhadapan dengan keluarga mertua
kakak kembarnya yang rupanya sangat membenci kakaknya itu. Terpaksa berhadapan dengan suami kakaknya yang
kacak dan penyayang. Arlisa terpaksa
menahan rasa, dihina dan dibenci oleh keluarga ‘mertua’. Dia cuba mengubah keadaan itu. Kebaikan dan sikapnya yang berbeza daripada
Arissa membuatkan keluarga mertua mula menyukai Arlisa yang menyamar sebagai
Arissa. Ibu mertuanya dapat mengesan
penyamarannya itu tanpa disedari oleh
Arlisa. Wanita itu jatuh sayang kepada
Arlisa walaupun mengetahui itu bukan menantunya Arissa dan berharap Adam,
anaknya akan mencintai si penyamar yang berbeza sikap dengan menantunya yang
sebenar. Arlisa pula dalam diam
mencintai abang iparnya sendiri. Apakah yang terjadi seterusnya? Mampukah Arlisa merahsiakan identitinya? Siapakah yang bakal membongkar penyamarannya itu? Bagaimana dengan Adam? Mahukah dia menerima cinta Arlisa? Adakah cinta Arlisa berbalas? Benarkah Arissa sudah mati? Jawapannya ada dalam AKU BUKAN ARISSA. Memang menarik, terbaik dan buat hati tertarik. Sehari semalam sahaja saya menghabiskannya. Tahniah buat penulis. Karya pertama sudah mampu menarik pembaca sehingga buku ini diulang cetak.
Khamis, 19 Jun 2014
AWEKKU KEMBAR- SITI ROZILAH
AWEKKU KEMBAR
SITI ROZILAH
BUKU PRIMA
2014
627
RM25.90
Annesa
dan Adeela, adik kembar seiras. Sangat rapat. Terpaksa berpisah akibat perpisahan kedua
orang tua. Annesa mengikut ayah, Adeela
setia bersama mama dan adiknya Aleeya.
Perpisahan membuatkan diri mereka saling rindu merindui. Adeela sering
bertengkar dengan mamanya lantaran perpisahan yang berlaku. Dia akhirnya keluar dari rumah dan terus
menghilangkan diri. Kehilangannya menjadi
tanda tanya, baik keluarga mahu pun pihak berkuasa. Namun Annesa tidak pernah berputus asa. Dia yakin adik kembarnya itu masih
hidup. Annesa menyelongkar misteri
kehilangan kembarnya melalui Tengku
Najib, lelaki yang memujanya. Dia mempergunakan lelaki itu untuk mendekati
teman lama mamanya yang dirasakan ada bersangkut paut dengan kehilangan adik
kembarnya itu. Mimpi dan igauan yang
menganggu membuatkan dia benar-benar pasti adik kembarnya masih hidup.
Pertemuan
Annesa dengan Tengku Amirul merungkai misteri kehilangan adik kembarnya. Akhirnya Adeela ditemui juga. Mereka sekeluarga benar-benar bersyukur. Tengku Amirul telah dipenjara akibat
perbuatan jenayah yang telah dilakukan terhadap Adeela. Lantaran perkara itu hubungan Annesa dan
Tengku Najib tidak direstui keluarga kedua belah pihak. Mereka terpaksa memendam rasa demi perasaan
keluarga masing-masing.
Adeela
mula berasa rendah diri dengan keadaan dirinya yang tidak sehebat kakak kembarnya. Perasaan cemburu dan iri hati terhadap Annesa
merayap dalam diri, biarpun cuba dibuang perasaan itu namun sukar untuk dinyah
dengan mudah.
Idris
lelaki yang telah menjumpai Adeela
menaruh hati terhadap gadis itu, namun ditolak mentah-mentah, sehingga lelaki
itu kecewa dan membawa hatinya yang patah.
Adeela rasa dia tidak layak untuk Idris, seorang yang berpelajaran dan
baik, lebih sesuai untuk kakaknya Annesa. Namun hati Annesa hanya untuk Tengku Najib.
Annesa
mencintai Tengku Najib. Keadaan membuatkan dia menafikan perasaannya
sendiri. Masa terus berlalu. Adeela berjaya menjadi seorang model yang popular dan dikenali ramai. Annesa pula berjaya mencapai impiannya untuk
menjadi seorang wartawan. Atas nama
tugas akhirnya dia bertemu kembali dengan Tengku Najib. Dalam waktu
yang sama Adeela berura-ura ingin memikat lelaki itu. Namun segalanya gagal, kemarahannya terhadap
Annesa semakin membuak.
Apa
terjadi seterusnya? Bagaimana hubungan
Tengku Najib dan Annesa? Adakah cinta
mereka akan ke jinjang pelamin? Siapa pula yang berjaya mencuri hati
Adeela? Atau Adeela terpaksa bersendirian sedangkan Annesa menyulam
bahagia. Adakah hubungan Annesa dan
Tengku Najib direstui keluarga setelah apa yang berlaku sebelum ini?
Kalau hendak tahu kenalah dapatkan karya ini.
Jalan cerita yang menarik, kisah sebuah keluarga yang berantakan terpaksa berpisah kerana hati sudah lagi tidak sehaluan. Kisah pasangan kembar yang tetap mempunyai perasaan cemburu sesama sendiri. Sama tetapi tidak serupa, itulah hakikatnya. Plot cerita yang diselang seli dengan imbas semula. Gaya bahasa yang menarik, perlukisan watak dan tempat juga menarik dan jelas. Terdapat di muka surat 315 latar tempat yang cantik dan membuatkan kita terbayangkan keindahan tempat itu. Seorang penulis yang baik mampu membawa pembacanya meneroka latar tempat dan perasaan watak. Kepada para peminat dan pembaca novel Buku Prima atau peminat Siti Rozilah. Bolehlah dapatkan karya ini. Tahniah kepada sahabat saya. Semoga akan menghasilkan karya yang menarik di masa hadapan.

Langgan:
Catatan (Atom)