Cari Blog Ini
Selasa, 1 Julai 2014
Karyaku... Impianku...
Diam tak diam, sudah setahun usia AKU TURUT BAHAGIA. Sudahkah boleh berjalan? Ya, aku sudah boleh berjalan, namun masih belum mampu berdiri tegap. Masih ada ruang lompong yang perlu aku perbaiki. Membaiki diri sebagai penulis bukan sahaja mengarap cerita yang menarik dan mampu terjual, tetapi menambah ilmu penulisan sebanyak mungkin. Selagi menulis, selagi itulah ilmunya tidak akan berkesudahan.
Setelah menjadi penulis novel tentu teringin menjadi penulis buku kanak-kanak, penulis skrip, ilmiah dan pelbagai lagi, tengok kecenderongan penulis itu sendiri. Buat masa ini, biarlah saya menjadi penulis novel dan cerpen dahulu. Masih jauh perjalanan yang harus saya tempohi. Masih banyak liku dan ranjau harus saya terokai. Adakala ejaan pun salah, typo sedia. Ada masa terlepas pandang, itulah manusia namanya, tiada yang sempurna.
Ramai orang ingin jadi penulis tetapi tidak kuat semangat dan mudah jatuh ketika manuskrip ditolak oleh penerbit. Sehingga ada yang takut hendak mencuba lagi. Nasihat saya, kalau masih tidak jumpa jalan pulang sewaktu mengarap cerita, ketandusan idea, sudah belajar tetapi masih tidak tampak garis penamatnya. Bukan hendak menghilangkan rasa keinginan itu tetapi carilah peluang lain. Masa terus beredar takut kita terlambat, mungkin kita tidak pandai menulis novel tetapi mampu menulis skrip atau buku kanak-kanak, kenapa tidak mencuba.
Hujung Julai akan lahir 'baby' kedua saya. TOLONG CARI SUAMIKU! ironinya tajuk, kan? Apa pula kisah yang ingin saya sampaikan di dalam karya ini? Kisah ketamakan dan kegolojohan ingin hidup senang dan menjadi seorang yang kaya raya sehingga sanggup membunuh, suami, dan anak sendiri. Tergamak pula menculik cucu sendiri dan hampir sahaja melayang nyawa menantu yang tidak disukainya. Dasyatkan! Jika manusia tamak haloba itulah jadinya. Nyawa orang tidak penting, yang penting keinginan sendiri diperolehi dan sampai hajat di hati. Manusia yang hanya mementingkan harta benda pasti tidak jumpa kebahagian! Jangan lupa dapatkan karya ini nanti ya. Pasti tidak mengecewakan sama seperti AKU TURUT BAHAGIA. Kali ini tiada siapa yang takut untuk membacanya. Malah akan membantu saya mencari :)
Semoga terhibur!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan